BTC USD 61,231.8 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana untuk survive dalam keadaan darurat/bencana alam/peperangan

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,790
Reaction score
6,369
Points
321
salam,

Tujuan aku bukak thread adalah untuk mendapatkan input berkaitan
-survival dan strategic thinking warga cg
-surviving in urban or rural area
-listing item for surviving 1/3/7/24 day..
-DIY item

Sekadar mengumpul input dari warga cg..

Situasi mungkin berlaku

1) banjir besar
2) serangan musuh/ serangan kumpulan
3) pengistiharaan darurat

kongsikan tindakan/pendapat/cadangan/idea
apakah persediaan yang dibuat bg menghadapi situasi begini..

**Segala situasi yang dibuat tiada kaitan dengan sebarang ramalan masa depan..

terima kasih sebab sudi berkongsi pendapat.. :)cgrock

23/Dis/2014
*Salam takziah kepada mangsa banjir..
**semoga kalian tabah menghadapi ujian..

Join facebook peppers malaysia untuk maklumat terkini..
https://www.facebook.com/malaysianpreppers

19/03/2016

Info tambahan untuk orang2 yg tidak pasti kenapa perlu kita prepare benda2 basic untuk surviving..

1) Sebagai motivasi diri yang kita nih berada dalam golongan orang yg berfikir kedepan dan bersedia untuk menghadapi sebarang ujian..

2) Sebagai satu langkah ingin membantu orang lain survive, jika kita tak berjaya menggunakan benda2 basic untuk survive.. mungkin benda basic kita nih boleh membantu orang lain untuk survive..

02/01/2017

Do's and Don'ts Guidelines

1) Kenal pasti tujuan prepping (luaskan skop bukan untuk situasi semasa)
2) Tetapkan tempoh masa surviving (Etc for newbie 1 Month Supply)
3) Fokus pada basic item dengan kos yang rendah/murah (letak anggaran bajet)
4) Bagi prepping makanan.. pastikan menggunakan konsep FIFO (Expired date penting)
5) Talking With Friends and Family About Prepping (educate,engage,organize)

x1) jangan percaya/sebar rumours
x2) jangan wujudkan suasana cemas dikalangan ahli keluarga dan rakan2
x3) jangan membuat pembelian stok secara panik
x4) jangan pentingkan diri sendiri/tamak

Dalam sebarang situasi kecemasan .. surviving is the important part
Perkara utama surviving
a) Tempat tinggal yang selamat
b) Sumber Air yg bersih

Newbie Prepping

1) Bertenang sebelum memulakan sebarang aktiviti prepping...
- Berfikir dalam keadaan tenang memudahkan kita membuat keputusan dengan lebih rasional.
2) create a task list/plan on what to do first.. Survival Isn't about stuff it is about skill/knowledge.
- Task list mestilah dimulakan dengan perkara2 berkaitan skill/pengetahuan dan diikuti perkara2 berkaitan peralatan.
3) Self-Sufficient Living
- Dengan mengubah gaya hidup berdikari.. kita cepat belajar new skill
4) Frugal - Jimat Cermat
- Melatih diri sendiri dalam situasi berjimat cermat, memudahan kita survive lebih lama dengan limited supply.
5) Be in a prepper community or prep-alone-die-alone
- Berada dalam komuniti prepper. Mulakan dengan keluarga,rakan2, jiran2 tetangga.
6) Awareness
- Ambil tahu/peduli/uptodate isu semasa, dalam negeri dan luar negara..
 
Last edited:
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,790
Reaction score
6,369
Points
321
simpan untuk..
panduan penting jika berlakunya darurat/peperangan/dll..
post2 terbaik dari warga cg..
perkongsian persepsi/situasi lain..serta tindakan yang perlu dibuat..

link thread lain
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=102837&page=2

facebook groups
fb groups malaysianpreppers

update 0.1

Perkara yang perlu diambil perhatian..

1) kenal pasti situasi..
2) kenal pasti tanggungjawab/orang dalam jagaan kita..
3) membuat keputusan untuk berada di rumah atau merancang plan keluar ke tempat yang lebih selamat..
4) komunikasi/hubungan antara family..
5) kumpul barang keperluan..
6) survive..

update 0.2

The 3 surviving rules.. (In extreme conditions)

1) humans can live for 3 hours without a shelter
2) humans can live for 3 days without water
3) humans can live for 3 weeks without food

update 0.3

artwork2.jpg


update 0.4.2

Makanan di malaysia yang sesuai
dibuat simpanan dalam tempoh 1-5 tahun tanpa rosak.


