bagaimana menjadi manusia yang baik

CG Sponsors




jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
salam semua wahai sahabat2 yg dirahmati Allah. keadaan sosial pada hari ini amatlah membimbangkan kita semua. umpama wabak yg semakin lama semakin membarah.

saya tujukan thread ini kpd diri saya dan mereka diluar sana yg sedang mencari2 bagaimana ingin menjadi manusia yg baik di sisi Allah.:)

silakan sahabat sekelian memberikan cara dan teknik @ jalan2 yg dpt membantu kita dan mereka di luar sana agar menjadi manusia yg lebih baik di dunia dan akhirat.:) dengan lafaz bismillahi arrahman arrahim. mari kita berbincang.

saya mulakan dahulu. bagi saya antara cara yg paling efektif utk menjadi manusia yg baik ialah dgn bersembahyang. maksud firman Allah. "sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar". di sini Allah telah pun memberikan jalan penyelesaian yg di jamin oleh Allah sendiri.
 
Last edited:
Sponsored Post

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
namun begitu ramai juga org yg bersembahyang, tetapi masih lagi melakukan perkara yg keji dan maksiat. jadi di manakah silapnya?
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
namun begitu ramai juga org yg bersembahyang, tetapi masih lagi melakukan perkara yg keji dan maksiat. jadi di manakah silapnya?
solat yg xsempurna...
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
solat yg xsempurna...
ya memang benar kata2 anda nemo. solat yg tdk sempurna. firman Allah yg bermaksud: telah berjaya org2 mukmin yang mana mereka di dalam solat mereka khusyuk. lengkap dari zahir dan batinnya. susah? memang susah krn ganjarannya syurga.

apabila Allah berfirman: "sesungguhnya solat itu mencegah drp perkara keji dan mungkar" ianya membawa kpd satu makna dan satu keputusan @ ganjaran.

iaitu apabila kita tidak melakukan perkara keji dan mungkar, secara automatik kita akn melakukan perkara yg baik. dan apabila kita sentiasa melakukan perkara yg baik insyaallah ganjarannya adalah syurga.

jadi sahabat sekelian marilah kita cuba dgn sepenuh hati utk khusyuk di dlm sembahyang.:)
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
jika sahabat ingin menambah cara2 yg lain silakan dgn segala hormatnya.:)

satu lagi caranya ialah dgn membaca al quran. ramai drp kita tahu bahawa membaca alquran adalah amat besar ganjarannya. tetapi ramai juga yg tenggelam timbul didlm usaha utk menjadikannya satu amalan @ istiqamah didlm membacanya. mengapa ini terjadi? krn ramai yg membacanya tetapi tdk dpt merasakan keseronokan dan kenikmatan ketika membaca alquran. malah apa yg lebih menyedihkan lagi, ramai yg berjaya mengkhatamkan quran didlm bulan puasa, tetapi 11 bln yg selebihnya..................................:)

jadi bagaimana ingin kita merasakan nikmat membaca alquran ini? agar ianya menjadi amalan seharian kita.
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
untuk mencari nikmat didlm membaca alquran ada satu kaedah yg telah di ajar oleh rasul S.A.W didlm sebuah hadis: "sebaik2 amal walaupun sedikit tetapi berterusan" mungkin agak pelik bunyinya. sebaik2 amal walaupun sedikit tetapi berterusan. kenapa bukan banyak tetapi sedikit.:)

inilah kehebatan mukjizat rasul S.A.W. sahabat sekelian al quran adalah mukjizat terbesar rasul S.A.W. mengikut kaedah yg ditunjukkan oleh rasul S.A.W ini. maka kita mulakan dgn sedikit demi sedikit. bacalah pun sekadar 5 ayat sehari mengikut kemampuan kita. jgn paksa diri membaca terlalu banyak. sedikit cukup walaupun 5 ayat shj sehari.:) tetapi buat setiap hari.:)

alquran adalah mukjizat. semakin lama dibaca, kita akn merasai nikmat membacanya. dan apabila kita sudah merasa nikmat membacanya. maka biasanya sesuatu yg kita suka @ terasa keseronokan membacanya @ melakukannya adakah kita akn mengurangkan @ menambahkan lagi?

