BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahana Masuk Pondok Elektrik Gara-Gara Nak Layan Stim, Remaja 15 Tahun Hilang Nyawa Terkena Renjatan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
01.01.2025 - Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan serius selepas terkena renjatan elektrik di kawasan pencawang elektrik di Jalan Muhamad Yamin dekat Kota Makassar, Indonesia pada Ahad lalu. Lebih mengejutkan lagi, mangsa pada waktu kejadian sedang khayal dipercayai menghidu gam di lokasi tersebut. Memetik laporan media antarabangsa, insiden itu disedari orang awam selepas melihat kepulan asap kecil dan mendengar mangsa menjerit sekali gus menemukan mangsa dalam keadaan melecur teruk. Turut tular beberapa gambar dan video mangsa yang mengerang kesakitan meminta pertolongan kepada orang awam. Sementara itu, pihak berkuasa Kota Makassar, Inspektor Gunawan Amin berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa disyaki menghidu gam di dalam kawasan pencawang elektrik tersebut.

"Mangsa yang berumur 15 tahun secara tidak sengaja menyentuh kabel elektrik bertekanan tinggi ketika berada di lokasi kejadian. Tanpa sengaja, mangsa menyentuh kabel bertekanan tinggi, menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan mengalami kecederaan akibat kebakaran," katanya.

Tambah Gunawan lagi, mangsa dilaporkan mengalami melecur di perut sehingga ke betis dan ia merupakan kejadian pertama yang berlaku seumpamanya di kawasan tersebut.

"Setakat ini, kami tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung aktiviti menghidu gam di kawasan kami. Kejadian ini menjadi yang pertama dilaporkan,” katanya.

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan, terutama berkaitan keselamatan dan pengawasan remaja yang terlibat dalam aktiviti berisiko seperti menghidu gam. Terdahulu, tular satu video pada Rabu memaparkan seorang remaja lelaki diusung ke arah ambulans dalam keadaan kesakitan. Dalam video tersebut, orang awam turut menunjukkan satu tim dan plastik dipercayai mengandungi gam yang dihidu mangsa.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register