Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Berita Harian Online
38m ·
#BHDunia: Turut melihat sejauh mana tragedi letupan mencemari kawasan perairan Laut Mediterranean
https://www.bharian.com.my/…/pbb-uruskan-pelupusan-sisa-ber…

Sabtu, 15 Ogos 2020 | 9:04am

CARI
pbb_1597453435.jpg

Gambar hiasan. - Foto AFP
PBB uruskan pelupusan sisa berbahaya di Beirut


GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berkata pihaknya sedang memeriksa jenis serpihan berbahaya yang bertebaran di pelabuhan Beirut dan mengusahakan kaedah pembersihannya secara selamat.

Penasihat Krisis Program Pembangunan PBB, Rekha Das, berkata pihaknya juga sedang mencari jawapan sejauh mana letupan dahsyat di pelabuhan di bandar itu pada 4 Ogos lalu mencemarkan Laut Mediterranean.

"Dalam sekelip mata, Beirut 'ditutupi' dengan lapisan demi lapisan serpihan... kita sedang menilai jenis serpihan, batu bata, besi, kaca, sisa berbahaya selain sisa perubatan serta elektronik juga perlu kita tangani.

"Kita harus kenal pasti mana satu yang berbahaya, apa yang boleh dikitar semula dan sebaliknya. Jika tidak boleh dikitar semula, di mana ia selamat untuk dibuang.

"Lubnan sememangnya sudah berdepan dengan krisis besar berhubung sisa pepejal sebelum letupan lagi, " katanya melalui pautan video di Geneva.
Tambah Das, pihaknya harus berdepan dengan sisa dan pencemaran yang boleh dilihat di bahagian darat selain tahap kesan buruk terhadap alam sekitar di Laut Mediterranean, yang sehingga kini masih belum diketahui.

Katanya, skala operasi sekarang berada pada peringkat di mana kerja belum boleh dimulakan berikutan zon yang musnah akibat letupan itu masih berbahaya untuk dimasuki kerana serpihan masih lagi jatuh daripada bangunan.

"Kami tahu ia adalah sisa toksik di luar sana dan terlalu banyak plastik... kami bekerjasama rapat dengan pakar dari Kesatuan Eropah yang arif mengenai sisa beracun ini, " katanya.

Das berkata, keputusan awal dari penilaian pertama pihaknya akan tiba dalam tempoh seminggu lagi, namun keutamaan sekarang ialah agensi itu memerlukan sumbangan sekitar AS$3 juta (RM12 juta) dengan segera.

"Kami melihat kerja pembersihan ini secara berfasa. Jadi, sebaik saja kami selesai merungkai masalah bahagian pertama dan mengetahui jika cabaran seterusnya akan lebih rumit, kita akan minta lebih lagi, " katanya.

Letupan di Beirut itu mengorbankan lebih 170 mangsa manakala kira-kira 6,500 lagi cedera selepas 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang disimpan bertahun lamanya di sebuah gudang meletup. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,315
Reaction score
3,178
Points
201

Beirut's hospitals are struggling to cope following the damage from last week's devastating port explosion.
Three big hospitals and half of the clinics in the Lebanese capital are still not functioning, leaving the city with an acute shortage of hospital beds.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,024
Reaction score
1,374
Points
151
Patuhi piawaian urus bahan kimia elak tragedi Beirut
Tarikh 4 Ogos pastinya kekal dalam ingatan penduduk Lubnan khususnya di Beirut akibat insiden letupan berskala besar membabitkan lebih 2,700 tan bahan kimia ammonium nitrat. Anggaran kekuatannya bersamaan letupan 1,500 tan TNT yang turut mengingatkan kita kepada peristiwa pengeboman di Hiroshima.

Tragedi yang berlaku di pelabuhan Beirut itu yang direkodkan beberapa pakar daripada Universiti Sheffield, United Kingdom (UK) sebagai antara letupan bukan nuklear paling besar dalam sejarah.

Agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan letupan terbabit menghasilkan gegaran kuat bermagnitud 3.3 skala Richter yang meninggalkan kawah sedalam 43 meter.

Lebih menyedihkan, letupan itu memberi kesan teruk terhadap penduduknya dengan 177 terkorban dan ribuan mangsa cedera, manakala ramai lagi masih belum dijumpai. Tragedi itu krisis terburuk sejak perang saudara yang meletus di Lubnan sebelum ini.

Impak serius dari segi ekonomi dan krisis kemanusian dijangka akan mula menyelubungi Lubnan pada masa terdekat. Tentunya peristiwa yang berlaku harus diambil pengajaran termasuk dalam aspek keselamatan pengurusan bahan kimia.

Mengikut rekod, ammonium nitrat digunakan secara meluas sebagai bahan asas dalam industri pertanian seperti dalam pembuatan baja dan digunakan sebagai peledak lombong.

Ini bukan kali pertama tragedi letupan berpunca daripada stor penyimpanan ammonium nitrat. Pada 2015, letupan di Tianjin, China mengorbankan 165 nyawa, manakala letupan di Ryongchon, Korea Utara pada 2004 mengorbankan 160 nyawa.

Sebelum itu, letupan di Galveston Bay, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 1947 mengorbankan 581 nyawa dan letupan di Oppau, Jerman pada 1912 mengorbankan hampir 600 nyawa. Semuanya berpunca sumber bahan kimia sama, iaitu ammonia nitrat.

Pihak berkuasa tempatan dan pakar antarabangsa masih lagi berdebat mengenai punca letupan besar di Beirut. Terdapat pelbagai kemungkinan membolehkan keseluruhan ammonium
nitrat tersimpan di pelabuhan itu meledak, termasuk dakwaan berlaku kebakaran kawasan stor berhampiran yang menyimpan mercun. Terdapat juga dakwaan letupan berpunca tindakan sabotaj dan dilakukan pengganas.

Daripada laporan awal diterima, tragedi ini berkemungkinan berlaku berpunca daripada pengurusan penyimpanan bahan kimia berbahaya yang tidak mengikut piawaian dan mengabaikan langkah perlindungan keselamatan. Di Beirut, ribuan tan ammonium nitrat disimpan sejak 2013 lagi yang dikeluarkan daripada sebuah kapal yang mengalami masalah.

Bahan terbabit tersadai di pelabuhan Beirut pada masa lama. Justeru, pelbagai perkara boleh berlaku terhadap bahan berbahaya berkenaan termasuk bertindak balas dengan bahan lain dan juga potensi berlaku kebocoran tangki atau bekas penyimpanan.

Dalam konteks pengurusan, setiap bahan kimia mempunyai kaedah khas dikhususkan dalam setiap proses pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan. Terdapat juga kaedah kawalan keselamatan dan kaedah rawatan sekiranya berlaku kemalangan membabitkan bahan kimia berkenaan. Data setiap bahan kimia seperti komposisi, kestabilan dan kereaktifan terkandung dalam rekod safety data sheet (SDS).

Secara umumnya terdapat banyak peraturan dan piawaian dijadikan amalan di seluruh dunia dalam memastikan keselamatan pengurusan bahan kimia berbahaya. Bagi industri perkapalan, iaitu pengangkutan air terbesar membabitkan pelabuhan, kandungan barangan diangkut kapal kargo perlu mematuhi kod International Maritime Dangerous Good (IMDG).

Barangan diangkut menggunakan kapal tidak mematuhi kod IMDG tidak dibenarkan diturunkan daripada kapal dan harus disimpan di atas kapal sahaja. Bagi ammonium nitrat, ia bahan dikawal di bawah kod IMDG.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berpangkalan di Geneva juga mengeluarkan garis panduan bagi keselamatan pelabuhan, Safety and Health in Ports, ILO Code of Practice. Setiap pelabuhan juga mempunyai peraturan keselamatan tersendiri yang perlu diguna pakai.

Berdasarkan kod UN NO 0222 di bawah IMDG, ammonium nitrat tidak boleh diturunkan daripada kapal sekiranya ammonium nitrat dibawa mengandungi lebih daripada 0.2 peratus jisim bahan mudah terbakar, termasuk sebarang bahan organik dan lain-lain. Larutan ammonium nitrat pekat dan panas juga tidak dibenarkan mengikut kod UN NO 2426.

Bagi industri penerbangan terutama membabitkan kargo, peraturan membabitkan bahan kimia berbahaya terkandung jelas dalam International Civil Aviation Organization (ICAO) Dangerous Good and Prohibited Items dan juga dalam Dangerous Good Regulations di bawah International Air Transport Association(IATA).
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Sinar Harian
31m ·
Pakar ketenteraan Lubnan menemui kesemua bekas mengandungi bahan kimia berbahaya itu di lokasi berlakunya tragedi letupan dahsyat

79 bekas bahan kimia berbahaya ditemui di Pelabuhan Beirut
| | 25 Ogos 2020


1598326750902.png

Pakar ketenteraan Lubnan menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.

BEIRUT - Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan mereka dari Perancis menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.

"Antara 14 dan 22 Ogos, sebanyak 25 bekas mengandungi asid hidroklorik dijumpai serta 54 bekas bahan kimia lain dan andai berlaku kebocoran ia boleh mencetuskan bencana," kata tentera Lubnan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 4 Ogos, ibu kota Lubnan digemparkan dengan letupan kuat menyaksikan seluruh daerah berdekatan dengan kawasan pelabuhan turut mengalami kemusnahan, lapor agensi berita Sputnik.

Kejadian itu disebabkan 2,750 tan ammonium nitrat tidak disimpan dengan baik di Pelabuhan Beirut, mencetuskan letupan mengorbankan lebih 170 orang manakala lebih 40,000 yang lain cedera. Ada beberapa laporan media baru-baru ini mengatakan jumlah kematian seramai 220 orang dan lebih 100 masih hilang.

Berikutan itu, kerajaan Lubnan mengisytiharkan darurat di Beirut. Kira-kira seminggu selepas kejadian kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Hassan Diab umum mengundurkan diri berikutan kemarahan rakyat, menyebabkan ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan menggesa beliau meletakkan jawatan. - Bernama

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Bahan Kimia Bahaya Di Jumpai Di Pelabuhan Beirut

25.08.2020 - Beirut, Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan mereka dari Perancis menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.

“Antara 14 dan 22 Ogos, sebanyak 25 bekas mengandungi asid hidroklorik dijumpai, serta 54 bekas bahan kimia lain dan andai berlaku kebocoran ia boleh mencetuskan bencana,” kata tentera Lubnan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 4 Ogos, ibu kota Lubnan digemparkan dengan letupan kuat menyaksikan seluruh daerah berdekatan dengan kawasan pelabuhan turut mengalami kemusnahan, lapor agensi berita Sputnik.

Kejadian itu disebabkan 2,750 tan ammonium nitrat tidak disimpan dengan baik di Pelabuhan Beirut, mencetuskan letupan mengorbankan lebih 170 orang manakala lebih 40,000 yang lain cedera. Ada beberapa laporan media baru-baru ini mengatakan jumlah kematian seramai 220 orang dan lebih 100 masih hilang.

Berikutan itu, kerajaan Lubnan mengisytiharkan darurat di Beirut. Kira-kira seminggu selepas kejadian kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Hassan Diab umum mengundurkan diri berikutan kemarahan rakyat, menyebabkan ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan menggesa beliau meletakkan jawatan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/bahan-kimia-bahaya-dijumpai-di-pelabuhan-beirut/
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,315
Reaction score
3,178
Points
201
How a young woman survived the Beirut blast


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Letupan Beirut: Ada tanda mangsa tertimbus masih hidup, kata penyelamat
Reuters
-
September 4, 2020 12:43 PM

Beirut-blast-rescue-040920-AP_1.jpg

Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat bawah runtuhan bangunan selepas letupan besar bulan lalu di Beirut. (Gambar AP)

BEIRUT: Pasukan penyelamat di Lubnan pada Khamis mengesan tanda-tanda mangsa yang tertimbus bawah runtuhan sebuah bangunan di Beirut masih hidup selepas letupan di sebuah pelabuhan berdekatan pada 4 Ogos.

