BTC USD 63,372.7 Gold USD 2,379.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bagaimana nak kesan litar elektrik rosak kat rumah?

Nak tnye kalau elcb tu in dgn out dipasang terbalik ape kesan die ek

takde masalah..berfungsi je...

lagi satu,masalah led berkelip bila on/off kipas tu mmg ganggu la...dalam banyak2 mesti ada satu dua kena camtu...tak jumpa lg cara nak solve masalah tu...

info:
kalau led berkelip bila on suis cuba cek neutral.mungkin tak bersambung..kalau rumah single phase tak menjadi masalah sangat tp kalau three phase led boleh terbakar..kalau tak berkelip led akan jadi sangat terang pastu out..
 
Sponsored Post

Salam nak tanya,
1. saya ukur guna multimeter, LIFE to EARTH cable, tak dapat 240V (dpt sekitar 100V shj). Adakah ia merbahaya kepada peralatan elektrik yg digunakan seperti kipas siling?
2. sy baru pindah rumah baru (belum diduduki) . Ada satu, dua point, saya ukur LIFE to NEUTRAL, tak dapat 240V {dpt sekitar 110V shj). Saya dah swap MCB kepada MCB yg lain, tetap sama. Adakah terdapat wayar live yg terputus ?

Minta nasihat raka-rakan otai elektrik.
 
Salam nak tanya,
1. saya ukur guna multimeter, LIFE to EARTH cable, tak dapat 240V (dpt sekitar 100V shj). Adakah ia merbahaya kepada peralatan elektrik yg digunakan seperti kipas siling?
2. sy baru pindah rumah baru (belum diduduki) . Ada satu, dua point, saya ukur LIFE to NEUTRAL, tak dapat 240V {dpt sekitar 110V shj). Saya dah swap MCB kepada MCB yg lain, tetap sama. Adakah terdapat wayar live yg terputus ?

Minta nasihat raka-rakan otai elektrik.

kalau ikut aku ada leaking..100v seolah2 di bahagi dua dari 240v.

mungkin ada wire neutral terputus..

selalunya ncb akan trip.

cuba chek mula dari ncb...cari tempat/point kat mana ada beza....

p/s :aq tak ada sijil wireman tapi pengalaman dlm bidang elektrik..safety keutamaan pelangan.
 
Sedap masalah tuan ni..:D:D
Kipas n lampu adalah dalam litar pencahayaan..
So selalunya line untuk neutral adalah berkongsi
dan menggunakan satu MCB yang sama untuk satu2
lokasi, maksudnya maybe untuk satu MCB 6A/10A akan
digunakan untuk satu kipas dan 5 poin lampu.
Kalau guna satu MCB untuk 10 poin lampu dan 2 poin kipas
dah kira lebih tu..
Saya pun pernah jadi mcm ni, tapi x sampai la terbakar lagi
lampu LED nya, cuma dia akan berkelip2 after tutup kipas..
Ingatkan sebab lampu LED cap ayam..
Penyelesaian yang saya buat, saya asingkan kabel neutral
dari kipas dan lampu, & dah tak taruh kabel ground kat body
lampu LED tu..
Maksudnya, lampu LED tu guna Neutral yang berasingan dari
Neutral Kipas..
MCB jugak saya asingkan untuk lampu dan kipas..
So nampaknya menjadi jugak la, sebab tak nampak plak
lampu2 LED tu berkelip2 lepas ON/OFF kipas siling..

Tambah skit lagi..
kalau bleh elakkan dari pakai lampu LED tanpa ada LED driver..
mmg cepat kaput kalau jenis pakai yang direct 220/240V..
Salam, sy ada masalah dengan lampu downlight led. Bilik no.2 ada dua dowlight, bilik 3 ada dua downlight, tandas ada satu dowlight. Setiap bilik ada satu lmpu bermasalah. Bila on lmpu salah satu bilik, lmpu lain akan ikut menyala tpi dlm keadaan sangat mlap. Suiz berbeza dah jauh.
 
Kes yang asyik berlaku adalah ELCB (peranti arus bocor ke bumi) atau MS (suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat atau petir tunggal ianya akan trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi camne kalau secara tiba2 proses tadi gagal di laksanakan? Ok, jangan bimbang, cuba lihat betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB (kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita (lokasi berbeza setiap rumah)


ni gambar DB


MCCB_ELCB_MAIN_SWITCH_1.jpg



1. Pastikan tangan anda tidak basah.


2. Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebiasaanya kebawah). Cuba tolak ke atas.

3. Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.

4.ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body (earth) .

- Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.

- ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.

- Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.


gambo MCB

MCB.JPG




PS: Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket (plug) berada dalam keadaan ON
- Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral.

- Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprumnya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching.


- ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini je lah yang rosak (boleh jadi juga peralatan elektrik anda yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi (yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini SAHAJA.

Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF


Gambo ELCB

ELCB.jpg



PS: Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.

- Cuba naikkan (ON kan) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas kita.Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik pulak. Banyakkan baca Bismillah.

- Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh

- Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.

- Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sistem eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Kalau tak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini bermaksud litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini SAHAJA.

selamat mencuba.

sumber imaeazma.blogspot

Den kek luor rumah dgn bini. Anak2 gosok baju trip serumah. Deme call den, den share link thread ni suruh baco n trouble shoot mslh trip letrik.

Lps tu anak2 call dh setel. Thanks cg 👍 ekekeke 😀
 
Aku rasa wiring kat umah aku problem coz lampu bilik air ngan ruang tamu 2-3 bulan sekali kene tukar..asyik terbakar je..mcm2 jenis mentol dah try..pastu kali ni bengong,kene bukak lampu bilik air baru leh buka lampu bilik:(
Rasanya sambungan live lampu bilik brrkongsi dengan output suis lampu bilik air kot....😅😅😅🤣🤣🤣🤣
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register