balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

NAJIB (dua dari kanan) dan Muhyiddin (dua dari kiri) melihat Laporan Ekonomi 2014-2015 sambil diperhatikan oleh Ahmad Husni (kanan) dan Ahmad Maslan di Dewan Rakyat semalam.
KUALA LUMPUR – Bajet 2015 padat dengan perkhabaran baik kepada rakyat seiring dengan temanya, Ekonomi Keperluan Rakyat, yang menawarkan pelbagai insentif, transformasi, projek dan dana yang dapat memenuhi hasrat semua pihak termasuk pelabur, sektor awam dan korporat.
Dalam pembentangan bajet selama dua jam bermula pukul 4 petang semalam di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira kebimbangan rakyat daripada kumpulan berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah ekoran terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan telah mencadang kan pelbagai langkah bagi menghadapi kemelut itu dan antaranya adalah menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan pendidikan dan meluaskan skop barangan yang tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta insentif cukai yang lain.
Bajet terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 itu menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuh pertumbuhan ekonomi, memantap tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda bumiputera, memartabat peranan wanita, membangun program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm