BTC USD 48,144.4 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,041
Reaction score
5,500
Points
721
Lebanon port explosion: Victims’ families demand a deeper inquiry


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,355
Reaction score
21,611
Points
1,671
Misteri letupan Pelabuhan Beirut belum dirungkai

20210803_075934.jpg


SEJAK letupan berlaku di Pelabuhan Beirut, Lubnan pada 4 Ogos 2020, satu siasatan yang dilakukan berhubung insiden tersebut masih gagal menemui dalang sebenar kejadian itu.

Dalam kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh manakala sebahagian besar kawasan di sekitar pelabuhan tersebut musnah termasuk apartmen-apartmen.

Gegaran letupan itu juga dapat didengari sehingga ke Cyprus.

Pihak berkuasa berkata, sebanyak 2,750 tan baja ammonia nitrat disimpan di dalam gudang pelabuhan itu sejak tahun 2014 dan telah menyebabkan kebakaran sekali gus mewujudkan letupan bukan nuklear paling terbesar di dunia.

Siasatan dalam negara masih belum dapat menentukan apa punca yang menyebabkan letupan tersebut.

Isu yang masih lagi belum dirungkaikan ialah kenapakah bahan kimia berbahaya tersebut dibiar berada di dalam gudang berkenaan selama kira-kira enam tahun.

Bagaimanapun, Hakim Tarek Bitar yang mempengerusikan panel siasatan letupan tersebut dikatakan telah menyiapkan lebih 75 peratus kes itu dan menurut sumber kehakiman, beliau hampir mempunyai gambaran penuh tentang apa yang berlaku dalam kejadian berkenaan.

Bitar dilaporkan akan mendedahkan hasil siasatannya pada hujung tahun ini.

Baja ammonia nitrat itu dipercayai telah tiba di Beirut pada tahun 2013 dengan menaiki kapal Rhosus yang mengibarkan bendera Moldova dan sepatutnya belayar dari Georgia sehingga ke Mozambique.

Namun, Rhosus dirampas oleh pihak berkuasa selepas sebuah syarikat memfailkan satu tuntutan undang-undang ke atas pemilik kapal berkenaan berhubung hutang yang masih belum dapat diselesaikan.

Justeru, pada tahun 2014, pihak berkuasa pelabuhan memindahkan baja ammonia nitrat tersebut dari kapal itu ke sebuah gudang yang dinding-dindingnya telah retak di Pelabuhan Beirut.

Menurut seorang peguam yang mewakili ratusan mangsa letupan itu, Youssef Lahoud berkata bahawa Hakim Tarek Bittar itu telah mengenali beberapa watak utama seperti pemilik syarikat yang menghantar baja ammonia tersebut dan sebuah bank di Mozambique yang membiayai penghantaran berkenaan.

Bagaimanapun, Lahoud berkata, siasatan itu masih belum dapat memutuskan jika terdapat pihak-pihak lain yang terlibat dalam letupan tersebut.

Siasatan insiden itu juga menumpukan kepada laporan-laporan bahawa terdapat tiga ahli perniagaan yang memegang kewarganegaraan Rusia terlibat dalam pembelian ammonia nitrat.

Sehubungan itu, menurut Lahoud kepada AFP, perkara yang masih belum dirungkaikan sehingga kini ialah apa sebenarnya yang menyebabkan letupan besar itu.

Beliau berkata, siasatan yang sedang dilakukan itu mengesahkan bahawa ammonia nitrat tersebut disimpan dekat dengan bahan-bahan letupan.

Pada awalnya, sumber-sumber keselamatan menyatakan bahawa kerja-kerja kimpalan mungkin menyebabkan kebakaran tetapi pakar-pakar menolak teori tersebut sebagai tidak dapat diterima.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, Hakim Bitar telah mengeluarkan permintaan untuk mendapatkan bantuan dari lebih 10 buah negara berhubung kes letupan itu.

Namun, menurut sumber kehakiman, hanya Perancis yang bertindak balas dengan menyatakan ia tidak mempunyai imej satelit ketika letupan tersebut sedang berlaku.

Justeru Lahoud berkata, tanpa imej-imej satelit, adalah sukar untuk para penyiasat menentukan sama ada terdapat ammonia nitrat telah diseludup keluar dari gudang tersebut.

Beliau tidak menafikan berlaku satu serangan sehingga letupan itu berlaku tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Perancis yang membantu siasatan kejadian berkenaan menafikan bahawa satu serangan misil telah terjadi ke atas gudang itu.

Penafian itu dibuat setelah ujian air dan sampel tanah dilakukan di tapak letupan tersebut.

Sehubungan itu, persoalan yang masih belum dirungkaikan dalam letupan itu ialah apa sebenarnya yang menyebabkan ribuan tan baja ammonia tersebut boleh meletup di dalam gudang Pelabuhan Beirut? - Agensi

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register