Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,476
Reaction score
10,311
Points
1,896
Sinar Harian
2m ·
Pakar letupan dakwa tragedi di Beirut disebabkan pembakaran peluru berpandu bukannya ammonium nitrat seperti dilapor.

Warna asap petunjuk letupan Beirut bukan sebab ammonium nitrat

10 Ogos 2020

791283.jpg

Kepulan asap berwarna jingga kemerah-merahan itu didakwa bukan disebabkan oleh ammonium nitrat. - Foto Agensi




ROM - Pakar letupan terkemuka mendakwa letupan dahsyat di Beirut, Lubnan disebabkan oleh pembakaran peluru berpandu tentera dan bukan akibat bahan kimia berbahaya, ammonium nitrat seperti didakwa dalam laporan sebelum ini.

Daily Mail melaporkan Danilo Coppe, 56, dari Parmesan, Itali mengeluarkan teori bencana yang meragut 160 nyawa dan mengakibatkan 6,000 yang lain cedera itu berdasarkan warna kepulan asap yang berwarna jingga kemerah-merahan.

Coppe yang juga dikenali dengan nama samaran Mr Dynamite itu menjelaskan apabila berlaku letupan disebabkan oleh ammonium nitrat, ia akan menghasilkan kepulan asap berwarna kuning.

“Seharusnya ada pemangkin yang menyebabkan letupan tersebut. Anda boleh lihat dengan jelas warna kepulan asap itu yang menunjukkan terdapat litium dan jika dalam bentuk logam ia merupakan pendorong peluru berpandu tentera. Saya rasa wujud persenjataan di sana,” ujarnya.

Menurutnya, dia percaya letupan pertama itu bermula daripada kebakaran di tempat simpanan senjata tersebut.

“Ia kemudiannya merebak ke lokasi yang menempatkan bahan letupan tinggi yang terdapat pada roket atau misil,” tambahnya lagi.

Kelmarin, Iran menggesa negara antarabangsa supaya tidak mempolitikkan kejadian itu dan menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Lubnan.

“Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tujuan politik. Punca insiden itu perlu disiasat dengan teliti,” kata jurucakap Kementerian Luar, Abbas Mousavi selepas beberapa pihak sebelum ini menuduh Hizbullah yang disokong Teheran bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Lubnan dijangka menyaksikan peletakan jawatan beramai-ramai selepas dua menteri dan sembilan ahli Parlimen mengambil langkah sedemikian susulan insiden letupan dahsyat yang memusnahkan sebahagian besar Beirut.

Bencana itu turut memicu kemarahan awam dan siri protes baharu telah tercetus sejak akhir minggu lalu sebagai membantah korupsi, kecuaian dan ketidakcekapan pihak berkuasa. - Agensi

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,476
Reaction score
10,311
Points
1,896
Astro AWANI
1m ·
Sumber-sumber kementerian memberitahu kerajaan tersebut akan bertukar menjadi kerajaan sementara menjelang Isnin malam. #AWANInews #AWANI745

Letupan Beirut: Pentadbiran kerajaan Lubnan dijangka letak jawatan
Agensi | Diterjemahkan oleh: Isabelle Leong
Diterbitkan pada
Ogos 10, 2020 23:30 +08 | Durasi: 1 minit, 41 saat


Letupan Beirut: Pentadbiran kerajaan Lubnan dijangka letak jawatan

Pada Ahad, Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab berkata negara itu perlu mengadakan pilihan raya awal sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut yang sedang melanda. - REUTERS/Mohamed Azakir
BEIRUT: Barisan kabinet kerajaan Lubnan dijangka meletakkan jawatan secara besar-besaran pada Isnin.

Ia susulan kejadian letupan dahsyat di Beirut yang mengorbankan 160 nyawa dan mencederakan 6,000 yang lain pada 4 Ogos lalu, yang kemudian meningkatkan kemarahan rakyat sehingga mencetuskan protes ganas.

Sumber-sumber kementerian memberitahu agensi berita CNN bahawa kerajaan tersebut akan bertukar menjadi kerajaan sementara menjelang Isnin malam.

Setakat ini, tiga menteri dan tujuh ahli parlimen telah meletakkan jawatan.


