Bajet '21-RUU P'bekalan '21(BCN Ke3 m/s 18 LULUS)=>BCN ke3 Dwn Negara m/s26 LULUS

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Peruntukan berjumlah RM729.4 juta itu diluluskan dengan 108 menyokong.
#mnownews #dewanrakyat #ahliparlimen #belanjawan

5-0: PN menang lagi undi belah bahagi hari ini

Semalam, kerajaan PN berjaya memenangi dua undi belah bahagi di Dewan Rakyat.


Dec 1, 2020 3:43 PM



FW1123839_KL32_30112020_PARLIMEN-lpr-1068x722.jpg

Antara reaksi ahli-ahli Parlimen ketika undian belah bahagi di Dewan Rakyat semalam. Gambar: Bernama







Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menewaskan pembangkang dalam proses undi belah bahagi, kali ini bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan berjumlah RM729.4 juta itu diluluskan dengan 108 menyokong, 95 menolak dan 17 ahli Parlimen tidak hadir.

Awal hari ini, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Luar Negeri melalui undi suara.

Semalam, kerajaan PN berjaya meluluskan dua RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan melalui undi belah bahagi.

16-Budget2021-Jawatankuasa-01-scaled.jpg




 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Syed Agil Jamalullail

· 1j ·

6-0

Menang 6 kali undi, tanpa berbalas. PH di bwh Anwar cant get pass 95 votes. Warisan sampai ke sudah tak bangun sokong PH

Peringkat dasar: tak bantah
Ruu jpm: 105 - 95
Ruu mof: 107 - 95
Ruu kem luar: tak bantah
Ruu perpaduan: tak bantah
Ruu komoditi: 108 - 95

Tapi kawan PAS cakap dia respect dgn Umno. Nampak mcm bekelai sesama sendiri lah, hentam PN lah, tapi undi tak lari, solid sokong krjaan PN smpai menang 6-0, berkelai-kelai tu game ka mcm mana boss?

Aku tak tau nk cakap apa, gelak je la, "heh eh ehe"
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Tindakan Ahli Parlimen Warisan tak hadir undi Belanjawan dihentam pemimpin PH.

Ahli Parlimen Warisan hutang Sabah permohonan maaf, kata pemimpin DAP




December 1, 2020 5:52 PM


Azhar-Azizan-Harun-dewan-Rakyat-Bernama-301120.jpg

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Warisan, yang tidak hadir ke sesi undian perbahasan belanjawan semalam, dihentam pemimpin Pakatan Harapan kerana “mengecewakan pembayar cukai.”


Bekas presiden DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, berkata Warisan bergabung dengan PH demi menambah baik Sabah dan harus bertindak sewajarnya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

“Orang Sabah memilih anda untuk mewakili mereka di Parlimen. Anda tidak terpilih hanya untuk melampiaskan dendam peribadi terhadap pemimpin tunggal atau PH.

“Anda harus membuat pendirian menentang apa sahaja dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dianggap merugikan Sabah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.



fmt_Dr-Boo-Cheng-Hau_small.jpg
Dr Boo Cheng Hau.

Boo menambah Ahli Parlimen Warisan mengecewakan pembayar cukai dengan tidak mengundi belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang lulus semalam di Dewan Rakyat dengan majoriti tipis menerusi undian belah bahagi.

“Anda berpeluang mengundi, tetapi anda memilih untuk melepaskan tanggungjawab anda. Mereka bayar anda untuk bersuara di Parlimen, bukan percutian anda,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin, menjawab komen jurucakap Warisan, Rozman Isli mengenai mengapa Ahli Parlimen parti itu tidak hadir semasa pemilihan, menyifatkan alasannya “kebudak-budakan”.

Menggunakan contoh pilihan raya negeri yang lalu, Razeef berkata kesombongan Warisan akan menyebabkan kejatuhan mereka. Seperti Boo, Razeef menyuruh Ahli Parlimen Warisan melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat Sabah.


Semalam, Rozman, yang merupakan Ahli Parlimen Labuan, mengakui ketiadaan wakil rakyat Warisan langkah sengaja untuk menunjukkan rasa tidak senang parti itu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau menambah Warisan berhasrat untuk tidak terlibat dengan undian belah bahagi belanjawan.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
sembang kari masing2... sokong je la dari awal sampai akhir
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
MAKSUDNYA
semua blok pro-gomen SETUJU lah ye?

ada ke MP blok gomen yg UNDI tak setuju


dinde chek mek mohon pencerahan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
MAKSUDNYA
semua blok pro-gomen SETUJU lah ye?

ada ke MP blok gomen yg UNDI tak setuju


dinde chek mek mohon pencerahan
Dear tn aim, aah blok pro-gomen semua setuju. takde MP blok gomen yg undi. tak setuju

cuma pada hari pertama pengundian tu, pakZahid, pakJib dan Tg Razaleigh tak hadir
sesi kedua, Nazri tak hadir sebab ada appointment perubatan
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
1606873948732.png