1) Madu antara makanan yang boleh disimpan tanpa rosak..
- Energy booster, Antiseptic, Relaxant, immune

honeynbenefits.jpg


2) Beras - dijangka 10 tahun

3) Garam - x akan rosak

4)

update 0.5.1

Tumbuhan yang patut ditanam di kawasan perumahan awam untuk kegunaan survival.

1) Tumbuhan Herba
- Daun Pegaga
- ulam Raja
- serai wangi
- daun lidah buaya

2) Tumbuhan makanan
- Ubi kayu
- Betik

3) Tumbuhan kegunaan perlindungan
- Buluh Galah
- pokok kelapa


update 0.6.2

Water filter / portable water filter / Water purification terbaik

dalam carian aku jumpa..
1)DIY Water Filter (sekadar water filter biasa)

Water_Filter.png


2) LifeStraw Portable Personal Water Filter

Life_Straw1.jpg


update 0.7.3
Top 10 Item untuk kegunaaan survival (cilok dari website luar)

72_hour.jpg

keep_light.jpg


1- Survival Hatchet/Survival Knife
2- Multitool
3- Compass, Maps, GPS
4- Flashlights
5- Radio hand-crank/solar
6- Signal Devices
7- Basikal
8- First Aid Kit
9- paracord
10-

update 0.8.1

after survival with in 72 hour/ 1 week ?

1- cari sumber makanan / minuman
2- be a leader or join komuniti / group (wujudkan teamwork)
3-
4-
5-
6-

update 0.9.2

Peralatan perlindungan dalam tempoh survival
(x perlu ada semua, ikut skill masing2..)

1- DIY busur panah (perlukan panduan)
2- Survival Hatchet/Survival Knife
3- pedang,parang,badik
4-
5-
6-
7-
8-
9-

update 0.10.1

Skill2 yang perlu ada untuk surviving di kawasan hutan..


1- Mencari Sumber Air Bersih
2- Mengenal Tumbuhan
(beracun,sumber air,sumber makanan,perlindungan dari binatang berbisa)
3- DIY tmpt perlindungan
4- DIY perangkap
5- DIY alat perlindungan
6-
7-
8-
9-
10-

update 0.11.2

Beg kecemasan jika berlaku bencana

Makanan/minuman
1- madu
2- bekas air/bekas plastik/

Pelindungan Diri
1- jacket/poncho/pelampung(life jacket)/khemah
2- pisau/parang/kapak/gergaji
3-

peralatan bantuan
1- radio/solar powerbank
2- waterproof match (DIY waterproof match)
3-

update 0.12.1 afterdarkwrites blogspot PREPPING : THINKING SMALL

1- Roof Rack for Car - to carry the luggage
2- CHILDREN SWIMMING POOL - store as much water as you can
3- CANVAS OR LARGE PLASTIC SHEET - capture rain water
4- WET TISSUES - hygiene purpose (reduce water usage)
5- Tent
6- Rechargable Emergency Lamp/Fan/Radio
7- CAMPING STOVE
8- LIGHTER
 
Last edited:

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,790
Reaction score
6,369
Points
321
How To Survive ?

survival1.jpg


Quote Member CG

masa banjir 2 hari lepas, family aku terperangkap kat rumah, di kelantan, dan bila elektrik down, internet down, dan satu2nya medium yg ada ialah SMS. makanan masih ada, air masih jauh nak naik tp dah tak dapat keluar sbb jadi pulau.

aku suruh buat headcount brapa org yg ada, brapa kanak2/org tua/special needs (oku / medication) yg latest yg diperlukan

utk safe bateri aku mintak nombor handphone smua yang ada, dan on phone 1 je at one time, stiap kali tukar kena update

dan aku cek every 6 hours (sbb keadaan tak brapa teruk sngt, kalau teruk, kena update lebih frequent), n antara communication plan ialah:

