BTC USD 100,396 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahasa tambahan lahir ahli keluarga Melayu fasih berbahasa Tamil, Mandarin – Mohd. Sharkar

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,570
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,570
Reaction score
6,648
Points
881
Awards
1
Bahasa tambahan lahir ahli keluarga Melayu fasih berbahasa Tamil, Mandarin – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
KUANTAN: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil bermula sekolah kebangsaan dan di sambung peringkat menengah penting bagi melahirkan individu dalam sebuah keluarga Melayu yang mahir serta fasih bahasa tambahan berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, selain pembelajaran wajib bahasa Melayu dan Inggeris, murid dan pelajar Melayu mesti diberikan peluang serta digalakkan mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil.

“Kita menyokong dan memuji kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyatakan murid wajar diberikan ruang menyambung pelajaran bahasa Cina dan Tamil di peringkat sekolah menengah. Ini suatu yang cukup baik.

“Ia membuktikan komitmen dan kesungguhan Perdana Menteri dan kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ketika ini dalam membentuk identiti sebuah negara bangsa dengan melahirkan generasi muda yang mampu bertutur dan fasih bukan sahaja bahasa Melayu malah Tamil dan Mandarin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di Sungai Siput, Perak hari ini, Anwar dilaporkan sebagai berkata, kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri turut dilaporkan sebagai berkata, murid wajar diberikan ruang menyambung pelajaran bahasa Cina dan Tamil di peringkat sekolah menengah.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, sebagai sebuah bangsa yang sedang mengorak langkah menuju kepada status negara maju, pengetahuan dalam bahasa-bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil merupakan aset dan bonus yang berharga kepada para pelajar.

“Memperkenalkan bahasa Mandarin dan Tamil bermula di sekolah rendah boleh memberi ruang kepada pelbagai etnik di Malaysia mempelajari budaya dan bahasa masyarakat Cina dan India.

“Pada akhir persekolahan kelak kesemua murid dan pelajar terutama dalam keluarga Melayu mampu sekurang-kurangnya memahami dan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil,” ujarnya.

Jelasnya, penguasaan bahasa tambahan seperti Tamil dan Mandarin akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih versatil apabila keluar daripada alam persekolahan dan memasuki dunia pekerjaan. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Benda bagus, kita sokong.....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register