Bajet '21-RUU P'bekalan '21(BCN Ke3 m/s 18 LULUS)=>BCN ke3 Dwn Negara m/s26 LULUS

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
Ab Jalil Backer

2m ·

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri diluluskan tanpa sebarang undian belah bagi.
power

1606799811957.png
 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
Jumlah ahli parlimen sepatutnya 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan - Nazri

'Saya memang tiada dalam dewan'

1 Disember 2020


1606801657820.png

Mohamed Nazri




SHAH ALAM - 'Saya memang tiada dalam dewan ketika sesi penggulungan dan undian belah petang.'

Demikian kata Ahli Parlimen Padang Padang Rengas, Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagi mengulas jumlah ahli parlimen yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan.
Kesilapan berlaku apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) tersilap menandakan bahawa Mohamed Nazri turut menyokong RUU Perbekalan 2021 itu sedangkan beliau tidak berada di dalam dewan.

Bercerita berkenaan ketidakhadirannya itu, Mohamed Nazri menjelaskan, beliau bukan membantah RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian terbabit tetapi terpaksa meninggalkan Dewan Rakyat kerana menghadiri temu janji bersama doktor pakar di sebuah klinik di Taman Tun Dr Ismail.
“Saya bukan saja-saja tak masuk. Saya bukan tidak menyokong tetapi setiap hari Isnin petang, saya ada temu janji bersama doktor kerana masalah kesihatan bahu yang saya hadapi,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.


1606801677746.png

Keputusan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam. Bagaimanapun kiraan undi bersetuju untuk Belanjawan Kementerian Kewangan sepatutnya 106 selepas penghitung undi tersalah kira undi Mohamed Nazri.

Katanya, beliau tidak seharusnya dipersalahkan kerana berlakunya salah kira terhadap undi belah bahagi melibatkan Kementerian Kewangan.
“Jangan salahkan saya. Tanya siapa yang mengira undi,” katanya.

Mengikut rekod, Shabudin yang juga ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan penghitung bagi blok C di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat semalam meluluskan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 ahli Parlimen menyokong berbanding 95 yang tidak bersetuju.

Proses pengundian bagi JPM dan Kementerian Kewangan itu dijalankan apabila lebih 15 ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi JPM itu lulus selepas sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir dan bagi Kementerian Kewangan pula sejumlah 106 menyokong, 95 tidak bersetuju dan 19 orang tidak hadir.

Hari ini tiga lagi kementerian akan mengambil tempat iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
PARLIMEN l RUU perbekalan peringkat jawatankuasa itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

1606802796150.png


3-0: Belanjawan Kementerian Luar diluluskan melalui undi suara
Diterbitkan Hari ini 1:33 pm

Dikemaskini Hari ini 1:51 pm


PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar melalui undi suara.
Timbalan Speaker, Azalina Othman Said, memutuskan pengundian dijalankan selepas sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaafar.

RUU itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Kementerian Luar pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, telah diperuntukkan RM777.9 juta iaitu RM703.1 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM74.78 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Selepas kementerian luar, dua lagi kementerian yang akan menggulung hari ini adalah kementerian perpaduan negara serta kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.
Setakat ini, belanjawan untuk tiga kementerian telah diluluskan - jabatan perdana menteri, kementerian kewangan dan terbaru, kementerian luar.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
PARLIMEN l Seperti RUU Kementerian Luar, RUU itu turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

1606803299898.png


4-0: Belanjawan Kementerian Perpaduan juga diluluskan melalui undi suara
Diterbitkan Hari ini 2:01 pm


PARLIMEN l Dewan Rakyat sebentara tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara melalui undi suara.

Seperti RUU Kementerian Luar, RUU itu turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Timbalan Speaker, Azalina Othman Said, memutuskan pengundian dijalankan selepas sesi penggulungan Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique.

Selepas kementerian perpaduan, hanya tinggal satu lagi kementerian yang akan menggulung hari ini iaitu kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.

Setakat ini, belanjawan untuk empat kementerian telah diluluskan - jabatan perdana menteri, kementerian kewangan, kementerian luar dan terbaru kementerian perpaduan negara.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
Najib Razak



4m ·

Semalam saya tak hadir parlimen, geng PH buat undi belah bahagi.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tak hadir sebab PN bimbang tak cukup undi.
Hari ini, saya hadir dalam Dewan Rakyat tapi geng PH tak berdiri untuk minta undi belah bahagi pulak?
Apa mende ini?

1606803689496.png



Wee Ka Siong
1j ·
Jangkaan saya tepat, tak ada MP pembangkang yang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi bagi Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri hari ini.

https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1776054905895339/?d=n

Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di Peringkat Jawatankuasa dengan lebih suara bersetuju.

Semalam kata nak buat undi belah bahagi untuk semua Kementerian?

Nampaknya MP pembangkang sudah sedar bahawa ‘wayang’ mereka kini sudah tak laku.

Ini apa yang berlaku semalam;

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri. Keputusan selepas undi dikira, 105 undi menyokong, 95 tidak menyokong.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775307982636698

MP pembangkang bantah belanjawan untuk Kementerian Kewangan. Keputusan selepas undi dikira,106 undi menyokong, 95 tidak menyokong.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1775365692630927

Sebab itulah saya gunakan tagline #ConsistentlyInconsistent bagi menyifatkan tindakan pembangkang mengusulkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam.

Semalam bukan main lagi Mat Sabu berteriak kata, “pembangkang akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian dan biar kalah 27:0 pun tak apa”.

Hahaha.... Tapi Abang Mat tak berada di Dewan Rakyat semasa memutuskan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini!

