izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,380
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditahan selepas sebuah motosikal Yamaha RXZ yang ditungganginya dipercayai motosikal curi berikutan terdapat perbezaan pada nombor casis dan enjin dalam ‘Ops Banteras Khas’, di sini, semalam.
Lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan dalam pemeriksaan ke atas 92 penunggang motosikal yang terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh 1.5 kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, di sini.
Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 20-an kerana cuba menghalang tugas penjawat awam dalam serbuan yang dibuat ke atas beberapa pusat hiburan sekitar Bandar Perda.
Operasi bermula jam 12.15 tengah malam membabitkan sepasukan 48 pegawai dan anggota polis diketuai Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Nanda Maarof.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Dr Mohd Shah Hussin Shah, berkata pihaknya menahan dua lelaki berusia 20-an termasuk seorang disyaki menunggang motosikal curi.
“Pemeriksaan awal ke atas motosikal jenis Yamaha RXZ terbabit mendapati nombor casis dan enjin berbeza menyebabkan lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan. Polis percaya motosikal terbabit dicuri, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.
Mohd Shah berkata, sebanyak 18 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan, manakala semua ujian air kencing yang dibuat ke atas 25 orang didapati negatif dadah.
Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan di kawasan terbabit berikutan kawasan Seberang Prai Tengah adalah lokasi popular membabitkan jenayah ragut dan kecurian motosikal.
“Polis memberi tumpuan ke atas penunggang motosikal dalam usaha memberi kesedaran supaya mereka bersikap lebih prihatian dengan mematuhi undang-undang jalan raya.
“Selain itu, kita turut mendapati kadar jenayah membabitkan motosikal begitu tinggi termasuk kes curi motosikal di samping kes ragut dan samun,” katanya.