Bajet '21-RUU P'bekalan '21(BCN Ke3 m/s 18 LULUS)=>BCN ke3 Dwn Negara m/s26 LULUS

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.

Dec 23, 2020 3:53 PM




FW1129035_KL27_23122020_DEWAN_NEGARA-lpr-1068x712.jpg

Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Gambar: Bernama







Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Disember.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Disember melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Tiada peruntukan khusus untuk sekolah Cina persendirian, kata Zafrul

December 23, 2020 3:32 PM

tengku-zafrul-bernama-071120-1.jpg

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulis Parlimen berkata tiada peruntukan khusus disediakan untuk sekolah menengah Cina persendirian atau kolej universiti persendirian. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kerajaan tidak akan menyediakan peruntukan khusus untuk sekolah menengah Cina persendirian atau kolej universiti persendirian tahun depan.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam jawapan bertulis Parlimen berhubung belanjawan tahunan, menjawab pertanyaan bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching.

Pada 15 Disember, Teo meminta kementerian menyatakan sama ada peruntukan disediakan untuk sekolah menengah Cina persendirian, dan tiga kolej universiti persendirian iaitu Kolej Universiti Southern, Kolej Universiti New Era dan Kolej Universiti Komunikasi Han Chian.

Dalam Belanjawan 2019, Putrajaya memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk menambah baik sekolah Cina persendirian. Ia merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM652 juta bagi tujuan sama di 10 jenis sekolah lain.

Peruntukan itu, termasuk peruntukan RM6 juta untuk tiga kolej swasta, mengundang kritikan parti-parti pembangkang yang mempersoalkan kewajaran dan kesegeraan mendanai institusi terbabit.

Dalam pada itu, Zafrul berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan formula baharu untuk mengagihkan peruntukan mengikut jenis sekolah, dengan mengambil kira faktor bilangan sekolah dan keperluan.

Belanjawan 2021 bakal menyaksikan peruntukan sebanyak RM50.4 bilion untuk KPM, sementara Kementerian Pengajian Tinggi akan menerima sebanyak RM14.4 bilion. Sebanyak RM800 juta akan diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan penambaikan sekolah, tidak termasuk institusi swasta.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register