Agensi berita Lubnan, NNA, melaporkan pasukan penyelamat mengesan pergerakan bawah sebuah bangunan yang musnah di kawasan perumahan Gemmayze, antara kawasan yang paling terjejas dengan letupan yang mengorbankan kira-kira 190 orang dan mencederakan 6,000 yang lain.

“Tanda-tanda ini (pernafasan dan nadi) dan pengimbas suhu menunjukkan ada kemungkinan mangsa yang masih hidup,” kata seorang penyelamat, Eddy Bitar kepada pemberita di kawasan kejadian.
Selepas beberapa jam menggali sisa runtuhan, operasi menyelamat terpaksa dihentikan kerana bangunan tidak selamat.


Seorang penyelamat memaklumkan jentera lebih besar diperlukan untuk menangkat runtuhan dengan selamat tetapi ia hanya boleh dibawa ke tempat kejadian pada pagi nanti.

“Banyak bahaya menanti penyelamat,” kata Michel el-Mur kepada pemberita.

“Ada 10 penyelamat di tempat kejadian dan kita tidak mahu merisikokan nyawa mereka.”

Pasukan penyelamat itu termasuk sukarelawan dari Chile, Lubnan, dan anggota pertahanan awam.


Orang ramai yang terdesak berhimpun di tempat kejadian kerana tidak berpuas hati usaha menyelamat dihentikan.

“Malulah! Kan ada nyawa terperangkap dalam tu!,” kata seorang wanita kepada askar Lubnan yang mengawal tempat kejadian.

 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,024
Reaction score
1,374
Points
151
Hezbollah syiah yg menguasai percaturan politik lebanon


seperti dragon menguasai malaysia
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,024
Reaction score
1,374
Points
151
Beirut port ablaze, weeks after massive blast
Beirut, Lebanon (CNN) — A huge blaze broke out in Beirut's port on Thursday, just weeks after a massive blast at the same site laid waste to the capital city, killing nearly 200 people.
Residents still reeling from that devastating explosion were told by Beirut Governor Marwan Abboud to stay clear of the port area "for their safety" and to allow firefighters to perform their duties unhindered, state news agency NNA reported.
The cause of the fire was not immediately clear, but the Lebanese army said in a statement that it began at a warehouse where oil and tires are kept in the port's duty-free market.
Videos taken at the scene showed a warehouse engulfed in flames and a large plume of black smoke rising into the sky. Many Beirut residents sharing clips on social media expressed their dismay that yet another disaster was unfolding and that the scenes were all too familiar.
Efforts are underway to extinguish the fire, with helicopters dousing the flames.
Beirut's port -- Lebanon's main lifeline with the outside world -- was obliterated in last month's blast, and the city is still picking up the pieces.
The explosion of nearly 3,000 tons of ammonium nitrate tore through the capital on August 4, killing 190 people, injuring more than 6,000, and leaving more than 300,000 displaced from their homes. It destroyed much of Beirut's eastern coastal area.
Just last week, rescuers were searching to find a survivor under a mountain of rubble. After an emotionally charged three days, the search was called off, extinguishing hopes of locating a missing person.
The August 4 explosion has further eroded public trust in state officials and renewed protests over corruption, prompting Lebanon's government to step down and spurring calls for President Michel Aoun to resign.
Lebanon had already been struggling economically in the months before the blast, with its currency losing approximately 70% of its value since last October and the World Bank forecasting that half of its population would become poor in 2020.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register