BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bajet anwar yang menipu.

umno????
dulu kini n selamanya hareemmmm aku sokong!!!!!!!!!
 
Anwar+Ibrahim.jpghttp:

Anwar+Ibrahim.jpg
[/IMG]
1. Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 untuk Persekutuan berjumlah RM 220 bilion dengan pelbagai janji yang memang sangat menarik. Tidak ada sesiapa yang waras mahu menolak terus bajet Pakatan ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sebahagian kita.


2. Antara yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012 Pakatan ialah:


a. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas.
b. bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
c. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja;
d. RM500 sebulan bagi setiap orang guru




3. Sungguhpun tawaran bajet ini tampak sangat menarik, namun ia hanya merupakan tawaran oleh mereka yang tidak berkuasa. Justeru ia boleh menawarkan apa sahaja dan tidak perlu bertanggung jawab terhadap tawaran yang dibuat.



4. Memang benar akan ada yang menyokong dan berkata kita berilah mereka kuasa tengok sama ada boleh laksanakan atau tidak.



5. Sebenarnya kita tidak perlu pun memberi peluang mereka berkuasa untuk melihat sama ada mereka mampu melaksanakan atau tidak bajet tersebut.



6. Janji-janji yang ditawarkan ini hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihan raya 2008 lalu dan masih belum ditunaikan. Antaranya ialah,


a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal




7. Yang ditunaikan setakat ini hanyalah air percuma 20 meter padu pertama. Itupun setelah didesak oleh Barisan Nasional Selangor agar kerajaan negeri menunaikan janji tersebut. Sehingga hari ini, janji tinggal janji sahaja walaupun lombong pasir kian berleluasa dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.



8. Manakala bantuan kematian yang dulunya diberikan sebanyak RM 2, 000 bagi menguruskan jenazah oleh kerajaan Selangor semasa Barisan Nasional telah diubah menjadi caca-merba. Sungguhpun dinaikkan kepada RM 2, 5000 tetapi ia perlu mengisi borang lebih awal. Khabarnya, jika meninggal tetapi nama tiada dalam senarai yang mengisi borang maka tiada bantuan. Bantuan pula diberi dalam dua peringkat iaitu RM 1, 500 ketika menginggal dan RM 1, 000 selepas enam bulan.



9. Sehingga kini juga janji paling mudah iaitu untuk menurunkan cukai pintu belum dilaksanakan. Malahan khabarnya kerajaan negeri telah menjalankan perancangan bijak untuk menaikkan cukai pintu melalui kaedah menaikkan nilai hartanah di seluruh negeri Selangor.



10. Jika dilihat secara teliti, tidak banyak perbezaan antara janji Pakatan di Selangor pada 2008 dengan Bajet Pakatan 2012 ini. Justeru sukar untuk orang ramai, kecuali yang taksub atau membenci BN, akan percaya dengan bajet Pakatan ini. Jika di Selangor pun banyak dimungkiri selepas memegang kuasa, apatah lagi jika menang Persekutuan.



11. Hakikatnya bukan soal memberi peluang kepada Pakatan, tapi rekod jelas menunjukkan Pakatan selalu memberi janji yang tidak dapat ditunaikan. Jika mahu mencuba atau memberi peluang pun biarlah dengan perkiraan yang betul, bukan sekadar menilai apa yang dijanjikan semata. Berjanji memang mudah tapi menunaikankannya selalunya tidak seindah janji.



12. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuktikan dulu keupayaan menggembleng ekonomi dan pentadbiran Selangor sebelum bercakap soal Persekutuan.



13. Selangor merupakan antara negeri terkaya di Malaysia dan hanya mempunyai penduduk seramai 5 juta berbanding Malaysia mempunyai 28 juta rakyat. Malangnya, hampir setiap tahun selepas memegang jawatan kerajaan negari akan beberapa kali memohon bajet tambahan yang mencerminkan perancangan kurang cekap.



14. Jika untuk membuat bajet bagi 5 juta rakyat Selangor dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pun kelihatan "terhoyong-hayang", apatah lagi untuk melaksanakan Bajet Persekutuan yang membabitkan 28 juta rakyat, 222 kawasan Parlimen dan 14 buah negeri.