ULASAN | Keabsahan Muhyiddin dan kerajaan PN belum dibuktikan
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan 1 Dec 2020, 8:33 pm



ULASAN | Setakat hari ini, 1 Dis 2020 kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memenangi tiga kali undian peringkat jawatankuasa dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Pada Isnin 30 Nov kerajaan PN memenangi undi belah bagi bagi Anggaran Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dengan 105 menyokong berbanding 95 undi menolak.
Pada hari yang sama kerajaan PN menang sekali lagi undi belah bagi bagi meluluskan Anggaran Belanjawan Kementerian Kewangan dengan belahan undi 106 menyokong dan 95 menolak.
Pada 1 Dis anggaran belanjawan bagi Kementerian Luar dan Kementerian Perpaduan Negara diluluskan dengan undi suara. Tiada undian belah bagi dijalankan.

Tetapi pada hari yang sama di sebelah petang, Anggaran Belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan hanya setelah dilakukan undi belah bagi dengan keputusan 108 menyokong dan 95 menolak.
Apakah pengertian daripada jumlah undi-undi belah bagi setakat ini?

Pengertian pertama ialah, anggaran belanjawan bagi kementerian-kementerian yang berkaitan telah diluluskan secara sah.
Namun adakah ini bermakna kedudukan pimpinan Muhyiddin juga sah apabila PN menang 3-0 dalam pengundian belah bagi bagi meluluskan anggaran belanjawan di peringkat jawatankusa?

Tak lebih, tak kurang
Jawapannya: tidak. Kelulusan belanjawan tidak meletakkan syarat majoriti mutlak. Menang undi majoriti mudah daripada jumlah ahli Dewan Rakyat yang hadir pada ketika pengundian belah bahagi itu dijalankan mencukupi untuk dikatakan menang dengan majoriti dan belanjawan itu diluluskan.

Tetapi ia berbeza dengan jawatan perdana menteri. Keabsahan jawatan perdana menteri memerlukan undi majoriti yang mutlak, bukan setakat daripada jumlah ahli Dewan Rakyat yang hadir ketika pengundian dijalankan.

Sebaliknya ia memerlukan undi keseluruhan jumlah ahli Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. Dalam PRU ke-14 seramai 222 ahli parlimen dipilih oleh rakyat iaitu bilangan yang mandatori dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang daripada bilangan 222 yang disebut secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini seorang ahli parlimen dari blok pembangkang meninggal dunia iaitu bagi kawasan Batu Sapi di Sabah.

Di blok kerajaan juga seorang ahli parlimennya meninggal dunia iaitu wakil bagi kawasan Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat sekarang ada seramai 220.
Jumlah treshold (jumlah ambang) yang dikatakan syarat majoriti yang diperlukan oleh Muhyiddin untuk mengesahkan jawatannya sebagai perdana menteri yang ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan keabsahan kerajaan PN ialah sebanyak 111.

Setakat tiga undian belah bagi yang dijalankan, perolehan undian tertinggi didapat kerajaan hanyalah 108 sahaja. Kerajaan PN belum lagi mencapai jumlah ambang atau treshold sebanyak 111 undi.
Kesimpulannya, setakat hari ini Muhyiddin - yang dipilih menjadi perdana menteri mulai 1 Mac lalu - dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut oleh perlembagaan.
Kerana itu keabsahan Muhyiddin dan kerajaan PN pimpinannya masih lagi dipersoalkan.

HASSAN ABDUL KARIM ialah ahli parlimen Pasir Gudang, Johor yang mewakili PKR dan PH.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Kamarul Yusoff

2j ·



MAJORITI KERAJAAN PN SUDAH TERBUKTI

Maka berkatalah Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim:
“Kesimpulannya. Setakat hari ini sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi Perdana Menteri bermula pada 1 Mac 2020, beliau dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut oleh Undang-Undang Perlembagaan. Kerana itu keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya masih lagi dipersoalkan.”

Soalnya ialah benarkah apa yang didakwa, iaitu “sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi Perdana Menteri bermula pada 1 Mac 2020, beliau dan kerajaannya masih belum dapat membuktikan majoriti yang dituntut oleh Undang-Undang Perlembagaan”?

Apakah Ahli Parlimen Pasir Gudang ini sudah lupa bahawa majoriti yang dimiliki oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah terbukti dalam undian belah bahagi bagi “Usul Mengosongkan Jawatan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat” pada 13 Julai 2020?

Penyata Rasmi Parlimen pada 13 Julai 2020 merekodkan bahawa catatan undian belah bahagi bagi usul yang dibawa sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah:
(1) 111 undi menyokong.
(2) 109 undi menentang.

Dicampur pula dengan Dato' Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat) selaku Timbalan Speaker yang tidak mengundi dan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) yang tidak hadir maka sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 113 undi.

Bukankah 113 undi ini adalah bukti jelas mengenai majoriti yang dipunyai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parlimen dan bukankah kerana itu keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya sudah tidak boleh lagi dipersoalkan?


1606874445498.png


1606874453845.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register