jawaapannya sudah pasti kita akn menambahkannya lagi. di sinilah dtgnya dari sedikit kpd banyak dgn perasaan seronok dan nikmat nya sekali.
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
krn ramai yg tdk dpt istiqamah didlm membaca alquran adalah sbb mrk memaksa diri utk membaca seberapa banyak yg boleh dlm masa yg singkat.:) bkn krn seronok membacanya.

jadi mulakanlah membacanya dgn sedikit dan insyaallah ianya akn menjadi banyak.:)
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Bagi pandangan saya...umat islam hari ni rosak sosial mereka adalah:

1.(yang terutama) kerana kurang didikan agama yang sepatutnya bermula dari rumah.
2. Sebab sistem pemerintahan yang wujud sekarang "kurang" menekankan soal agama. Jika adapun hanya berkenaan basic sahaja.Cukuplah kita pergi ke masjid yang buat kelas agama hanya madah yang sama aje diajarkan....thaharah...thaharah...thaharah.
3. Sebab diri sendiri. Ini yang paling besar. Sebab kalau basic agama sekuat mana sekalipun kalau diri dan akal sudah songsang mengikut syaitan..maka rosaklah juga. Istiqamah hilang. Ilmu tidak diamalkan..Bahkan orang yang pernah belajar agama lebih buruk sikap mereka dari orang yang jahil. Tak ubah seperti Azazil..yang mengenal Allah hingga dikatakan selama 8000 tahun ia beribadah hingga malaikat malu poadanya tapi tetap sesat di jalan yang terang. Sepeti juga kisah Bal`am bin Ba`ura yang digelarkan Allah sebagai anjing meskipun dia seorang alim besar di zaman Nabi Musa a.s

Benarlah juga apa yang dinyatakan tuan jebat (TT) dan tuan nemo. Solat dilalaikan diantara sebab umat islam buta dan keras kepala.

Solat..tak kira samada faham atau tidak ia tetap merupakan tunjang asas utama dalam keislaman seseorang dan wajib dilaksanakan. Setidak-tidak ia mampu mendisplinkan umat Islam ke arah mengingati Allah dan sekaligus kita merasai bahawa kita ini hamba dan ada Tuhan yang akan memberi balasan kelak. Seterusnya, suasana solat tersebut cuba dibawa di luar solat...maksudnya disiplin ibadah tersebut...kalaupun bacaan kurang difahami,maka cuba kita resapkan rasa kehambaan.Insya Allah rasa kehambaan akan menebal...maka di situ sekurang2nya kita akan merasai betapa kita sentiasa diperhatikan oleh zat yang maha kuasa...seterusnya menghindarkan diri dari gejala yang tak baik.

Pernah saya diajukan soalan...Buat apa aku nak solat? Solat pun aku tak faham. nantilah aku dah faham bacaan2 solat maka aku akan solat" Saya jawab: Kalau macam tu..umur berapa Islam mewajibkan pukul ke atas seseorang kalau tinggalkan solat?...di situ dia terpinga2...sudah tentu jawapannya umur 10 tahun. Umur 10 tahun Nabi suruh sebat kalau tak solat...budak umur 10 tahun apa tahu..

Cuma kini...(saya bawa ayat yang TT bawa)ayat al-Quran dahpun menjelaskan bahawa:

إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

"Sesunggunya solat itu (mampu mengelakkan kamu) dari melakukan keburukan dan mungkar"

Ayat Allah ini benar dan benar.tapi kenapa orang yang bersolat masih tidak mampu mengelak dari melakukan keburukan dan mungkar? Tiada lain jawapannya adalah berdasarkan firman Allah:

يا أيها لذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وانتم سكارى​

"Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu melaksanakan solat ketika kamu dalam keadaan mabuk"

Mungkin ayat ini memiliki sebab turunnya sendiri. Tapi kita ambil pengajaran darinya untuk disesuaikan dalam forum kita ini iaitu betapa ramai manusia Islam kini yang bersolat tapi mabuk? Bukan mabuk air tapi mabuk kelalaian, mabuk dengan keduniaan, dalam solat fikir yang bukan2...secara ringkasnya kita sekarang ni sentiasa dalam keadaan mabuk iaitu lalai dan hilang ingatan.

Ini jelas banyak berlaku.

