BTC USD 53,752.6 Gold USD 1,694.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Bagaimana Ubah Gambar Hitam Putih Pada Berwarna Guna Photoshop?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,055
Reaction score
3,798
Points
236
Bagaimana Mengubah Gambar Hitam Putih Kepada Berwarna Secara Automatik Menggunakan Photoshop;

Adobe pada tahun ini telah memperkenalkan kemaskini untuk Photoshop, dan bersama-sama dengannya, mereka turut menyertakan sokongan Neural Filters. Melalui Neural Filters ini, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar berasaskan kecerdasan buatan, dan menggunakannya untuk sejumlah tujuan. Salah satunya adalah termasuk untuk mewarnakan gambar hitam putih secara automatik.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, pertama sekali, buka gambar yang anda ingin ubah melalui Photoshop. Seterusnya, pastikan pewarnaan untuk dokumen anda bukan hitam-putih. Untuk tujuan tutorial ini, kami memastikan dokumen adalah dalam bentuk warna RGB.


Selepas itu, pergi ke menu Filter dan pilih Neural Filters.


Photoshop akan membuka sebuah tetingkap khusus pada bahagian tepi gambar dengan sejumlah pilihan menarik. Tekan pada menu kedua dibahagian tepi, dan klik pada Colorize.


Untuk pertama kali penggunaan, anda akan diperlukan memuat-turun ciri Colorize ini. Sebaik sahaja selesai muat-turun, anda boleh klik padanya, dan ia akan memaparkan perubahan dari warna hitam-putih ke gambar berwarna secara automatik.


Pengguna turut boleh bermain dengan pewarnaan secara manual melalui tetapan yang disediakan. Dengan ini, ini adalah tutorial ringkas untuk membantu anda mengubah gambar hitam putih kepada gambar berwarna dengan pantas dan mudah.
 
Top
Log in Register