Covid-19 Bagaimana New Zealand Dapat Hapuskan Covid-19 Dengan 5 Minggu PKP

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,313
Reaction score
3,658
Points
236
Lima minggu selepas melancarkan perintah berkurung agresif di seluruh negara untuk memerangi wabak koronavirus dan ditambah dengan salah satu pakej bantuan ekonomi yang paling dahsyat berbanding negara-negara lain, kerajaan New Zealand telah mengumumkan bahawa novel coronavirus telah kini "dihapuskan" di negara ini.

Screenshot-1428.jpg


Perdana Menteri New Zealand berkata pada 27 April bahawa walaupun kes bukanlah pada paras sifar, namun kes baharu sekitar satu digit untuk beberapa hari dan kekal sehingga ke hari ini. Ini merupakan satu statistik yang sangat menakjubkan ketika mana negara-negara lain berhadapan dengan beribu-ribu kes setiap hari.

"Kami berjaya melakukan apa yang tak banyak negara mampu lakukan. Kami telah menghentikan gelombangan kehancuran," kata Jacinda Ardern.
New Zealand kini telah melonggarkan sekatan dari Tahap 4 kepada Tahap 3, yang membenarkan sesetengah perniagaan untuk dibuka semula.

Kejayaan ini memberikan keyakinan kepada New Zealand bahawa mereka telah mencapai sasaran untuk penghapusan, yang mana tidak bermaksud sifar kes tetapi bermakna bahawa mereka tahu dari mana kes-kes COVID-19 datang.

Hanya terdapat 1 sahaja kes sejak 1 April yang mana pihak berkuasa New Zealand masih menyiasat sumber jangkitan. Akan tetapi, negara ini masih belum meraikan kemenangan mereka.

27 April merupakan hari terakhir dalam hampir lima minggu perintah berkurung tahap empat yang ketat, yang digambarkan oleh Jacinda Ardern sebagai "sekatan paling ketat yang pernah dilaksanakan terhadap warga New Zealand dalam sejarah moden."

Perintah berkurung di negara ini dilonggarkan pada 28 April, dengan lebih daripada 400,000 rakyat New Zealand kembali ke tempat kerja dan 75% daripada ekonomi beroperasi.

Screenshot-1429.jpg


Sekatan tahap 3 baharu ini juga bermakna bahawa rakyat New Zealand dibenarkan untuk mengadakan pengebumian kecil dan membeli makanan bungkus.

New Zealand melaporkan 20 kematian dan 1,487 kes positif dan kemungkinan, menurut Universiti John Hopkins. Daripada jumlah itu, 1,276 atau 85.8% kes disahkan dan kemungkinan, telah pulih sepenuhnya. Dan walaupun kejayaan New Zealand dalam menghapuskan virus ini sepatutnya diraikan, namun Jacinda masih menggesa rakyatnya untuk berwaspada.

"Kita masih belum benar-benar pulih. Tahap 3 adalah tempoh pemulihan untuk menilai sama ada usaha luar biasa yang dilakukan oleh rakyat New Zealand, telah berjaya atau tidak," kata Jacinda.

New Zealand mempunyai beberapa kelebihan dalam menangani virus ini. Sebagai contoh, ia mempunyai kelebihan dari segi masa, di mana New Zealand mengesahkan kes COVID-19 pertama mereka pada 28 Februari, lebih daripada sebulan selepas Amerika Syarikat mengesahkan kes positif pertama.

New Zealand adalah negara pulau yang agak terpencil, dan agak sedikit penerbangan yang melalui transit melalui negara ini. Ia juga diperintah secara terpusat, yang bermaksud tidak mempunyai negeri seperti AS atau negara jirannya Australia. Tetapi kunci sebenar kejayaan New Zealand kelihatan seperti datang dari pendekatan yang dapat diterapkan di mana-mana tempat di dunia, iaitu bergerak pantas, melakukan ujian secara meluas dan sangat bergantung sepenuhnya kepada kemajuan sains.


Bergerak pantas dan sokongan rakyat

Screenshot-1430.jpg


Seperti banyak negara, New Zealand memiliki model yang menunjukkan bahawa wabak novel coronavirus berpotensi untuk menghancurkan jika tidak ada tindakan yang diambil. Tidak seperti beberapa negara lain, New Zealand memberikan tindak balas yang agak pantas. Apabila Jacinda mengumumkan pada 14 Mac bahawa sesiapa sahaja yang memasuki negara ini perlu mengasingkan diri selama dua minggu, ia dilihatkan sebagai salah satu sekatan sempadan paling keras di dunia.

