Bajet '21-RUU P'bekalan '21(BCN Ke3 m/s 18 LULUS)=>BCN ke3 Dwn Negara m/s26 LULUS

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
Tempoh genting PN belum berakhir
30 November 2020


1606701883118.png

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kanan) bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dan menteri-menteri Kabinet selepas ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis lalu.


SHAH ALAM - Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang bermula hari ini antara perkara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Ia susulan Belanjawan 2021 peringkat dasar telah diluluskan di Parlimen pada Khamis lalu selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa undian belah bahagi.


Dalam sesi tersebut, pembangkang dijangka memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meneliti dan menyemak belanjawan itu memandangkan ia lebih spesifik melibatkan butiran peruntukan dan mengurus perbelanjaan kerajaan.
Perbahasan yang bermula hari ini sehingga 15 Disember 2020 akan dimulai oleh Kementerian Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum disusuli kementerian lain.
Mengikut proses peringkat jawatankuasa, sebaik selesai perbahasan oleh setiap kementerian, undian akan dilakukan bagi mendapatkan sokongan.


Dijangka Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dipimpin Datuk Saifuddin Abdullah berdepan isu panas membabitkan jumlah peruntukan besar kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) atau kini dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
Jelas rata-rata dalam perbahasan peringkat dasar sebelum ini telah menyaksikan isu berkenaan antara yang paling banyak dibangkitkan khususnya dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.
Tugas getir pastinya menanti Saifuddin yang dijangka berdepan kritikan peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu besar.


Sentimen itu terus dimainkan oleh pembangkang sehingga kini berikutan jumlah yang banyak itu diberikan kepada J-Kom walaupun Malaysia sedang berdepan krisis ekonomi dan pandemik Covid-19.
Kebanyakan rakyat di peringkat akar umbi juga dilihat tidak bersetuju dengan jumlah dana yang diberikan kepada J-Kom.Justeru, tempoh perbahasan peringkat jawatankuasa perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kementerian bagi meyakinkan semua ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang untuk menyokong Belanjawan 2021.
Banyak proses
Meskipun secara dasarnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh menarik nafas lega selepas berakhirnya hari penuh getir pada Khamis lalu, namun ia belum menjamin belanjawan sulung di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan diluluskan sepenuhnya kerana masih banyak proses yang perlu dilalui.
Peringatan itu turut diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan sebaik selesai pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat.


Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson memperincikan sebab pembangkang menyokong belanjawan tersebut tanpa meminta undi belah bahagi.
Katanya, ia bagi membolehkan pengumuman yang dibuat Tengku Zafrul dapat diteliti secara mendalam.

“Ahli-ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil daripada pemotongan mana-mana kementerian lain.
“Apakah jumlah sebenar belanjawan serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.
“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya.

Justeru, tumpuan rakyat pastinya terarah pada persidangan Dewan Rakyat pada hari ini bagi melihat bentuk pindaan yang mahu dilakukan blok pembangkang bagi memastikan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion itu diluluskan.
Difahamkan, sukar bagi kerajaan meminda sesuatu belanjawan apabila ia telah lulus di peringkat dasar.
Bagaimanapun, dalam realiti politik kini, apa sahaja boleh berlaku.

Jadi sama-sama kita saksikan drama seterusnya di Dewan Rakyat bermula hari ini.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
penggulungan Belanjawan 2021 beserta pengundian yg lepas boleh rujuk di thread
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
Sekiranya persetujuan sukar dicapai dalam perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa setiap kementerian yang bermula hari ini.

Ramal Jawatankuasa Pilihan Khas bakal diwujudkan

30 November 2020


1606705716804.png

Muhammad Fathi


SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas mungkin terpaksa diwujudkan sekiranya persetujuan sukar dicapai dalam perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa setiap kementerian yang bermula hari ini.

Pakar Perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu untuk melihat aspek tertentu secara spesifik yang menjadi pertikaian antara ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, selepas proses persetujuan dicapai barulah proses undian dibuat untuk belanjawan tersebut diluluskan.“Bagaimanapun, kita mengharapkan proses perbahasan itu berjalan secara sihat memandangkan bacaan kali ketiga belanjawan lebih kepada formaliti.

“Bacaan kali ketiga itu bertujuan memperincikan cadangan balas dan memastikan perincian kepada perkara spesifik yang ada beza pandangan antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar ia dimuktamadkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Muhammad Fathi memaklumkan, apabila berlaku perbezaan pandangan pada perbahasan peringkat jawatankuasa, maka ia perlu dibincangkan sehingga ada kesepakatan.