Antaranya, Menteri Penerangan Lubnan, Manal Abdel Samad, yang meletakkan jawatan pada Ahad selepas mengakui gagal menggalas tanggungjawab itu dengan baik.

BACA: Darurat dua minggu diisytihar di Beirut susulan letupan


Lubnan dibelenggu krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad ini dan keadaan diburukkan dengan peningkatan kes positif COVID-19 selain kerajaan berdepan dengan tuduhan rasuah dan salah tadbir.

Letupan pada 4 Ogos itu memusnahkan sebahagian besar bandar raya tersebut. Kejadian berpunca daripada simpanan ammonium nitrat di sebuah depoh di kawasan pelabuhan tanpa pengawasan rapi selama enam tahun.


Hassan Diab diangkat sebagai Perdana Menteri pada Disember lalu, dua bulan selepas pemberontakan yang menjatuhkan kerajaan sebelumnya.

Kerajaan Diab dianggotai ahli teknokrat dan disokong oleh parti politik utama, termasuk kumpulan politik dan militan yang disokong Iran, Hizbullah.

Sebelum ini, mata wang Lubnan kehilangan kira-kira 70 peratus nilainya sejak protes antikerajaan bermula pada Oktober.

Kadar kemiskinan semakin meningkat dengan Bank Dunia mengunjurkan lebih separuh daripada populasi penduduk negara berkenaan akan menjadi miskin pada 2020.

Kerajaan juga dilihat tidak berupaya untuk berdepan dengan krisis perbankan yang semakin serius.

Majoriti rakyat negara berkenaan telah dikenakan had pengeluaran wang tunai selama hampir setahun.

Protes yang berlaku pada hujung minggu lalu merupakan antara yang terbesar dan paling ganas dalam tempoh setahun.

Beirut digemparkan dengan kemarahan rakyat apabila penunjuk perasaan memecah masuk beberapa bangunan kementerian serta melemparkan batu serta serpihan kaca ke arah pasukan keselamatan.



Pihak polis terpaksa melepaskan ratusan peluru gas pemedih mata dan tembakan peluru getah dalam usaha mengawal keadaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,476
Reaction score
10,311
Points
1,896
Malaysia Gazette
8m ·
PM Lubnan letak jawatan.
#news #malaysiagazette

PM Lubnan letak jawatan


11 August 2020

diab-681x383.jpg

Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan melalui stesen televisyen tempatan. foto Agensi


BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan dan barisan Kabinetnya mengumumkan peletakan jawatan susulan letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut pada minggu lalu.

Hassan Diab melepaskan jawatan ketika rakyat Beirut melakukan protes besar-besaran dan mendakwa tragedi yang berlaku akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah.


Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Diab mengumumkan peletakan jawatan dan akan berjuang bersama-sama rakyat untuk melakukan perubahan secara bersama.

Malah, beliau menyokong gesaan rakyat supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

Diab membuat pengumuman itu selepas Kabinet yang dibentuk pada Januari lalu yang disokong oleh kumpulan Hezbollah yang disokong oleh Iran bertemu pada hari Isnin.
Dalam pertemuan itu ramai menteri menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan.

Sabtu lalu, Diab menyatakan akan meminta pemilihan Parlimen lebih awal.

Dalam kejadian letupan di gudang pelabuhan pada 4 Ogos lalu, lebih 2,000 tan ammonium nitrat meletup dan mengorbankan 163 orang.

Tragedi itu turut mencederakan lebih 6,000 orang dan memusnahkan bandar itu ketika negara tersebut dibelenggu dengan isu politik dan ekonomi.

Menteri Kewangan Ghazi Wazni, perunding utama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai rancangan menyelamat untuk membantu Lubnan keluar dari krisis kewangan, dikatakan sudah membawa surat peletakan jawatan ke mesyuarat Kabinet.

Menteri Alam Sekitar dan Makluat telah melepaskan jawatan pada hari Ahad dan beberapa pembuat dasar serta Menteri Kehakiman juga berbuat demikian pada hari Isnin.
“Seluruh rejim perlu diubah. Tidak ada bezanya jika ada pemerintahan baru. Kami memerlukan pilihan raya yang cepat,” kata Joe Haddad, seorang jurutera, kepada Reuters.