15. Baru-baru ini, bagi menunjukkan kecekapan, kerajaan Selangor mengumumkan peningkatan simpanan tunai. Kalau wang tidak dibelanjakan untuk pembangunan dan perkhidmatan memanglah berbilion kerajaan boleh simpan. Namun apa terjadi kepada pengurusan prasarana di bawah negeri seperti pengurusan sampah dan jalan-jalan PBT? Sangat menyedihkan. Hampir tiada lagi jalan PBT yang tidak berlubang. Sampah di banyak kawasan juga kelihatan berlonggokkan tanpa tindakan.



16. Tender-tender kerja PBT yang sebelum ini dikatakan terbuka dan telus juga hanya sekadar omongan kosong dan retorik ucapan sahaja.



17. Hakikatnya, sebelum Anwar menyalahkan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan, Allah telah memberi beliau lima negeri untuk dibangunkan. Sehingga kini tidak nampak pun aura dan kehebatan pemimpin numero uno Pakatan Rakyat ini membangunkan kelima-lima negari ini
ramai yang akan kondem ko nanti...soba jolah yo...x mau ckp lobih la...kalau dh namo BN or UMNO tu x betol jele pd diorg...
 
adeii... parah jugak neh.. sorg kaki bontot n kaki 'chinadoll'.. sorg lagi kaki habis duit rakyat.. sorg lagi pulak sanggup jual agama pada DAP.. yg DAP pulak nak hapuskan status negara islam kat malaysia neh.. lu orang pikir2 la sendiri..gua malas lah nak gaduh pasal politik.. tu hak masing2 der...

btl tu.. bangsa cina tgu je mse bangsa melayu berpecah.. senang ckt kje dorg utk amk alih
 
ramai yang akan kondem ko nanti...soba jolah yo...x mau ckp lobih la...kalau dh namo BN or UMNO tu x betol jele pd diorg...

semua orang ada otak boleh berfikir,
apa ada masaalah, dah jemu dah...
 
btl tu.. bangsa cina tgu je mse bangsa melayu berpecah.. senang ckt kje dorg utk amk alih

toksah merepek dgn teori umno yg sentiasa menakut2 kan melayu.org melayu memang takut berubah dan sanggup statik bimbang sangat masa depan tergadai kununya,.. semua itu propaganda umno yg semakin kehilangan kuasa. sebenatnya mereka ingin mempertahankan harta dan kekayaan mereka, bukan berkhidmat utk rakyat.
bangsa2 lain dah jauh melalui perubahan tp melayu masih ditakuk lama ...fahamilah istilah hijrah itu sendiri.
 
entah lah,dua-dua bangsa melayu gaduh..bangsa lain dok peranti tunggu masa ajer..teringat lagi citer seniman bujang lapok..,"dia punya nasib dia makan,awak punya nasib awak mkn..apasalahnya dua-dua makan sama2"..bangsa sendiri pun mau kutuk ker..kalo tak silap camtu la ayatnya...
 
Aku ni negeri yang diperintah 100% BN tak ada apa-apa perubahan sedih juga rasanya.. perlu aku tukar seperta Selangor baru Wakil Rakyat sedar nak jumpa pun susah ....
 
btl tu.. bangsa cina tgu je mse bangsa melayu berpecah.. senang ckt kje dorg utk amk alih

Originally Posted by red skull View Post
adeii... parah jugak neh.. sorg kaki bontot n kaki 'chinadoll'.. sorg lagi kaki habis duit rakyat.. sorg lagi pulak sanggup jual agama pada DAP.. yg DAP pulak nak hapuskan status negara islam kat malaysia neh.. lu orang pikir2 la sendiri..gua malas lah nak gaduh pasal politik.. tu hak masing2 der...
btl tu.. bangsa cina tgu je mse bangsa melayu berpecah.. senang ckt kje dorg utk amk alih