Dapat dilihat barisan hadapan blok pembangkang yang mempunyai 9 pemimpin utama PH, tengahari ini hanya Lim Guan Eng seorang saja yang hadir ketika memutuskan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Negeri.

Saya perhatikan, apabila tiada undi belah bahagi sebaliknya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, MP Jerlun DS Mukhriz Mahathir terus mengemas beg dan bergegas keluar Dewan.

Apakah itu satu kebetulan?

Pelik, pelik, pelik...

Kebetulan juga, pada masa sama DS Najib Razak hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat. Apakah kehadiran DS Najib menyebabkan PH mengubah strategi dan tidak lagi berani untuk meminta undi belah bahagi? Hanya pemimpin PH yang dapat menjawabnya!

Semalam cakap lain, hari ini buat lain. Patutlah Manifesto PH pada PRU14 tidak ditunaikan kerana #ConsistentlyInconsistent adalah falsafah PH!
 

Kassim Hensem

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2011
Messages
3,547
Reaction score
276
Points
51
Apa yang terjadi ni.. pembangkang pi mana? Sembang hari tu sikit punya lebat...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
Semalam cakap lain #malaysiagazetet
https://malaysiagazette.com/.../ahli-parlimen.../

Ahli Parlimen pembangkang tidak konsisten – Ka Siong


1 December 2020

MGF080920_PENGANUGERAHAN-PENGGREDAN-INSTITUT-MEMANDU-10.jpg

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jangkaannyaa tepat apabila tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang yang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi bagi Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri hari ini.
Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di Peringkat Jawatankuasa dengan lebih suara bersetuju walaupun pembangkang memberitahu mahu undi belah bagi untuk semua kementerian.


Menteri Pengangkutan itu berkata, nampaknya Ahli Parlimen pembangkang sudah sedar bahawa ‘wayang’ mereka kini sudah tak laku.
”Sebab itulah saya gunakan tagline #ConsistentlyInconsistent bagi menyifatkan tindakan pembangkang mengusulkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam.

”Semalam bukan main lagi Mat Sabu (Mohamad Sabu) berteriak kata, “pembangkang akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian dan biar kalah 27:0 pun tak apa”.

”Hahaha…. Tapi Abang Mat tak berada di Dewan Rakyat semasa memutuskan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar hari ini!,” kata Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam, katanya, Ahli Parlimen pembangkang membantah belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri tetapi keputusan selepas undi dikira – 105 undi menyokong, 95 tidak menyokong.
Ahli Parlimen pembangkang juga bantah untuk Kementerian Kewangan namun keputusan selepas undi dikira,106 undi menyokong, 95 tidak menyokong.

Ka Siong berkata, tengah hari ini hanya Lim Guan Eng seorang saja yang hadir ketika memutuskan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Negeri.
”Saya perhatikan, apabila tiada undi belah bahagi sebaliknya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengemas beg dan bergegas keluar Dewan.

”Apakah itu satu kebetulan? ”Pelik, pelik, pelik…. Kebetulan juga, pada masa sama Datuk Seri Najib Razak hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat. Apakah kehadiran Najib menyebabkan PH mengubah strategi dan tidak lagi berani untuk meminta undi belah bahagi? Hanya pemimpin PH yang dapat menjawabnya!,” ujar beliau lagi.

Ka Siong berkata, itulah pembangkang – semalam cakap lain, hari ini buat lain.
”Patutlah Manifesto PH pada PRU14 tidak ditunaikan kerana #ConsistentlyInconsistent adalah falsafah PH!,” katanya. – MalaysiaGazetteAhli Parlimen

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
1606819804488.png


5-0: Belanjawan kementerian perusahaan perladangan lulus
Diterbitkan Hari ini 3:53 pm

Dikemaskini Hari ini 5:22 pm



PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui undian belah bahagi.

Speaker, Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata berdasarkan peraturan mesyuarat, keputusan menunjukkan 108 anggota parlimen menyokong usul peringkat jawatankuasa itu berbanding 95 yang menentang manakala 17 lagi tidak berada di dalam Dewan Rakyat.
"Dengan itu belanjawan kementerian perusahaan perladangan dan komoditi dijadikan sebahagian daripada jadual," katanya.
Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 ahli parlimen, sebelum itu bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.


0d997953adc67eb177408313b75ca71e.jpg


Sebelum itu, sesi penggulungan dilakukan oleh Timbalan Menteri Willie Anak Mongin yang menyaksikan kekecohan tercetus sebaik sesi penggulungan tamat.
Ini susulan tindakan ahli parlimen pembangkang yang bersorak 'pengkhianat' ditujukan kepada ahli parlimen Puncak Borneo itu.
Beberapa daripada mereka, kemudiannya mendakwa bahawa timbalan menteri yang keluar PKR pada Februari lalu dan menyertai Bersatu itu menunjukkan jari tengah ke arah mereka.
Fahmi Fadzil (PKR- Lembah Pantai) dan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) membuat hantaran di media sosial berhubung insiden tersebut.
Mongin menyertai kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membentuk kerajan Perikatan Nasional (PN).

cbd6993a64b93d5a78e57e03d0c57a4c.jpg


Pada pembentangan Belanjawan 2021, 6 November lalu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodit diperuntukkan RM729.39 juta iaitu RM476.66 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM252.7 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Esok, tiga lagi kementerian akan menggulung iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,523
Reaction score
11,572
Points
1,906
The Ahmad Maslan

55m ·

Undi belah bahagi
#Bajet2021

Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Menteri @UstDrTakiri
27a1.png
Kerajaan 108
27a1.png
Pembangkang 95
27a1.png
Tidak hadir 17

Dua iaitu Kementerian Luar Negeri @HishammuddinH2O & Kementerian Perpaduan Negara @HalimahSadique dilulus bajet dengan suara & tiada pengundian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register