Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,109
Reaction score
1,391
Points
151
Tragedi Beirut, Malaysia sumbang RM1 juta
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Lubnan, susulan tragedi letupan di Beirut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan itu disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC).

"Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia juga berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar pada Selasa lalu.

"Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan.

"Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

"Kepada yang tercedera, kami juga mendoakan agar mereka sembuh," katanya.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Isteri duta Belanda korban letupan Beirut

VjeA17cI.jpg


THE HAGUE: Isteri duta Belanda ke Lubnan, Jan Waltmans meninggal dunia akibat luka yang dialami dalam letupan bom Beirut, kata kementerian luar Belanda hari inji.


"Dengan rasa kecewa dan kesedihan yang amat, kami melaporkan kematian rakan sekerja kami Hedwig Waltmans-Molier. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam letupan besar di Beirut," kata satu kenyataan kementerian.

Hedwig terkena serpihan akibat letupan sejurus kembali ke Lubnan dari percutian bersama suami yang dikahwininya selama selama 38 tahun.

"Hedwig berdiri di ruang tamu di sebelah suaminya ketika dia terkena serpihan, tidak bernasib baik, terkena akibat letupan," kata kementerian itu.

Wanita 55 tahun itu adalah satu-satunya warganegara Belanda yang dilaporkan meninggal dunia akibat letupan di Beirut pada Selasa, yang membunuh sekurang-kurangnya 154 orang dan menghancurkan ibu negara Lubnan itu.

Lima warga Belanda yang lain cedera ringan, kata kementerian itu. - AFP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
5 ahli parlimen Lubnan letak jawatan

_VDsdLip.jpg


BEIRUT: Tiga ahli parlimen Lubnan meletak jawatan dalam protes besar-besaran berlangsung hari ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang didakwa cuai dan korup sehingga menyebabkan kejadian letupan dahsyat Selasa lalu.

Dalam ucapan beremosi yang dilakukan ketika menghadiri acara pengebumian seorang daripada pegawai atasan parti, Samy Gemayel mengumumkan peletakan jawatan bersama dua lagi ahli parlimen dari parti Kataeb.

Gemayel mengkritik reaksi beberapa ahli politik terkemuka yang berpendapat usaha bantuan antarabangsa berikutan bencana itu akan menjadi peluang untuk memecahkan pengasingan diplomatik Lebanon.

"Lubnan baharu perlu dilahirkan dari runtuhan yang lama, seperti yang anda wakili," katanya yang menujukan ucapan itu kepada penguasa dan pemimpin kumpulan.

Tiga pengunduran parti Kristian dari parlimen 128 kerusi itu berlaku selepas Marwan Hamade dari parti Druze pimpinan Walid Jumblatt dan ahli parlimen bebas, Paula Yacoubian.

Yacoubian memberitahu saluran berita CNN bahawa dia mendesak seluruh ahli parlimen untuk berundur.

"Sebagai Ahli Parlimen Beirut, saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana saya merasakan saya adalah saksi palsu di parlimen ini.

"Tidak ada yang dapat kami lakukan, keputusan dibuat di luar parlimen. Semua orang harus mengundurkan diri," katanya.

Duta besar Lebanon ke Jordan juga meletak jawatan selepas kejadian letupan itu.

Bukti awal menunjukkan pegawai atasan mengetahui kehadiran amonia nitrat di pelabuhan dan prosedur keselamatan secara sengaja dilanggar berulang kali.

Kerajaan menjanjikan siasatan yang cepat dan teliti tetapi rakyat tidak percaya dengan jawatankuasa penyiasatan diketuai pegawai atasan dapat mendedahkan dalang sebenar. - AFP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
300,000 rakyat Lubnan enggan tinggalkan rumah

Ee5R_TLUEAE2jAn.jpg


BEIRUT: Ibu kota Lubnan masih berkabung hari ini selepas letupan besar memusnahkan Pelabuhan Beirut awal minggu ini, yang membawa kemusnahan dianggarkan berjumlah antara AS$10 hingga AS$15 bilion (RM41.9 hingga RM62.8 bilion).


Letupan itu mengorbankan 154 nyawa, manakala 6,000 lagi cedera, dengan sejumlah orang masih hilang, demikian menurut laporan agensi berita Anadolu.

Pesakit diabetes dan darah tinggi, Fadia Naserm memberitahu agensi berkenaan, ketika tragedi berlaku, dia memeluk anak lelakinya dan menutup mata mereka.

"Kami fikirkan ia adalah insiden tembak menembak pada awalnya, saya pergi memeriksa apa yang berlaku apabila merasakan sesuatu seperti gempa bumi.