Seorang penduduk berkata, ekonomi sekarang sudah menjadi bencana dan sekarang saya perlu membuat duit semula, sebenarnya lebih mudah semasa perang.
”Ahli politik dan ekonomi telah memusnahkan semuanya,” ujarnya.

Apa yang pasti kebanyakan rakyat Luban skeptikal dengan kemungkinan berlaku sebarang perubahan yang mana politik mazhab telah mendominasi negara itu sejak konflik 975-90. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,476
Reaction score
10,311
Points
1,896
Malaysia Gazette
Sebentar tadi ·
2 minggu sebelum gudang meletup.
#news #malaysiagazette

Presiden, PM Beirut sudah diberi amaran mengenai gudang ammonium nitrat


11 August 2020

beirut-3-681x454.jpg

Kemusnahan bandar Beirut akibat letupan gudang yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat pada minggu lalu. foto Agensi

BEIRUT – Pegawai Tertinggi Keselamatan Lubnan telah memberi amaran kepada perdana menteri dan presiden bahawa 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan Beirut boleh menimbulkan risiko keselamatan dan memusnahkan ibu kota itu jika ia meletup, menurut dokumen yang dilihat oleh Reuters.
Gudang itu meletup dua minggu kemudian.


Tragedi itu menghancurkan sebahagian besar pelabuhan, membunuh sekurang-kurangnya 163 orang, mencederakan 6,000 lagi dan memusnahkan sekitar 6,000 bangunan.
Laporan oleh Ketua Pengarah Keamanan Negara mengenai kebimbangan itu merangkumi rujukan surat peribadi yang dikirimkan kepada Presiden, Michel Aoun dan Perdana Menteri, Hassan Diab pada 20 Julai lalu.

Walaupun kandungan surat itu tidak ada dalam laporan yang dilihat oleh Reuters, seorang pegawai kanan keselamatan berkata, surat itu menyimpulkan penemuan siasatan kehakiman yang dilancarkan pada bulan Januari yang mengarahkan tindakan ke atas bahan kimia itu perlu segera dilaksanakan.

Laporan keselamatan negara, yang mengesahkan surat menyurat kepada presiden dan perdana menteri, belum pernah dilaporkan sebelum ini.

“Ada bahaya jika bahan ini dicuri, ia dapat digunakan dalam serangan pengganas,” kata pejabat itu kepada Reuters.

“Pada akhir penyelidikan, Pendakwa Awam, (Ghassan) Oweidat menyiapkan laporan akhir yang dihantar kepada pihak berwajib,” katanya, merujuk pada surat yang dikirimkan kepada perdana menteri dan presiden oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara, yang mengawasi keselamatan pelabuhan.

“Saya memberi amaran kepada mereka bahawa bahan ini dapat menghancurkan Beirut jika ia meletup,” kata pejabat itu, yang terlibat dalam menulis surat tersebut tetapi enggan dikenalpasti. – MalaysiaGazette

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Letupan Beirut - Tiada Laporan Mangsa Dari Malaysia

13.08.2020 - Kuala Lumpur, Belum ada laporan mengatakan terdapat mangsa letupan besar di Beirut, Lubnan membabitkan rakyat Malaysia setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata sehingga kini, kesemua rakyat Malaysia yang berada di ibu negara Lubnan dilapor selamat walaupun jumlah korban akibat kejadian yang berlaku seminggu lepas itu mencecah 160 orang manakala 5,000 lagi cedera dan 60 orang dilapor masih hilang.

Mohd Redzuan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) yang ingin tahu sama ada terdapat rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden itu, pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini.

Insiden dua letupan besar dilapor menggegarkan ibu negara Lubnan itu pada 4 Ogos dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut kira-kira 6.10 petang waktu tempatan.

Menjawab soalan asal Dr Kelvin mengenai rancangan kerajaan menyalurkan bantuan kepada negara berkenaan, Mohd Redzuan berkata Malaysia setuju untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta seperti mana diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos lepas.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara pada 10 Ogos telah mengeluarkan surat kebenaran berbelanja kepada Kementerian Luar bagi bayaran sumbangan berkenaan kepada Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC).

