Bagaimana menyucikan hati yang mati

CG Sponsors




muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian;

Ramai orang Islam pada hari ini membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang setiap hari, tetapi kesan-kesan Tauhid tidak terserlah pada diri mereka. Anak tidak menghormati ibu-bapa. Ibu-bapa tidak memberikan didikan dan bimbingan yang sempurna kepada anak-anak. Muslimat tidak memakai tudung labuh, sebagai gantinya memakai pakaian ketat dan mendedahkan aurat. Golongan pemimpin melaksanakan undang-undang golongan kuffar, menolak Hukum Jenayah Islam, enggan menegakkan Daulah Islamiah dan ragu-ragu dengan Sistem Politik Islam. Ramai juga yang gusar, sedih, tiada tempat mengadu, murtad, berzina, minum arak dan bergaul bebas. Ini semua adalah disebabkan oleh kerana mereka tidak memenuhi tuntutan-tuntutan Aqidah yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada diri mereka tiada sifat kehambaan kepada Allah, dan tidak takutkan azab Allah serta tidak malu kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Bagaimanakah caranya untuk kita mengembalikan keagungan Islam di zaman Muhammad SAW? Tidak lain dan tidak bukan ialah dengan; kembali kepada Aqidah Ahli Hadith, Aqidah Salafiah Solehah. Oleh itu pada kali ini, kita akan bersama-sama meneruskan perjalanan kita dalam menuju destinasi kita iaitu [Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'iin] bersama-sama al-Hafiz Ibnu Qayyim yang akan menerangkan kepada kita mengenai konsep Aqidah dalam surah al-Fatihah di dalam kitab beliau yang bertajuk Madarijus as-Salikin.

Ikhwan sekalian;

Shaikhul Islam Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa surah al-Fatihah mengandungi tiga nama Allah Taala. Tiga nama Allah ini menjadikan kita mengenal siapakah Allah? Nama-nama tersebut ialah (ALLAH, AR-RAB, AR-RAHMAN). ALLAH menunjukkan Tauhid al-Uluhiyyah. AR-RAB menunjukkan TAuhid ar-Rububiyyah. Manakala AR-RAHMAN menunjukkan Tauhid al-Asmak Wal Sifat. Ketiga-tiga jenis tauhid inilah yang dibawa oleh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada manusia sejagat.

[Tauhid al-Uluhiyyah] ialah mengesakan Allah di dalam ibadat tanpa menyekutukannya. Seorang Muslim Muwahhid akan berdoa hanya kepada Allahdan tidak berdoa kepada jin dan memohon pertolongan daripada ahli sihir kerana perbuatan ini adalah syirik. Begitu juga segala jenis ibadat mestilah dilakukan kerana Allah sahaja, Tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya.

[Tauhid Ar-Rububiyyah] ialah mengesakan Allah Taala dengan beriman bahawa pencipta alam, pentadbir, pemilik dan pemelihara. Apabila seorang muslim beriman dengan Tauhid Ar-Rububiyyah dia akan berasa hina, malu dan takut kepada Allah. Mata, telinga, tangan,akal dan kaki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita adalah nikmat yang sangat hebat. Tetapi tidakkah kita rasa malu pada Allah apabila menggunakan mata kita untuk melihat ruangan Playboy di Internet, menggunakan kaki kita untuk menujuke disko, menggunakan lidah kita untuk mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam semata-mata kerana takut dipotong gaji, serta membutakan hati kita dengan menolak perlaksanaan Syariat Islamiah? Ketahuilah, sesungguhnya kita hanya menumpang kasih sayang Allah sahaja. Oleh itu, apabila semua orang Islam faham Aqidah Salafiah Solehah yang diajar oelh baginda Nabi SAW, maka Islam akankembali gemilang, dunia akan kembali aman damai,dan rahmat Allah akan menyelubungi alam. Percayalah!!!