"Apabila kami membuka mata, kami tidak dapat melihat antara satu sama lain kerana banyak habuk. Dalam masa seketika saja, semuanya musnah," katanya.

Karmen Alam berkata, 'dia mendengar bunyi pesawat', diikuti satu letupan.

"Dalam masa kurang sesaat, kami tercedera namun terselamat.

"Kami tidak tahu apa yang akan berlaku, lebih daripada apa yang sudah berlaku.

"Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada para syuhada," katanya.

Gabenor Marwan Abboud dalam satu kenyataan memaklumkan, dianggarkan 300,000 penduduk di Beirut hilang tempat tinggal akibat letupan itu, namun kebanyakannya enggan meninggalkan kediaman mereka yang sudah tidak berdinding dan tingkap.

Datuk Bandar Jamal Itani mengesahkan 'kebanyakan penduduk tidak mahu meninggalkan kediaman mereka... sebab itu kami hanya menyediakan tempat tinggal kepada 10 keluarga di luar ibu negara'.

Katanya, pihak perbandaran menghantar pasukan bersama bantuan kepada keluarga yang terbabit dan bagi membantu mengalihkan sisa runtuhan dari rumah serta memasang kembali tingkap yang pecah.

"Apa yang disediakan itu tidak mencukupi dan kami mencari negara penderma bagi penyelesaian," katanya.

Kerajaan mengumumkan penubuhan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat letupan yang mengorbankan banyak nyawa itu, manakala pihak lain menuntut supaya siasatan antarabangsa dijalankan.

Letupan itu menggegarkan Lubnan ketika negara itu sedang berdepan krisis ekonomi terburuk, termasuk kejatuhan dramatik nilai mata wang pound berbanding dolar. - BERNAMA

 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,109
Reaction score
1,391
Points
151
Usul pilihan raya lebih awal
BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab akan mengusulkan supaya pilihan raya diadakan lebih awal bagi menangani krisis politik dan ekonomi di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang marah berhubung tragedi letupan besar di pelabuhan di Beirut Selasa lalu, yang mengorbankan lebih 150 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 6,000 orang.

Letupan besar melanda ibu negara Lubnan itu memburukkan lagi keadaan negara itu dan mengakibatkan krisis ekonomi terus meningkat dan menyebabkan hampir separuh penduduk tinggal di bawah garis kemiskinan.

"Kami tidak dapat keluar daripada krisis ini tanpa mengadakan pilihan raya lebih awal.

"Pada hari Isnin, saya akan mengusulkan kepada Kabinet rancangan undang-undang untuk pemilihan pilihan raya awal," kata Diab dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Diab membentuk barisan Kabinetnya yang terdiri daripada golongan teknokrat pada Januari lalu, untuk menangani krisis ekonomi terburuk negara itu. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,463
Reaction score
3,180
Points
201
LEBANON-BLAST_1596941234.jpg


Sewa pesawat bawa pulang rakyat Filipina

MANILA: Filipina akan menghantar pesawat disewa ke Lubnan seawal minggu hadapan, bagi membawa pulang rakyatnya yang terkesan dengan tragedi letupan di pelabuhan Beirut, kata Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA), semalam.

"Jabatan itu membayar 15,000 juta peso (RM12.835 juta) daripada dananya untuk menyewa pesawat Qatar Air untuk membawa pulang rakyat Filipina dari Beirut.

"Kedutaan Filipina di Beirut sedang berunding mengenainya dan membayar kadar itu. Tarikh yang ditetapkan bagi ketibaan adalah pada 16 Ogos ini," kata Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodoro Locsin Jr, lapor agensi berita ArabNews.

Beliau berkata, penerbangan itu juga akan membawa pulang mayat empat warga Filipina yang maut dalam letupan besar di pelabuhan Beirut Selasa lalu.

Kira-kira 400 rakyat Filipina dijangka pulang dari Lubnan susulan letupan itu yang memusnahkan sebahagian ibu negara Lubnan itu.

Data yang diumumkan DFA menunjukkan seramai 48 warga Filipina terkesan dengan insiden itu, dengan 42 daripadanya cedera, empat maut dan dua lagi masih hilang.

Dua daripada yang tercedera itu berada dalam keadaan kritikal dan berada di Hospital Rizk, Beirut.

DFA memaklumkan, mereka menjangkakan jumlah rakyat Filipina yang terkesan akan meningkat berikutan skala kemusnahan di Beirut.