Beliau juga percaya, sekiranya wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ahli Parlimen tetapi ia tidaklah ketara kerana Belanjawan 2021 itu sendiri diluluskan secara dasarnya.

“Sepatutnya tidak menimbulkan lagi persoalan dasar dan sekiranya masih ada perbezaan pendapat dalam aspek yang spesifik, ia perlu diselesaikan melalui perbincangan,” katanya.

Justeru itu, semua ahli Parlimen disaran mengambil perhatian nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan diselesaikan dengan cara baik supaya perbelanjaan kerajaan dapat diluluskan untuk kepentingan rakyat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
1606717698013.png


MP pembangkang persoal peruntukan RM1 bilion 'projek khas' JPM
Diterbitkan Hari ini 2:16 pm


Dua ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan peruntukan RM1 bilion kepada 'projek khas' di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut mereka peruntukan ini tidak wajar ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.

"Projek khas RM1 bilion. Apa itu projek khas? Khas untuk perdana menteri (Muhyiddin Yassin) untuk membeli sokongan ahli-ahli parlimen untuk mengekalkan kuasa dia?
"Adakah itu projek khas yang disebutkan dan dimaksudkan dalam belanjawan?" soal Ahli Parlimen Stampin Chong Chien Jen ketika membahas Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, pemimpin DAP itu menyifatkan beberapa peruntukan di bawah JPM sebagai 'slush fund', iaitu peruntukan yang tidak mempunyai tujuan spesifik.
"Nampaknya, reform (pembaharuan) yang kerajaan Pakatan Harapan buat dalam 22 bulan ini iaitu penurunan kuasa dari perdana menteri telah diterbalikkan oleh kerajaan dan perdana menteri sekarang.

"Amalan 'cash is king' akan diwarisi daripada Pekan (Najib Abdul Razak) ke Pagoh (Muhyiddin)," katanya.

ae7bd9189a1a94e49b4007cab612bb8c.jpg


Sementara itu, Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan untuk memperincikan peruntukan RM1 bil kepada 'projek khas'.
"Butiran sini tunjukkan bahawa tahun ini sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan. Bagi tahun 2021 sebanyak RM1 bilion diperuntukan bagi projek khas ini.

"Masalah di sini kita hadapi ialah ketelusan butiran yang mana dipanggil projek khas. Tapi apa perincian dalam projek khas ini sehingga mencecah RM1 bil kita tidak tahu.
"Harus kita ingat bahawa parlimen ini bertanggungjawab bahawa tidak ada satu sen duit rakyat boleh dibelanja tanpa kelulusan Dewan Rakyat.

"Oleh itu, untuk meluluskan peruntukan RM1 bil untuk projek khas ketika musim Covid-19 ini tidak wajar," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
1606718012698.png


Anwar persoal tambahan lebih RM100j untuk 'kakitangan kontrak politik' JPM
Diterbitkan Hari ini 1:45 pm

Dikemaskini Hari ini 1:58 pm


PARLIMEN | Perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bermula hari ini dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan peningkatan peruntukan sebanyak RM181.4 juta kepada kakitangan kontrak di bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoalkan peningkatan itu untuk apa yang disifatkannya sebagai lantikan politik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Saya ingin tahu butiran terperinci berhubung dengan program khusus dan emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM200 juta bagi tahun 2021.

"Peningkatan RM181.4 juta berbanding tahun sebelumnya. Ini untuk pegawai kontrak politik di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Ini dalam keadaan kita uar-uarkan ini adalah kerajaan prihatin tentang Covid-19. Saya nak tanya apa hubungan RM181 juta ini dengan derita rakyat miskin yang menganggur yang sekarang menuntut pertimbangaan dan perhatian kerajaan hari ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri yang menjawab soalannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof bagaimanapun kemudian menjelaskan pertambahan adalah sebanyak RM108.4 juta, bukan RM181.4 juta seperti disebut Anwar.
Dalam pada itu, Anwar turut membangkitkan peruntukan kepada duta-duta khas, juga di bawah JPM.

Menurutnya, pelantikan sejumlah duta khas adalah sia-sia kerana peranannya mampu dijalankan Kementerian Luar.
"...Tidak setimpal dengan membayar upah kepada jawatan yang tidak berkesan. Dalam Covid-19 ini, duta-duta khas ini ke mana mereka pergi? Semua di Kuala Lumpur," katanya.