- kalau bateri less than 20% kena bgtau
- kalau masa tu terus perlukan bantuan kena bgtau
- kalau aku sms tak jawab dalam 30 minit aku terus alertkan rescue team

alhamdulillah perancangan Allah maha hebat, semua survive dengan baik

Aku tak layak untuk bagi tip2 survival hutan ni,,member2 tentera darat lagi layak. Cuma aku boleh bagi beberapa tip penting melalui pengalaman aku ikut orang memburu;

***paling penting jangan panik dan tawakkal lillahitaala***

1) air
persediaan
a) simpan air + bawak air (banyak2)
b) mencari air (anak air)***beli purifier tablet***

2) jangan sesat di dalam hutan
persediaan
a) beli gps
b) buat marking (patah ranting) takik pokok
d) langkah last bakar hutan

perlindungan
a) buat pangkin (tidur diatas bukan dibawah)
b) tidur atas pokok (gunakan tali sebagai harness ikat badan)
c) buat unggun api kalau tidur bawah

makanan
a) bawak makanan
b) cari makanan (waktu malam menyuluh mata, waktu siang memipit/memanggil haiwan (kijang/rusa/ayam/landak/burung), menunggu, pasang jerat.

Senjata
a) Parang, pisau serba-guna
b) senapang, panah (memburu)
c) buat lembing

Api
a) bawak lighter, mancis, flint (fire starter)

pakaian
a) bawak baju kering/baju basah
b) kasut but ataupun but pasar (hutan yang bersungai)

Jika tercedera dan kita berada dlm hutan yg ada daun pokok jambu batu, ambil beberapa helai dan kunyah sehingga lumat, kemudian tepekkan ke kawasan luka, lepas tu tutup dgn kain. Ia boleh menghentikan pendarahan/mengubati kecederaan/luka dalam tempoh 24 jam jer, Insya Allah. Jika tak jumpa sungai, cari pohon2 besar yg ada akar terjuntai tu dan potong. Dalam tu ada air yg bersih yg boleh diminum. Jangan sembarangan memakan buah-buahan hutan, kerana ada di antaranya yg beracun. Jika binatang tidak memakannya, besar kemungkinan ia beracun. Pekakan telinga utk mendengar bunyi air mengalir. Dah jumpa, berjalanlah sepanjang sungai. Insya Allah di mana ada sungai, di situ akan ada penempatan manusia.

kalau sesat dlm hutan..cari buluh..byk kegunaan..jd senjata bleh, buat tmpt berteduh bleh..nk jd anak panah pn bleh utk memanah ikan atau haiwan kecik2..buat rakit pn bleh..utk katil emergency bg mana2 member yg patah anggota badan..dn juga utk memasak..how? letak je dagin/sayur dlm tu then gi bakar..siap

jumpa sungai ikut laluan sungai tu nescaya akan jumpa civilization..di samping mbekal air sementara menanti/mcari pertolongan..

air jgn lupa..buluh leh jd botol air..sbb dlm hutan..peluang utk dehydrate sgt tinggi so minum ai seteguk sejam sekali..
 
Last edited:

ipsian

Active+ Member
Joined
Apr 13, 2006
Messages
3,752
Reaction score
192
Points
33
yang pasti tahun 2017 akan ada gula2 politik untuk nak survive pemerintahan 5 tahun berikutnya...
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
lol...aku pernah mimpi macam ni...kawasan perumahn kena bom...aku terus pi kat aa gun...dapat la tembak jatuh few jet fighter & rescue family:-?
 

imrantech

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,845
Reaction score
106
Points
33
ramai orang ramal keadaan masa depan huru-hara, peperangan.
itu sudah cukup mencerminkan sifat suka berfikiran negatif.
 

white shadow

Active Member
Joined
Mar 28, 2014
Messages
1,775
Reaction score
55
Points
30
bersangka baik je walaupun yg jadi adalah sebaliknya nanti.

apa yg kita fikir,kita rasa,kita cakap adalah doa...
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,790
Reaction score
6,369
Points
321
yang pasti tahun 2017 akan ada gula2 politik untuk nak survive pemerintahan 5 tahun berikutnya...

berkaitan dengan politik..
kita letak tepi jap..

nih persediaan diri sendiri dan family..
strategic thinking..
adapt and survive situation..

keberangkalian berlaku perkara yang x diingini sangat rendah..
walaubagaimanapun..

kena ada persediaan/perancangan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register