Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,024
Reaction score
1,374
Points
151
Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut
BEIRUT: Letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.

"Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

"Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan," katanya.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sehingga kini 73 penduduk terkorban, manakala 3,700 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

WhatsApp_Image_2020-08-05_at_9.53.57_AM_1596595057.jpg

Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu.

Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk manakala Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan penghantaran bantuan.

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat letupan.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas.

Ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. - AFP

larianggota_1596592539.jpg
ANGGOTA tentera berlari ke lokasi letupan di sebuah gudang di Beirut. - Foto AFP
 
Sponsored Post

ADAN_8383

Freshie
Joined
Jul 9, 2020
Messages
20
Reaction score
0
Points
3
da macam kes bright sparkle sg buloh ....kilang mercun meletup...Allahuakbar...
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,024
Reaction score
1,374
Points
151
#PrayForBeirut: Bapa Saudara Teman Lelaki Nur Sajat Terkorban
Screenshot-2020-08-05-at-11.36.55-AM-e1596598934978-450x300.png

Khai-Azfar_avatar_1502099872-26x26.jpg
BY Khai Azfar ON AUGUST 5, 2020
ShareTweetWhatsapp

Malam tadi, dunia dikejutkan dengan insiden bandar Beirut di Lebanon yang musnah akibat sebuah gudang pelabuhan yang menyimpan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat meletup sehingga menyebabkan lebih dari 70 orang terkorban

Murai.com
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Rakyat Malaysia selamat di Lubnan

5 August 2020

MGF15072020_SIDANG-DEWAN-RAKYAT15-681x454.jpg

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap pada sidang media semasa menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Malaysia berkongsi rasa sedih dengan kejadian letupan dahsyat yang berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan petang semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn berkata, Malaysia akan membantu Lubnan apa sahaja mengikut kemampuan.


“Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini. InsyaAllah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya.

“Laporan awal dari Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di sana selamat dan telah dinasihatkan agar kekal berada di rumah masing-masing,” katanya di laman Facebook miliknya.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sehingga kini 73 penduduk terkorban, manakala 3,700 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata, baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sehingga kini lebih 70 penduduk terkorban, manakala 3,700 lagi cedera dalam insiden berkenaan.- MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lebanon atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu awal pagi tadi.

Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu, serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lebanon.

Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat.

 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,561
Reaction score
224
Points
83
kaw2 jgk la meletup dia dah mcm nuke dah..ingatkan ada perang rupenye gdang meletup
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Tragedi letupan Beirut yang berlaku tengah malam tadi (waktu Malaysia) adalah sangat dasyat dan menggerunkan. Berita rancak menyebarkan klip-klip video (lihat pautan) mengenai letupan dasyat tersebut. Namun punca kejadiannya masih sedang dalam siasatan.

Ada laporan berita menyatakan disitu adalah pusat pengumpulan fertilizer ammonium nitrate seberat 2700 tan yang disimpan selama 6 tahun. Selain fertilizer, ammonium nitrate juga digunakan sebagai bahan bakar. Apabila ammonium nitrate ini dibakar, ianya akan menghasilkan nitrous oxide dan air secara eksotherma. Nitrous oxide adalah agen oksidizer yang merancakkan lagi pembakaran.

Dalam video tersebut terlihat suatu gelombang kejutan (shockwaves) yang terbentuk kerana pembakaran yang sangat pantas oleh suatu mampatan. Ini disebut sebagai detonasi (detonation). Detonasi adalah kejutan gelombang yang dijanakan oleh pelepasan tenaga sewaktu pembakaran.

Individu yang pertama mengkaji detonasi ini adalah Chapman pada tahun 1899. Proses pembakaran ini dimulai oleh mampatan kejutan gelombang tersebut dan menghasilkan lonjakkan suhu yang sangat tinggi. Oleh yang demikian, proses detonasi yang berlaku ini terdiri daripada interaksi antara proses hydrodinamik, kejutan gelombang, dan proses thermokimia pembakaran.Propagasi gelombang kejutan tersebut akan melebihi kelajuan bunyi!

Antara properti-properti tipikal yang berubah sewaktu detonasi adalah seperti berikut:
1. Selalunya nombor Mach yang terlibat sebelum kejutan gelombang tersebut sekitar 5-10 Mach.
2. Anjakan pelepasan tekanan adalah sebanyak 13-55 kali ganda.
3. Kenaikan mendadak suhu sebanyak 8-21 kali ganda.