Bahkan Allah s.w.t sendiri telah mencela kepada orang yang lalai dalam solatnya. FirmanNya:

فويل للمصلين الذين عن صلاتهم ساهون

"Celakalah ke atas orang2 yang bersolat. Yang solat mereka dalam keadaan lalai"

Jika ketika menghadap Allah pun manusia akan lalai maka bagaimana pula mereka yang tak solat, adakah ada jaminan kita tak lalai kepada Allah?

Dengan ini, marilah kita sama2 bersolat dan belajar selok belok solat kita dari A-Z. Bacaan ayat2 juga memainkan peranan. Tak perlu membaca panjang lebar ayat2 al-Quran ketika solat kalau tak faham. Cukup dengan Qul Huwallah pun dah bagus. Fahami dan serapkan dalam diri kemudian rasakan kebesaranNya...seterusnya disiplinkan juga ke luar solat.Insya Allah kita akan menjadi manusia Islam yang sentiasa sedar akan kewujudanNya...dan secara langsung atau tidak maksiat akan dapat kita jauhi sedikit demi sedikit....dan terus dijauhi.

Apa yang saya kongsikan di sini tidak bermaksud saya dah cukup bagus tapi setidak2nya untuk mengingatkan kepada diri sendiri da rakan2 sekalian bahawa kita ini makhluk dan hamba Allah.

Kita manusia mampu mencapai tahap yang melebihi malaikat tapi harus diingat juga yang kita akan jatuh ke martabat binatang yang paling hina.

Pelihara diri,pelihara keluarga dan pelihara agama kita dengan sebaiknya. Bangsa juga jangan dilupakan...
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
banyak cara2 yg telah di ajar oleh Allah dan rasul S.A.W utk kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. antaranya lagi jika kita melihat firman Allah didlm surah al baqarah ayat 1-5.

ayat pertama: allah shj yg mengetahui maksudnya.

ayat kedua: itulah kitab ( alquran )tiada keraguan dan syak didlmnya sebagai cahaya @ petunjuk kpd org2 yg bertakwa @ menuju jln takwa.

di dlm ayat ini jelas Allah telah menunjukkan kpd kita bagaimana ingin menjadi manusia yg bertakwa. iaitu dgn mengambil alquran yg tiada keraguan dan syak sebagai panduan utk kita menjadi org yg bartakwa. maknanya tiada jln lain, melainkan dgn berpandukan alquran jika kita ingin menjadi org yg bertakwa.

bagaimana pula dgn sunnah rasul S.A.W? ayat ini telah pun menjawab soalan tersebut. apabila Allah mengatakan bahawa alquran itu tiada keraguan dan syak wasangka, maka segala apa yg ada didlm alquran itu wajib dituruti tanpa bantahan. dan didlm alquran juga tealh menyaksikan nabi muhammad S.A.W sebagai rasul dan wajib kita mentaatinya. firman Allah: " taatilah Allah dan taatilah rasul" jadi secara tdk langsung maka jika kita ingin menjadi manusia yg bertakwa, maka kita juga mestilah mengambil sunnah rasul S.A.W juga sebagai panduan.:)
 

jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712
Reaction score
6
Points
25
Bagi pandangan saya...umat islam hari ni rosak sosial mereka adalah:

1.(yang terutama) kerana kurang didikan agama yang sepatutnya bermula dari rumah.
2. Sebab sistem pemerintahan yang wujud sekarang "kurang" menekankan soal agama. Jika adapun hanya berkenaan basic sahaja.Cukuplah kita pergi ke masjid yang buat kelas agama hanya madah yang sama aje diajarkan....thaharah...thaharah...thaharah.
3. Sebab diri sendiri. Ini yang paling besar. Sebab kalau basic agama sekuat mana sekalipun kalau diri dan akal sudah songsang mengikut syaitan..maka rosaklah juga. Istiqamah hilang. Ilmu tidak diamalkan..Bahkan orang yang pernah belajar agama lebih buruk sikap mereka dari orang yang jahil. Tak ubah seperti Azazil..yang mengenal Allah hingga dikatakan selama 8000 tahun ia beribadah hingga malaikat malu poadanya tapi tetap sesat di jalan yang terang. Sepeti juga kisah Bal`am bin Ba`ura yang digelarkan Allah sebagai anjing meskipun dia seorang alim besar di zaman Nabi Musa a.s

Benarlah juga apa yang dinyatakan tuan jebat (TT) dan tuan nemo. Solat dilalaikan diantara sebab umat islam buta dan keras kepala.