Pada ketika itu, negara ini melaporkan enam kes COVID-19. Dan pada 19 Mac, ketika Jacinda melarang warga asing memasuki negara New Zealand, kes COVID-19 mencecah 28 kes iaitu pertambahan sebanyak 22 kes dalam tempoh 5 hari. Menjelang 23 Mac selepas 102 kes COVID-19 disahkan di negara ini tanpa sebarang kematian, Jacinda mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung.

"Tindakan yang tegas, keras dan awal sangat membantu untuk menghapuskan potensi dahsyat daripada virus ini," kata Jacinda.

Beliau juga menasihatkan rakyatnya untuk bertindak seperti anda dijangkiti COVID-19. Terdapat beberapa sebab mengapa New Zealand mengambil langkah yang tegas.

Screenshot-1431.jpg


Seperti yang disebutkan oleh Jacinda dalam sidang media pada 14 Mac, New Zealand adalah laluan keberangkatan utama ke Kepulauan Pasifik, dan negara ini mempunyai tanggungjawab untuk melindungi negara jirannya di Pasifik. Tetapi tindakan pantas itu juga untuk kepentingan rakyat New Zealand.

Ini kerana New Zealand tidak mempunyai katil rawatan rapi yang banyak jika dibandingkan dengan sesetengah negara, jadi mereka perlu bertindak pantas. Mereka bukan sahaja bertindak pantas, malah New Zealand juga tidak melonggarkan langkah pencegahan sedia ada. Jacinda memilih untuk menambah lima hari terhadap langkah-langkah perintah berkurung paling ketat iaitu tahap empat, walaupun kes-kes COVID-19 di New Zealand menurun.

Tidak seperti di kebanyakan negara lain, tindakan keras Jacinda ini disokong oleh majoriti rakyat New Zealand. Dalam satu kaji selidik, 87% daripada warga negara ini memberitahu bahawa mereka bersetuju dengan cara kerajaan New Zealand menangani wabak tersebut. Ini sangat bertentangan dengan reaksi yang diberikan oleh populasi di beberapa buah negeri di Amerika Syarikat yang membantah di jalanan terhadap arahan kerajaan supaya tinggal di rumah.


Ujian secara meluas

Screenshot-1432.jpg


Selain daripada tindakan pantas, New Zealand telah meningkatkan jumlah ujian sehingga mereka mampu melakukan sekitar 8,000 ujian setiap hari. Sehingga 5 Mei, negara ini telah melakukan 152,696 ujian, iaitu 31,665 ujian bagi setiap 1 juta populasi. Sebagai perbandingan, United Kingdom yang mempunyai populasi 13 kali ganda New Zealand, melakukan sebanyak 1,291,591 ujian (19,026 ujian bagi setiap 1 juta populasi).

Malaysia yang mempunyai lebih daripada 6 kali ganda populasi New Zealand, melakukan sebanyak 205,598 ujian, iaitu 6,352 ujian bagi setiap 1 juta populasi. Tetapi petanda sebenar bahawa ujian New Zealand berhasil adalah kadar positif ujiannya, iaitu jumlah ujian yang disahkan positif.

Screenshot-1433.jpg


Dr Mike Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, menyatakan bahawa penanda aras yang baik adalah sekurang-kurangnya 10 kes negatif untuk setiap kes positif disahkan. Ini bermaksud jika sebuah negeri atau negara melakukan ujian dan mendapati kes positif sekitar 9% atau kurang, kemungkinan besar ia diuji dengan baik. menguji dengan baik.

Kadar positif ujian New Zealand adalah sekitar 1%, menunjukkan bahawa tidak ada penularan komuniti yang meluas berlaku di negara ini. Di negara lain di seluruh dunia, setiap individu yang dijangkiti COVID-19 menjangkiti sekitar 2.5 orang yang lain dan di bawah perintah berkurung New Zealand, mereka berjaya mengurangkan kadar jangkitan iaitu individu positif hanya menjangkiti 0.4 orang yang lain.


Bergantung kepada kemajuan sains

Screenshot-1434.jpg


Pengajaran sebenar yang boleh diambil dari New Zealand adalah gabungan sains dan kepemimpinan yang baik, kata Profesor Michael Baker, dari Jabatan Kesihatan Awam Universiti Otago.