Cuba kita bayangkan kelajuan gelombang 5 Mach tersebut jika kita andaikan suhunya 100 darjah Celcius, adalah selaju 1937 m/s!
Andaikan pula anjakan tekanannya pula daripada 1 atm (101.3 kPa) akan menaik sehingga 34 atm (3445.1 kPa). Suhunya pula naik setinggi ribuan degree Celcius. Cukup untuk mencairkan besi.

Siapa yang berminat untuk mempelajari teknikal gelombang kejutan detonasi boleh membaca rujukan-rujukan dibawah.
Takziah kami ucapkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
#DrHanafi


Rujukan:
Turns, S.R. (2006). An Introduction to Combustion Concenpts & Application 2nd Edition. McGraw-Hill: Singapore.

Muhammad Hanafi Azami, Mark Savill (2017). Pulse detonation assessment for alternative fuels. Energies, 10 (3). , 0 pp. 369-1

Izham Izzat Ismail, Muhammad Fadzrulizwan Mohd Yusof, Muhammad Hanafi Azami, Ahmad Ariffin Mohd Ihsan (2020). Thermophysical behaviour of biofuel under detonation combustion. Journal of Aeronautics, Astronautics and Aviation, 52 (1). , 0 pp. 63-82. ISSN 1990-771

Mohammad Salman Warimani, Muhammad Hanafi Azami, Sher Afghan Khan, Ahmad Faris Ismail (2019). Study of feasibility of pulse detonation engine powered by alternative fuels. International Journal of Engineering and Advanced Technology (IJEAT), 8 (2S2). , 0 pp. 291-296. ISSN 2249–895


 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,543
Reaction score
386
Points
51
x leh lupus ke benda tu?knp simpan lama2 dlm tu?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
66,096
Reaction score
10,376
Points
1,896
Apa itu ammonium nitrat dan bagaimana ia boleh meletup?
Jangan lupa follow Rancak TV

#RancakTV #PrayForBeirut


Macam mana ammonium nitrat boleh meletup?
Rabu, Ogos 05, 2020 ,RancakTV

beirut-explosion.png



Kekuatan letupan di Beirut, Lebanon adalah bersamaan dengan 240 tan trinitrotoluene ataupun bahan letupan yang dipanggil TNT.


Ia bersamaan dengan sepuluh kali ganda kuasa letupan Mother Of All Bombs (MOAB), senjata bukan nuklear paling kuat dimiliki Amerika Syarikat (AS) semasa perang di Afghanistan.



Kejadian letupan berpunca daripada 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang bunga api berhampiran pelabuhan di Beirut, namun pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana letupan tercetus.



Apa ammonium nitrat?




Ammonium nitrat merupakan sejenis bahan kimia yang bersifat pepejal di suhu bilik dan mudah larut di dalam air.



Ia sering digunakan untuk menghasilkan baja bagi tujuan pertanian oleh kerana kandungan nitrat yang tinggi dan harga berpatutan.



Garam ini bersifat stabil, kecuali ia mudah terbakar ataupun meletup akibat tindak balas ammonium nitrat yang bahan api.


http://instagr.am/p/CDeQptSp5fW/
Macam mana ia meletup?



Apabila ammonium nitrat terkena bara api, struktur kimia terlerai dan menghasilkan dua gas, nitrat dioksida dan wap air.



Punca sebenar letupan yang dirasai di seluruh Bandar Beirut masih belum diketahui, namun pihak berkuasa tidak menolak elemen sabotaj, serangan pengganas atau satu kemalangan.



Presiden Lubnan, Michel Aoun mempersoalkan tindakan gudang bunga api menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.




Ini bukan kali pertama ammonium nitrat menyebabkan kemusnahan yang besar



Kemalangan industri kilang paling mengerikan dalam sejarah Amerika Syarikat pernah berlaku di Bandar Texas, pada tahun 1947.



Seorang anak kapal tak bertanggungjawab membuang puntung rokok di atas kapal yang membawa 2,300 tan ammonium nitrat lalu mencetuskan letupan yang boleh dirasai di radius 10 kilometer radius daripada tempat kejadian.



Jadi tidak hairanlah kenapa bahan kimia itu juga digunakan oleh pengganas, seperti yang digunakan dalam serangan bom di Bali pada tahun 2002.

Dalam kejadian itu 202 orang terbunuh, manakala letupan Oslo pada tahun 2011 yang membunuh lapan orang dan di Bandar Oklahoma pada tahun 1995, menyebabkan 168 terkorban.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register