Shahidan Kassim (PN-Arau) kemudian mempertahankan peruntukan tambahan sebanyak RM181.4 juta itu sebagai usaha kerajaan mengambil semula kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan ketika pentadbiran PH, termasuk kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Dia turut menggesa kerajaan menimbang semula hasrat untuk mengurangkan peruntukan terhadap Jasa. Dalam Belanjawan 2021, jabatan itu yang akan diwujudkan semula diperuntukkan sebanyak RM85.5 juta.
Bagaimanapun susulan kritikan ramai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dalam ucapan penggulungannya berkata peruntukan untuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) - nama baru jabatan itu - akan dikurangkan.

Perbahasan peringkat jawatankuasa hari ini diteruskan selepas arahan saat akhir Anwar agar ahli Parlimen PH tidak menyokong undi belah bahagi Jumaat lalu.

Ia menyebabkan dia dihujani kritikan atas perkara itu, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai langkah memalukan oleh PH.

Dia kemudian berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
1606718132569.png


PKR cadang undian belah bahagi pertama
Diterbitkan Hari ini 2:26 pm

Dikemaskini Hari ini 2:29 pm


PARLIMEN | Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
Jangan ada pendakwaan, siasatan terpilih seperti PH kalau PN tidak mahu ditolak rakyat, kata Nazri

November 30, 2020 2:21 PM

nazri-aziz.jpg

Nazri Aziz berkata, apabila rakyat memilih kerajaan baru pada PRU14, mereka benar-benar berharap PH akan menunaikakan janji manifesto, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpim veteran Umno meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mengamalkan sikap pendakwaan dan penyiasatan terpilih seperti yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, jika pihak berkuasa tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam melakukan siasatan maka tidak mustahil kerajaan PN yang ada hari ini akan dihukum pada pilihan raya umum ke-15.

“Inilah perkara yang saya mahu bangkitkan, iaitu apa yang kita janji mesti dikotakan. Rakyat hari ini bukan rakyat yang bodoh, rakyat cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, mesti dilakukan. Jangan kita kata dulu zaman PH begitu. Itu salah bagi saya. Kalau salah tetap salah.

“Saya minta kepada pihak peguam negara, SPRM, polis jangan ada pendakwaan terpilih dan penyiasatan terpilih, kalau tidak rakyat akan hukum kita dalam PRU15 nanti,” katanya ketika menjawab pertayaan Shamsul Iskandar Mohd Akib (PH- Hangtuah Jaya) yang bangun mencelah meminta pandangan beliau berhubung isu seorang menteri kanan yang terkait dengan video tular yang kini “ditutup penyiasatannya”.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri meminta kerajaan PN tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh kerajaan PH, termasuk penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta menarik balik pendakwaan yang berjalan di mahkamah.

“Waktu penubuhan kerajaan PN saya mengalu-alukan kenyataan perdana menteri bahawa pelantikan yang dibuat mestilah berasaskan “acid test” kebersihan, iaitu tiada kes melibatkan mereka yang dipilih sebagai menteri dan juga timbalan menteri.

“Kita alu-alukan kenyataan perdana menteri kerana kita melihat kerajaan yang terbentuk hari ini membuat lembaran baru untuk menjadikan negara Malaysia bersih.

“Saya harap apa yang dikatakan akan dikotakan. Ia bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi dilihat dilakukan.


“Cuma hari ini saya bertanya SPRM dan peguam negara sama ada pendakwaan yang dilakukan sekarang benar-benar merupakan pendakwaan yang bersih daripada niat tidak baik yang mungkin ada dan wujud sewaktu PH menjadi kerajaan.

“Kiita lihat zaman PH apabila rakyat memilih kerajaan baru, rakyat benar-benar berharap PH akan menunaikakan janji manifesto, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kita lihat ada pendakwaan yang bersifat dendam dan juga kadang-kadang kes berjalan setengah jalan kemudian ditarik balik.

“Ini tindakan yang cukup tidak baik kerana telah dijanjikan dalam manifesto tetai tidak dilakukan,” katanya, tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau insiden khusus.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
Jangan ada pendakwaan, siasatan terpilih seperti PH kalau PN tidak mahu ditolak rakyat, kata Nazri

November 30, 2020 2:21 PM

View attachment 318561
Nazri Aziz berkata, apabila rakyat memilih kerajaan baru pada PRU14, mereka benar-benar berharap PH akan menunaikakan janji manifesto, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpim veteran Umno meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mengamalkan sikap pendakwaan dan penyiasatan terpilih seperti yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, jika pihak berkuasa tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam melakukan siasatan maka tidak mustahil kerajaan PN yang ada hari ini akan dihukum pada pilihan raya umum ke-15.

“Inilah perkara yang saya mahu bangkitkan, iaitu apa yang kita janji mesti dikotakan. Rakyat hari ini bukan rakyat yang bodoh, rakyat cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, mesti dilakukan. Jangan kita kata dulu zaman PH begitu. Itu salah bagi saya. Kalau salah tetap salah.