Solat..tak kira samada faham atau tidak ia tetap merupakan tunjang asas utama dalam keislaman seseorang dan wajib dilaksanakan. Setidak-tidak ia mampu mendisplinkan umat Islam ke arah mengingati Allah dan sekaligus kita merasai bahawa kita ini hamba dan ada Tuhan yang akan memberi balasan kelak. Seterusnya, suasana solat tersebut cuba dibawa di luar solat...maksudnya disiplin ibadah tersebut...kalaupun bacaan kurang difahami,maka cuba kita resapkan rasa kehambaan.Insya Allah rasa kehambaan akan menebal...maka di situ sekurang2nya kita akan merasai betapa kita sentiasa diperhatikan oleh zat yang maha kuasa...seterusnya menghindarkan diri dari gejala yang tak baik.

Pernah saya diajukan soalan...Buat apa aku nak solat? Solat pun aku tak faham. nantilah aku dah faham bacaan2 solat maka aku akan solat" Saya jawab: Kalau macam tu..umur berapa Islam mewajibkan pukul ke atas seseorang kalau tinggalkan solat?...di situ dia terpinga2...sudah tentu jawapannya umur 10 tahun. Umur 10 tahun Nabi suruh sebat kalau tak solat...budak umur 10 tahun apa tahu..

Cuma kini...(saya bawa ayat yang TT bawa)ayat al-Quran dahpun menjelaskan bahawa:

إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

"Sesunggunya solat itu (mampu mengelakkan kamu) dari melakukan keburukan dan mungkar"

Ayat Allah ini benar dan benar.tapi kenapa orang yang bersolat masih tidak mampu mengelak dari melakukan keburukan dan mungkar? Tiada lain jawapannya adalah berdasarkan firman Allah:

يا أيها لذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وانتم سكارى​

"Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu melaksanakan solat ketika kamu dalam keadaan mabuk"

Mungkin ayat ini memiliki sebab turunnya sendiri. Tapi kita ambil pengajaran darinya untuk disesuaikan dalam forum kita ini iaitu betapa ramai manusia Islam kini yang bersolat tapi mabuk? Bukan mabuk air tapi mabuk kelalaian, mabuk dengan keduniaan, dalam solat fikir yang bukan2...secara ringkasnya kita sekarang ni sentiasa dalam keadaan mabuk iaitu lalai dan hilang ingatan.

Ini jelas banyak berlaku.

Bahkan Allah s.w.t sendiri telah mencela kepada orang yang lalai dalam solatnya. FirmanNya:

فويل للمصلين الذين عن صلاتهم ساهون

"Celakalah ke atas orang2 yang bersolat. Yang solat mereka dalam keadaan lalai"

Jika ketika menghadap Allah pun manusia akan lalai maka bagaimana pula mereka yang tak solat, adakah ada jaminan kita tak lalai kepada Allah?

Dengan ini, marilah kita sama2 bersolat dan belajar selok belok solat kita dari A-Z. Bacaan ayat2 juga memainkan peranan. Tak perlu membaca panjang lebar ayat2 al-Quran ketika solat kalau tak faham. Cukup dengan Qul Huwallah pun dah bagus. Fahami dan serapkan dalam diri kemudian rasakan kebesaranNya...seterusnya disiplinkan juga ke luar solat.Insya Allah kita akan menjadi manusia Islam yang sentiasa sedar akan kewujudanNya...dan secara langsung atau tidak maksiat akan dapat kita jauhi sedikit demi sedikit....dan terus dijauhi.

Apa yang saya kongsikan di sini tidak bermaksud saya dah cukup bagus tapi setidak2nya untuk mengingatkan kepada diri sendiri da rakan2 sekalian bahawa kita ini makhluk dan hamba Allah.

Kita manusia mampu mencapai tahap yang melebihi malaikat tapi harus diingat juga yang kita akan jatuh ke martabat binatang yang paling hina.

Pelihara diri,pelihara keluarga dan pelihara agama kita dengan sebaiknya. Bangsa juga jangan dilupakan...
alhamdulillah. satu penerangan yg lebih detail dari syeikh kita.:) syukran. kita boleh mengambil iktibar drpnya.:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register