NI PENDAPAT AKU...DULU MMG AKU DAH NEKAD NAK TUKAR KERAJAAN TAPI SKUNK AKU ADALAH SALAH SEORANG YG DI ATAS PAGAR SETELAH APA YG BERLAKU DEPAN MATA AKU. AKU DUK SELANGOR & MULA2 GEMBIRA SGT SBB PR YG PEGANG, DPT AIR FREE LAGI...KAWASAN AKU TINGGAL JALAN MMG BERLUBANG2 SEMAKIN TERUK TAK DIBAIKI, TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH AWAM BERLONGGOK2 SAMPAH SAMPAI NAK JADI BUKIT TAK BERAMBIL BERBULAN2...WALAU PUN DAH KOMPLEN KAT MAJLIS...TAPI ADA SATU INSIDEN...SATU HARI PIHAK MAJLIS DTG KAT KAWASAN PENJAJA DAN TELAH MENGANGKUT SUME PERALATAN MENIAGA SEHINGGA PENJAJA2 KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN BERHARI2...KESALAHAN MEREKA IALAH MELETAKKAN PERALATAN DAN KANOPI SELEPAS BERNIAGA. PD AKU KENAPA NAK BERKIRA SGT DGN PENJAJA2 TU...MEREKA DIAMBIL DITEPI2 JALAN DAN DIBERIKAN PERMIT MENJAJA DI TEMPAT YG MMG KURANG ORG PADAHAL, KALO DIBIARKAN MEREKA BERNIAGA DI TEMPAT LAMA, PENAPATAN MEREKA LEBIH BAIK LAGI...TAPI MEREKA PATUH, IKUT CKP MAJLIS BERPINDAH...MEREKA TERPAKSA TINGGALKAN BRG2 MUNGKIN SBB LETIH HARI2 NAK BUKAK TUTUP KANOPI...PERSOALANNYA KENAPA PENJAJA2 CYA YA NUN ALIF BLH PLAK BERNIAGA DI TEPI2 JLN N DI TEMPAT2 STRATEGIK, SIAP BLH PASANG ATAP ZINK LAGI DAN BERSENANG LENANG BERNIAGA TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH BUKA TUTUP KANOPI ...MALAHAN SEHINGGA BENAR2 MENGGANGGU TRAFIK TAPI APSAL PIHAK MAJLIS BUAT PEKJAM MATA...AKU TAK KISAH KALO DEPA TAK DIKACAU MAJLIS TAPI KENAPA DGN PENJAJA MELAYU TERLALU BERKIRA...KATA KERAJAAN SELANGOR NAK MENG'EKONOMIKAN' RAKYAT DGN MEMBERI PELUANG2 BERNIAGA...SELAMA 5 TAHUN SEBELUM KERAJAAN PR PEGANG SELANGOR, PENJAJA2 DI SITU AMAN DAMAI BERNIAGA TANPA GANGGUAN KERANA KERAJAAN BN BUAT PEJAM MATA DAN MEMBERI KEBEBASAN MEREKA BERNIAGA...YE LAH TAKKAN NAK JUAL GORENG PISANG NAK KENA SEWA KEDAI, ORG2 YG BALIK KERJA NAK BELI GORENG PISANG PUN TAKKAN RAJIN PUNYA NAK PERGI KE KEDAI SEMATA2 NAK BELI GORENG PISANG, MESTI DIORANG LAGI SELESA BELI KAT TEPI JALAN, KIRA'DRIVE TRU' OTW BALIK KE RUMAH DARI KERJA...(YG NI PUN PIHAK MAJLIS UNDER PEMERINTAH PR TAK BOLEH PIKIR)...APA GUNA PEMERINTAH PR TAPI KALO LEBIH 2/3 DRP ADUN2 SELANGOR TERDIRI DRP ORG BUKAN ISLAM...MALAH KALO TGK CARTA AHLI MAJLIS PERBANDARAN PUN 2/3 DRP AHLI MAJLISNYA BUKAN ISLAM, SBB TU NASIB PENJAJA MELAYU TAK DIPERJUANGKAN...ANALISIS AKU SNDR, BKN ORG LAIN YE...MB SELANGOR MMG IKUT TELUNJUK DAP...TAK PERJUANGKAN BANGSA SNDR...SO KESIMPULANNYA AKU PN TAK TAU LAGI NAK PANGKAH MANA SELPS AKU TGK PENGANIAYAAN YG DILAKUKAN TERHADAP BANGSA AKU SNDR DI NEGERI PEMERINTAH PR...TU CUMA SATU CONTOH...BLM LAGI BAB2 HARGA HARTANAH YG MELAMPAU2 KAT SELANGOR, PROJEK2 PERUMAHAN PKNS YG MELBIHI 400K SEUNIT...PIKIR2KAN LAH...
 
baru aku tau selangor bagi air free pasal dacing suruh kasi...weiiiii..
kami kat johor nie pon nak gak air free mcm selangor..:))



cacai...jawab la!!!malu la kat tempat dacing tak boleh bagi air free...supply air ke singapo boleh plak...

sudah songlap ka??
 
Back
Top
Log in Register