Sepanjang tempoh perintah berkurung, Jacinda muncul bersama Pegawai Awam New Zealand, Ahsley Bloomfield pada sidang media harian, dengan Perdana Menteri New Zealand itu sering menyampaikan pertanyaan dari media kepadanya.

Walaupun Ahsley adalah seorang penjawat awam, dia berkelayakan dalam bidang perubatan dan mempunyai kepakaran dalam perubatan kesihatan awam.

Menurut kenyataan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan New Zealand, bidang minat profesionalnya adalah pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit.

"Di New Zealand, terdapat hubungan antara sains yang hebat dan kepimpinan cemerlang, dan kedua-dua ini adalah tersangat berkesan. Saya sangat kecewa dengan negara yang mempunyai sumber sains terhebat di dunia, seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta kebanyakan di Eropah, namun berada di belakang New Zealand yang mempunyai sumber yang terhad," kata Profesor Michael Baker.
Masa hadapan New Zealand

Screenshot-1435.jpg


Walaupun pada ketika ini New Zealand sedang dilihatkan sebagai sebuah kisah kejayaan melibatkan krisis COVID-19, ia juga menunjukkan bahawa kemenangan ini tidak bermaksud kembali hidup seperti biasa.

Meskipun meraih kejayaan awal, negara ini masih menjalani perintah berkurung, dengan majoriti daripada mereka diarahkan tinggal di rumah.

"Tahap 3 bukanlah dan tidaklah boleh kembali kepada kehidupan sebelum COVID-19. Hari tersebut akan tiba, namun bukan sekarang," kata Jacinda Ardern.

Jacinda juga menegaskan bahawa perang terhadap COVID-19 akan berlanjutan sehingga ada vaksin. Dan seperti negara-negara lain, New Zealand masih mempunyai perjuangan ekonomi yang perlu diusahakan. Industri eksport terbesar di New Zealand iaitu pelancongan menerima tamparan yang hebat.

Warga asing masih dilarang memasuki negara ini dan setiap rakyat New Zealand yang pulang perlu diasingkan sekurang-kurangnya 14 hari di kemudahan kuarantin milik kerajaan.

Terdapat perbincangan mengenai New Zealand dan Australia untuk membuka sempadan antara satu sama lain, tetapi buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat.


Rujukan;
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,095
Reaction score
2,082
Points
201
Sempadan NZ tak bukak lagi kan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,313
Reaction score
3,658
Points
236
sempadan NZ masih tutup untuk pelancong asing
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,657
Reaction score
1,180
Points
201
dia org buat mass testing ke
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,267
Reaction score
2,138
Points
206
malaysia pun apa kurangnya.
ranking nombor empat dunia.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,843
Reaction score
1,679
Points
151
Berjaya 'lawan' Covid-19, Jacinda Ardern menang besar
Wellington: Perdana Menteri Jacinda Ardern mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya umum New Zealand hari ini, khususnya selepas berjaya membuktikan kepimpinannya melawan Covid-19 untuk memperoleh majoriti.

Dengan dua pertiga undi dihitung, Parti Buruh yang diwakili Ardern memperoleh 49.2 peratus dan diramal akan menguasai kira-kira 64 kerusi di Parlimen 120 anggota.

Tidak ada pemimpin yang mencapai majoriti mutlak sejak New Zealand mengadaptasi sistem undian proporsional pada 1996, yang membawa kepada penggantian kerajaan pelbagai parti.

Walaupun jumlahnya belum dimuktamadkan, jumlahnya undi yang diperoleh sudah cukup bagi pemimpin pembangkang, Judith Collins untuk mengaku kalah selepas menghubungi Ardern.

"Tahniah atas keputusan yang dicapai, ini adalah hasil yang luar biasa bagi Parti Buruh. Ini adalah kempen yang sukar," kata Collins kepada penyokong yang bersorak di Auckland.

Parti Nasional konservatif yang diwakilinya diharapkan memenangi kira-kira 35 kerusi dalam apa yang dilihat keputusan terburuk dalam hampir 20 tahun.

Prestasi Ardern mengalahkan tinjauan pendapat prapilihan raya dan meletakkan Parti Buruh di landasan paling kuat sejak 1946.

 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,427
Reaction score
566
Points
126
New Zealand jauh bawah pelusuk dunia tak ada masalah pendatang asing indon pinoy rohingya , burma dan lain-lain
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,843
Reaction score
1,679
Points
151
Bukti wanita lebih baik jd imam/ketua/pemimpin mengawal rakyatnya
Berpolitik matang :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register