“Saya minta kepada pihak peguam negara, SPRM, polis jangan ada pendakwaan terpilih dan penyiasatan terpilih, kalau tidak rakyat akan hukum kita dalam PRU15 nanti,” katanya ketika menjawab pertayaan Shamsul Iskandar Mohd Akib (PH- Hangtuah Jaya) yang bangun mencelah meminta pandangan beliau berhubung isu seorang menteri kanan yang terkait dengan video tular yang kini “ditutup penyiasatannya”.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri meminta kerajaan PN tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh kerajaan PH, termasuk penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta menarik balik pendakwaan yang berjalan di mahkamah.

“Waktu penubuhan kerajaan PN saya mengalu-alukan kenyataan perdana menteri bahawa pelantikan yang dibuat mestilah berasaskan “acid test” kebersihan, iaitu tiada kes melibatkan mereka yang dipilih sebagai menteri dan juga timbalan menteri.

“Kita alu-alukan kenyataan perdana menteri kerana kita melihat kerajaan yang terbentuk hari ini membuat lembaran baru untuk menjadikan negara Malaysia bersih.

“Saya harap apa yang dikatakan akan dikotakan. Ia bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi dilihat dilakukan.


“Cuma hari ini saya bertanya SPRM dan peguam negara sama ada pendakwaan yang dilakukan sekarang benar-benar merupakan pendakwaan yang bersih daripada niat tidak baik yang mungkin ada dan wujud sewaktu PH menjadi kerajaan.

“Kiita lihat zaman PH apabila rakyat memilih kerajaan baru, rakyat benar-benar berharap PH akan menunaikakan janji manifesto, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kita lihat ada pendakwaan yang bersifat dendam dan juga kadang-kadang kes berjalan setengah jalan kemudian ditarik balik.

“Ini tindakan yang cukup tidak baik kerana telah dijanjikan dalam manifesto tetai tidak dilakukan,” katanya, tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau insiden khusus.


yg ni refer pada vid Azmin-Haziq dan keputusan KPN dlm kes ni kan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,901
Reaction score
12,066
Points
1,906
Adakah peruntukan JPM naik untuk bayar penasihat, duta khas, soal Anwar

November 30, 2020 12:09 PM

ANWAR-IBRAHIM-ISTAC-051.jpg

Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan kewajaran Jabatan Perdana Menteri menerima peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM482 juta, manakala petugas barisan depan, nelayan dan golongan lain hanya diberi RM300 seorang dalam Belanjawan 2021.

Beliau mempertikaikan keperluan JPM menerima peruntukan tambahan 10.7% untuk tahun depan dan sama ada ia digunakan untuk membiayai gaji dan elaun pelbagai lantikan politik termasuk duta khas ke Timur Tengah dan China.
Anwar berkata lantikan-lantikan politik itu yang “tiada fungsi” ketika negara berdepan Covid-19.

“Sementara kita bagi RM300 kepada polis, petugas barisan depan, nelayan, dan sebagainya, kita lihat peningkatan untuk JPM bagi tujuan pengurusan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.



“Di JPM sahaja ada 5 menteri dan 5 timbalan menteri. Dilihat senarai perjawatan pula, (ada) penasihat khas media dan komunikasi, penasihat ekonomi, penasihat khas mengenai kesihatan awam, pejabat urusan khas, pejabat duta khas ke Timur Tengah, pejabat duta khas ke China, pejabat duta khas ke Jepun, Korea, dan Taiwan.”

Anwar tertanya keawajaran memberi upah kepada lantikan yang tidak berkesan dalam melawan Covid-19, seperti duta-duta khas yang “semua ada di Kuala Lumpur sahaja”.
“Apa peranan kementerian sehingga kita terpaksa lantik dan beban negara dengan jumlah pengurusan yang tinggi bawah JPM?” katanya.

Anwar tertanya apakah yang cuba kerajaan selindungkan di sebalik peruntukan ini, menarik perhatian kepada emolumen kakitangan kontrak.

“Ada pertambahan untuk kakitangan kontrak RM200 juta bagi 2021 – peningkatan RM181.4 juta berbanding tahun sebelumnya untuk pegawai kontrak.
“Kata ini kerajaan prihatin. Apa kaitan peruntukan RM181.4 juta ini dengan derita rakyat yang menunggu bantuan?”
Antara wakil rakyat yang dilantik sebagai duta khas adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan Presiden Parti Demokratik Progresi, Tiong King Sing.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register