Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini telah berkongsi supaya orang ramai terus berwaspada dengan akaun media sosial palsu yang semakin meningkat dari hari ke hari. Ia sering diwujudkan dengan tujuan sama ada untuk melakukan penipuan atau hasutan. Menurut SKMM, sebahagian besar akaun palsu boleh dikenal-pasti dengan mudah melalui ciri-ciri berikut:

Baru Diaktifkan Dalam Tempoh Beberapa Bulan
Akaun baharu kerap diwujudkan bagi mengaburi jejak daripada pihak berkuasa atau pembongkaran oleh mangsa penipuan sebelum ini.

Nama Pemilik Akaun Seolah-olah Bukan Nama Sebenar

Nama yang digunakan ialah nama samaran atau nama orang terkenal.

Maklumat Peribadi Yang Meragukan
Biodata disembunyikan atau tidak realistik.

Gambar Profil Yang Tidak Berkaitan Dengan Identiti
Gambar yang digunakan berbentuk abstrak atau dicuri daripada profil orang lain. Sila gunakan carian Google Images untuk mengesan gambar lain yang berkaitan.

Senarai Rakan Yang Terlalu Sedikit
Akaun palsu mempunyai senarai rakan yang sedikit atau tiada langsung kerana tujuan akaun dibuka bukan untuk perkenalan jangka panjang. Kemungkinan akaun dalam senarai rakan adalah juga akaun palsu.

Aktiviti Akaun Tiada Langsung Kisah Berkaitan Peribadi
Terlalu sedikit catatan (wall post). Kebanyakan kandungan hanya perkongsian ulasan dan bahan yang diambil atau dikongsi daripada orang lain.

Likes/Following Tidak Seimbang
Terlalu banyak likes hantaran orang lain di pelbagai topik dan kumpulan. Terlalu sedikit likes di halaman sendiri.

Sering Terperam Untuk Tempoh Yang Tertentu
Hanya aktif sekali-sekala dan kadangkala dinyah aktif.

SKMM turut meminta supaya orang ramai terus berhati-hati dan tidak mudah lalai di arena internet ini.

Screenshot-3232.jpg
 
Top
Log in Register