Jabatan itu sudah mula membawa pulang rakyat Filipina dari Lubnan sejak sebelum tercetusnya pandemik COVID-19 bagi mengurangkan jumlah mereka yang berada dalam keadaan buruk di negara itu berikutan krisis ekonomi yang kritikal.

Sekurang-kurangnya seramai 1,508 rakyat Filipina sudah di bawa pulang dari Lubnan sejak Disember 2019. - AGENSI
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Menteri Informasi Lubnan letak jawatan

qKFdRdwa.jpg


BEIRUT: Menteri Informasi Lubnan, Manal Abdel Samad, meletakkan jawatan hari ini, menteri pertama yang meletak jawatan sejak letupan di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 150 orang dan memusnahkan kawasan di ibu negara.


"Selepas bencana besar di Beirut, saya mengumumkan pengunduran diri saya dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media tempatan, memohon maaf kepada masyarakat Lubnan kerana gagal.

Sementara itu, ketua gereja Maronite Lubnan, Beshara Rai, juga meminta seluruh kerajaan mengundurkan diri berikutan letupan yang berlaku itu, malah penunjuk perasaan berjanji untuk membuat demonstrasi lagi selepas menyerbu beberapa kementerian.

Rai turut menyokong penunjuk perasaan menekan kabinet Perdana Menteri, Hassan Diab, supaya meletak jawatan dalam apa yang disifatkannya 'sebagai kejahatan terhadap kemanusiaan.'

"Tidak cukup bagi seorang anggota parlimen sahaja mengundurkan diri atau seorang menteri sahaja untuk mengundurkan diri.

"Tindakan itu perlu kerana memikirkan sensitiviti orang-orang Lubnan dan tanggungjawab sangat besar diperlukan agar seluruh kerajaan mengundurkan diri berikutan tidak mampu menggerakkan negara ke depan," katanya.

Rai turut bersetuju terhadap seruan Diab untuk pemilihan parlimen awal, iaitu permintaan sejak lama oleh gerakan tunjuk perasaan yang bermula pada bulan Oktober lalu bagi menuntut penghapusan kelas politik yang dianggap tidak cekap dan rasuah.

Beliau juga bergabung dengan pemimpin dunia, organisasi antarabangsa dan masyarakat Lubnan yang marah dengan mendesak diadakan siasatan antarabangsa terhadap pihak berkuasa.

Presiden, Michel Aoun menolak sebarang siasatan antarabangsa yang dianggap akan memadam kebenaran. - AFP

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,132
Reaction score
11,493
Points
2,376
Menteri Informasi Lubnan letak jawatan

View attachment 269040

BEIRUT: Menteri Informasi Lubnan, Manal Abdel Samad, meletakkan jawatan hari ini, menteri pertama yang meletak jawatan sejak letupan di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 150 orang dan memusnahkan kawasan di ibu negara.


"Selepas bencana besar di Beirut, saya mengumumkan pengunduran diri saya dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media tempatan, memohon maaf kepada masyarakat Lubnan kerana gagal.

Sementara itu, ketua gereja Maronite Lubnan, Beshara Rai, juga meminta seluruh kerajaan mengundurkan diri berikutan letupan yang berlaku itu, malah penunjuk perasaan berjanji untuk membuat demonstrasi lagi selepas menyerbu beberapa kementerian.

Rai turut menyokong penunjuk perasaan menekan kabinet Perdana Menteri, Hassan Diab, supaya meletak jawatan dalam apa yang disifatkannya 'sebagai kejahatan terhadap kemanusiaan.'

"Tidak cukup bagi seorang anggota parlimen sahaja mengundurkan diri atau seorang menteri sahaja untuk mengundurkan diri.

"Tindakan itu perlu kerana memikirkan sensitiviti orang-orang Lubnan dan tanggungjawab sangat besar diperlukan agar seluruh kerajaan mengundurkan diri berikutan tidak mampu menggerakkan negara ke depan," katanya.

Rai turut bersetuju terhadap seruan Diab untuk pemilihan parlimen awal, iaitu permintaan sejak lama oleh gerakan tunjuk perasaan yang bermula pada bulan Oktober lalu bagi menuntut penghapusan kelas politik yang dianggap tidak cekap dan rasuah.

Beliau juga bergabung dengan pemimpin dunia, organisasi antarabangsa dan masyarakat Lubnan yang marah dengan mendesak diadakan siasatan antarabangsa terhadap pihak berkuasa.

Presiden, Michel Aoun menolak sebarang siasatan antarabangsa yang dianggap akan memadam kebenaran. - AFP

 
Sponsored Post
Top
Log in Register