BTC USD 28,408.4 Gold USD 1,967.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bajet 2015: Kelantan dianaktirikan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BHARU - Kelantan sekali lagi dianaktirikan dalam Bajet 2015 kerana menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal memberi perhatian kepada keperluan kritikal di negeri ini.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sepatutnya kerajaan di bawah pentadbiran Najib peka dengan keperluan tersebut kerana ia telah lama diutarakan kepada Kerajaan Pusat.

Menurutnya, keperluan kritikal itu telah disebut ketika pertemuan antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Najib sebelum ini bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan serta Pusat.

“Malah, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sendiri menyebut komitmen Kerajaan Pusat untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), namun tiada apa-apa dalam perkembangan Bajet 2015.

“Kali ini dalam Bajet 2015, isu LTSIP, lebuh raya dan keperluan kritikal lain di negeri ini masih gagal diberi tumpuan,” katanya kepada Sinar Harian, mengulas pembentangan Bajet 2015 kelmarin, yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat.

Mengulas isu menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk semua kategori, Ahmad Fadhli berkata, ia hanya sekadar untuk ‘ mengumpan’ rakyat selepas subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen baru-baru ini.

“Naikkan BR1M tidak mampu menampung kos sara hidup dan barangan keperluan yang semakin mahal.

"Malah, Bajet 2015 juga tidak berjaya kurangkan beban rakyat peringkat akar umbi, sebaliknya mereka akan terus menanggung derita,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bajet-2015-kelantan-dianaktirikan-1.323726
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register