[Tauhid Al-Asmak Wal Assifat] pula ialah; mensabitkan segala nama-nama Allah dan sifat-sifatnya yang Maha Tinggi di dalam al-Quran dan as-Sunnah serta menafikan sifat-sifat kelemahan dan kekurangan yang dinafikan oleh Allah di dalam al-Quran dan melalui Kekasihnya Muhammad SAW di dalam hadis-hadis yang soheh. Seorang mukmin wajib mensabitkan segala sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala sifat-sifat kekurangan, kelemahan dan tasybiih (menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk 100%). Apakah kesan-kesan tauhid yang terserlah pada diriseorang yang mengisbatkan Tauhid Al-Asmak Wal Assifat? Kesan-kesannya terlalu banyak. Antaranya, apabila kita beriman bahawa Allah itu (Basiir - Maha Melihat),kita akan rasa takut kepada Allah dan kita tidak akan melanggar perintahnya, kerana kita tahu bahawa di mana sahaja kita berada di dalam alam ini, Allah tetap memerhatikan gerak-geri kita. Apabila kita beriman bahawa Allah itu (Ghafur - Maha Pengampun),kita akan cepat-cepar bertaubat kepada Allah apabila kita melakukan maksiat, kerana kita takut azab Allah dan siksaan api neraka. Seorang muslimah yang tidak memakai tudung labuh akan bertaubat lalu menutup auratnya. Seorang muslim yang meninggalkan solat akan bertaubat lalau beliau rajin menunaikan sembahnyang dan berjemaah di masjid. Seorang anak yang derhaka akan bertaubat lalu berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Seorang penagih dadah akan bertaubat dengan 'Taubat Nasuha', lalu berubah menjadi seorang ulama' yang rajin beribadat. Seorang ulama' yang jahat yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam akan kembali menjadi Ulama' Akhirat.

Begitu juga seorang pemerintah yang melaksanakan Sistem Sekular dalam pemerintahan, dengan menolak Hukum Islam, tidak melaksanakan SyariahIslamiah secara menyeluruh, akan bertaubat kepada Allah lalu menukar sistem pemerintahan barat kepada sistem pemerintahan Islam, mengajak golongan-golongan yang bukan Islam untuk menganuti agama Islam dan melaksanakan hukum Islam terhadap sesiapa yang murtad dari agama Allah.

Ikhwah;

Shaikhul Islam Ibnu Qayyim Assalafy juga menerangkan bahawa Surah al-Fatihah terbina di atas Uluhiyyah, Rububiyyah dan Rahmat. Ayat Iyyaka Nakbudu [kepada engkau sahajalah aku mengabdikan diri kepadamu (Allah)] terbina di atas asas Al-Uluhiyyah. Manakala Iyyaka Nastaiin [kepada engkau sahajalah aku memohon pertolongan] terbina di atas asas Ar-Rububiyyah dan meminta hidayah daripada Allah agar Allah menetapkan kita di atas jalan yang lurus (Islam) dengan sifat rahmat Allah. Adapun Alhamdu Lillah [segala puji bagi Allah] menunjukkan bahawa Allah tuhan yang berhak dipuji dari segi Uluhiyyah, Rububiyyah dan Rahmatnya.

Masalah kita pada hari ini, ialah Alhamdu Lillah yang kita baca tiap-tiap hari dalam solat tidak menunjukkan kita betul-betul melaksanakan tuntutan Aqidah di dalamnya. Maksiat bertambah banyak. Kemungkaran berleluasa. Hati tidak rasa takut azab Allah dan tidak rasa taqwa dan yakin akan suruhan-suruhan Allah. Oleh itu, banyakkanlah puji-pujian bagi Allah dan laksanakan segala suruhan Allah. Tidak kiralah siapakah anda. Kalau anda seorang pemimpin jadilah seperti Abu Bakar Assiddiq. Kalau anda seorang mufti jadilah seperti Imam Nawawi. Kalau anda seorang yang cintakan ilmu tauhid dan penyucian hati ikutilah nasihat-nasihat Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Ikhwah,

Inilah dia tuntutan-tuntutan Tauhid dalam Surah al-Fatihah yang kita baca setiap hari dalam solat. Surah yang sangat hebat!! Membangkitkan perasaan Aqidah, menitiskan air mata kerinduan kepada keampunan Allah dan memberi ketenangan jiwa! Cukuplah al-Quran dan Hadis Nabi menjadi sumber Aqidah kita dan bukannya Ilmu Kalam, Falsafah Yunan dan Mantiq. Oleh itu, kembalilah kita kepada Islam yang sebenar. Jadilah hamba Allah yang diredhoi Allah dan disukai oleh orang-orang Mukmin. Akhirnya saya bertawassul kepada Allah dengan Asmaullah Al-Husna dan sifat-sifatNya Ynag Maha Tinggi dan Ubudiyyah kita kepada Allah agar menjadikan kita semua daripada golongan ynag akan selamat tiba di [Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nastaiin] serta beroleh magfirah dan rahmatNya. Aamin Ya Malikul Muluk. Sekian Wassalam.
 
Top
Log in Register