BTC USD 38,938.7 Gold USD 1,813.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baja dari najis?

LC yellow

Junior Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
53
Reaction score
109
Points
19
BUAHAN MENGGUNAKAN NAJIS SEBAGAI BAJA

Soalan :

Assalamualaikum wrt

Saya ada satu masalah : Apakah hukumnya memakan buah-buahan hasil dari penggunaan najis binatang terutamanya dari khinzir/anjing dan sebagainya.

Sekian terima kasih.

Jawapan :

Waalaikumussalam

Buah-buahan dan tanaman merupakan antara nikmat rezeki yang dikurniakan olehAllah kepada hambanya, bukan sahaja manusia,binatang, serangga malahan kepada seluruh lain juga dapat menikmati faedah daripada tumbuhan ini.

Dalam masa yang sama, tumbuhaan juga tanda agung tentang kekuasaan ilahi dan dhaifnya kejadian manusia. Lihatlah daripada sebiji benih kontang yang kecil akhirnya bercambah,bertunas dan membesar hingga tinggi menongkat langit dan mencabar angin , namun lama kelamaan ia akan tumbang juga mengikut giliran kepada putaran sistem alam "yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti pula denga tanaman lain" begitu jugalah manusia "dari janim kelua sebagai seorang bayi,membesar gagah dan akhirnya mati berselimutkan tanah jua. Ya itulah tanda keesaan dan kekuasaan Allah , berkuasa menjadikansegala- galanya dan kepadanya jua kiata akan kembali.

Berkaitan dengan soalan saudara tersebut,para ulama` telah bersepakat mengatakan 'keharusan' menggunakan najis dalam pembajaan tanaman memamdangkan zat-zat galian dan unsur-unsur penyubur yang memang telah terbukti terkandung dalam bahan kumuhan haiwan tersebut dan ianya memang diketahui oleh petani itu sendiri. Nabi juga pernah bersabda (( Kamu lebih mengetahui dalam urusan keduniaan kamu )) maka hadis ini sebagai dalil keizinan untuk kita mempergunakan kepandaian dan pengalaman dalam urusan keduniaan kita selama mana tidak bercanggah dengan syariat.

Najis sebenarnya telah djsucikan apabila ia bertemu dengan tanah dan ianya telah diakui sendiri oleh para doktor yang mengatakan memang tanah adalah sebagai satu ejen penyah kuman yang amat berkesan &ldots; kerana itulah juga Nabi menyuruh kita menyucikan najis khinzir dengan tanah, begitu juga keadaannya dengan zat haiwan ini telah terlerai dan terurai didalam proses penyerapan makanan dan air dalam sistem tumbuh-tumbuhan ianya secara langsung tidak memberi kesan kepada kesucian buah-buahan tersebut kerana zatnya telah sebati dalam tanah. Ia juga berlaku secara tidak langsung antara zat galian dan pertumbesaran tanaman tersebut, maka ianya dibolehkan selama mana tidak mengubah rasa, warna dan bau buah-buahan tersebut kepada baunan najis. Jika ini terjadi maka ianya haram untuk dimakan.

Sebagai contohnya, kita dibenarkan memakan ayam kampung walaupun kita tahu ayam itu pernah makan najis dan kekotoran namun ianya diharuskan oleh fuqaha` selama mana ianya tidak memberi kesan kepada daging ayam tersebut kepada bau atau rasa najis, dan ini ada disebut di dalam kitab -kitab feqah. Jadi begitulah qias kita terhadap masalah buah-buahan tadi.

Persoalan juga bukan bererti hanya najis biasa sahaja yang boleh dimaafkan, malahan semua najis samada "najis mutawasitah" atau "najis mughallazah" juga termasuk di dalam perkiraan ini. Ianya telah diharuskan oleh para ulama` di dalam perbincangan hukumnya, persoalan tergamak,jijik atau kesannya kepada jiwa dan diri adala diluar perbahasan hukum tadi.Ianya tergolongan dalam bab adab,syubahat dan wara`. Wallahua`lam"
 
Sponsored Post

mesir

Active+ Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35

Thanks bro, for the info... :):):)
 
underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,729
Reaction score
4,326
Points
196
najis spt baja tahi ayam, kambing atau lembu kalau diletakkan terus ke tanaman boleh menyebabkan ianya mati. Biasanya orang akan tunggu proses penguraian najis oleh bakteria yang menukarkan kepada kompos.
kompos pada dasarnya adalah bukan najis kerana telah ditukar bentuk oleh bakteria
 
Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
tnx2... walau parking x tepat... :D
 
dek_ang

Active+ Member
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,723
Reaction score
1
Points
25
ni bukan lawak...just info...thanks dude...
 
amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
ehh...

saper silap parking nih??
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register