BTC USD 47,729.1 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakal menantu sebenarnya anak kandung

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
woman_finds_sons_bride_is_her_daughter_1617765790.jpg

Pengantin perempuan dan ibunya menangis dan berpelukan antara satu sama lain ketika bertemu di Suzhou, Jiangsu, China. - AGENSI

SUZHOU: Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bakal menantunya ialah anak perempuannya yang sudah lama hilang.

Insiden itu berlaku di Suzhou, wilayah Jiangsu, China pada 31 Mac lalu.

'Ibu mentua' berkenaan menyedari tanda lahir pada tangan bakal menantunya itu sama dengan yang terdapat pada tangan anak perempuannya yang sudah lama dicari.

Selepas menyedari perkara itu, wanita berkenaan bertanya kepada ibu bapa pengantin perempuan sama ada anak mereka itu diambil sebagai anak angkat lebih 20 tahun lalu.

Keluarga pengantin perempuan hairan dengan pertanyaan itu kerana perkara terbabit dirahsiakan.

Bagaimanapun, mereka kemudian mendedahkan menjumpai seorang bayi perempuan di tepi jalan sejak bertahun lalu dan memeliharanya sebagai anak sendiri.

Pengantin perempuan yang mengetahui perkara itu menangis selepas mengetahui bakal ibu mentuanya adalah ibunya yang sebenar.

Beliau menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai 'lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri'.

Bagaimanapun, timbul persoalan apabila pengantin perempuan itu bakal menikahi abangnya sendiri.

Bakal 'ibu mentuanya', bagaimanapun mendedahkan tiada halangan bagi perkahwinan itu kerana pengantin lelaki juga adalah anak angkat.

Wanita terbabit memelihara anak lelaki itu selepas putus harapan mencari anak perempuannya yang hilang, lapor Oriental Daily.

Katanya, tiada masalah bagi perkahwinan itu kerana mereka bukan adik beradik dan pasangan berkenaan kemudian meneruskan upacara perkahwinan mereka. - AGENSI

 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,728
Reaction score
1,249
Points
201
perghhhh... leh wat drama kul 7... jumpe anak kandung... bercinta dgn anak angkat sdr.... what a love story....
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
perghhhh... leh wat drama kul 7... jumpe anak kandung... bercinta dgn anak angkat sdr.... what a love story....
nasib baik bukan abg sendiri ..huhu.. kalo tak abg dan adik dah ******
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,224
Reaction score
1,700
Points
201
Laki tu plak anak kandung pada keluarga angkat perempuan tu.. naaaaaa baru dramaaa
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206
sedih wooo cito mcm ni, mujor duo2 tu anak angkat..... boleh buek skrip drama & jual ni, masyukssssss ekekekke
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,786
Reaction score
408
Points
141
bole buat drama..
nasib baik bukan mahram..
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,814
Reaction score
666
Points
116
mcm drama korea.. skit² plot twist... pastu plot twist lagi dan plot twist dan plot twist .....sedar² dah 30 episide
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,917
Reaction score
540
Points
161
anak angkat jd anak menantu,yg menantu jadi anak sendiri...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register