“Kementerian Luar sedang meneliti beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menyalurkan sumbangan ini kepada Pertubuhan Palang Merah Lubnan dan perkara ini akan dimuktamadkan dengan kadar segera,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/letupan-beirut-tiada-laporan-mangsa-dari-malaysia/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,476
Reaction score
10,311
Points
1,896
117141436_10158693994460600_3176618177443251150_n.jpg



Berita Harian Online
6m ·
Pihak tentera diberi kuasa sekat tunjuk perasaan akibat letupan dahyat awal bulan lalu #BHdunia
https://bit.ly/2DY9x8D

Jumaat, 14 Ogos 2020 | 10:48am



TOPSHOT-LEBANON-BLAST_1597373306.jpg

PELAWAT melihat kesan kemusnahan akibat letupan pada 4 Ogos lalu. - Foto/AFP
Lubnan luluskan 2 minggu perintah darurat



BEIRUT: Parlimen Lubnan, semalam meluluskan perintah darurat selama dua minggu di ibu negara itu selepas berlakunya letupan dahsyat, minggu lalu.

Keadaan itu memberikan lebih kuasa buat tentera untuk menyekat kebangkitan semula tunjuk perasaan di Beirut.

Diplomat yang menunjukkan solidariti dengan mengadakan lawatan ke Beirut, turut menyumbang kepada usaha bantuan kecemasan yang sedang dilaksanakan selain menimbang keadaan perkembangan politik negara itu susulan rasuah didakwa menjadi punca kepada letupan terbabit.

Perwakilan khas tertinggi Amerika Syarikat (AS) mengumumkan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan turut serta dalam siasatan letupan yang mengorbankan 171 orang, selain ribuan mangsa lain cedera, sekali gus mendorong tunjuk perasaan jalanan bagi menuntut penggulingan seluruh politik elit.

Puluhan peserta demonstrasi berteriak ketika penggubal undang-undang tiba di Parlimen bagi meratifikasi perintah darurat, namun jumlah penunjuk perasaan yang melebihi bilangan anggota pasukan keselamatan menyebabkan mereka gagal menyekat kereta dinaiki ahli Parlimen.

Rakyat Lubnan berang terhadap kepimpinan politik negara itu yang membenarkan bekalan amonium nitrat berbahaya dibawa masuk dalam jumlah besar dan disimpan bertahun-tahun di gudang pelabuhan meskipun sudah diberi amaran berkali-kali sebelum ini.

"Kamu sudah memusnahkan kami, sila pergi!" tuntut mereka melalui siaran di laman sosial sambil menyeru lebih banyak tunjuk perasaan jalanan diadakan.

Dalam pada itu, siasatan AFP mendapati bahawa sebelum kejadian letupan itu, pihak berkuasa sudah saling memberi amaran mengenai kargo itu, namun tidak melakukan apa-apa walaupun terdapat beberapa pakar menyatakan kebimbangan ia mungkin boleh menyebabkan kebakaran besar.

Perdana Menteri, Hassan Diab melepaskan jawatan kabinetnya pada Isnin namun masih memimpin pemerintahan peralihan.

Keadaan darurat yang diluluskan secara rasmi oleh Parlimen itu membolehkan pihak tentera menutup lokasi perhimpunan selain melarang tindakan itu yang mengancam keselamatan negara.
Tindakan berkenaan dibuat susulan kebimbangan mereka terhadap pergerakan tunjuk perasaan yang sebelum ini berlangsung selama 10 bulan akibat penderitaan ekonomi, namun kelihatan reda ketika pandemik COVID-19, kini bangkit semula sejak bencana itu.

Insiden itu menyebabkan permintaan rakan antarabangsa Lubnan bagi pembaharuan sistem politik yang sudah lapuk itu dan pemulihan semula ekonomi, dibangkitkan kembali.

Sementara itu, Pejabat Presiden masih belum merangka perundingan Parlimen untuk menamakan Perdana Menteri baharu.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Parlimen, Nabih Berri meminta pihak berkuasa supaya mempercepatkan proses pembentukan Kabinet- AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register