BTC USD 23,682.7 Gold USD 1,877.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana lah agaknya pengakhiran kisah sedih hidup aku ni?

Status
Not open for further replies.

Lurtz

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
626
Joined
Sep 25, 2010
Messages
626
Reaction score
9
Points
15
Bagaimana lah agaknya pengakhiran kisah sedih hidup aku ni?

Ya Allah. Hanya kepada mu lah aku berserah, dan hanya kepadamu lah aku bermohon. Sesungguhnya tiada langsung daya bagi aku untuk menghalang segala yang Kau telah rancangkan pada ku, namun aku bermohon agar aku diberikan kekuatan untuk menempuhi segala yang bakal aku lalui. Amin.

Assalamualaikum..

Pagi Ahad ni iaitu lusa, bermulalah siri baru dalam hidup aku. Aku akan memulakan langkah kaki aku keluar dari rumah yang aku diami waktu ni (rumah mertua aku), berjalan menuju ke Stesen Bas Larkin yang terletak kira-kira 15km jaraknya. Sampai sana nanti, aku akan naik mana2 bas ekspress ke KL. Tapi memandangkan saat ini poket aku yang cuma tinggal duit syiling aja, aku terpaksalah menebalkan muka dulu dekat sana, mintak simpati dengan siapa2 , supaya dapat aku raih RM25-30 untuk bayar tiket ke KL. Sampai kat KL nanti, aku akan fikir cara lain pula untuk meneruskan hidup.

Apa yang terjadi pada aku ni ???

Aku dah tinggal di rumah mertua aku sejak 2 tahun yang lepas. Tapi semalam, selepas sedikit perselisihan faham dan puas aku kena sound dan dihina, aku akhirnya dihalau keluar oleh ibu mertua aku sendiri. Aku dah kena halau on the spot semalam, tapi isteri aku back up dan minta tangguh dulu sebab aku tak ready. Isteri aku memang menyebelahi aku sebab dia tahu segala masalah aku, namun kemarahan Ibu mertua aku sudah sampai kemuncak, last2 dia suruh aku berambus pagi Ahad ni. Sementara tu, dia dan bapa mertua aku tak akan balik ke rumah tu selagi aku ada, dan dia pergi tinggal dengan kakak ipar aku. Dia juga melarang aku membawa pergi puteri sulungku yang berumur baru 1 tahun tu, dan juga bini aku keluar ikut aku. Sebab alasanya takut aku tak boleh bagi makan & tempat tinggal kat diorang. Bini aku memang nak ikut aku sekali ke mana saja aku pergi, dan memang aku pun nak bawa dia, tapi apakan daya, masalah kewangan mengekang aku.

Mungkin korang tertanya-tanya, apa masalah sebenarnya yang berlaku pada aku ?

Dengan membuka thread ini dan meluahkan apa yang aku alami sekarang ini, aku tidak berniat untuk mempersendakan hidup aku sendiri, atau orang disekeliling aku termasuk seluruh ahli keluarga aku..Aku sedar selepas korang baca ni nanti, mungkin ada yang ketawa sinis, mencemuh, atau mungkin ada juga yang bersimpati dengan kisah aku ni..Jadi terpulanglah, aku sudah tak tahu nak buat apa lagi. Cuma niat dengan perkongsian ini, mungkin ada nasihat, cadangan atau pertolongan yang boleh aku terima dari rakan sekalian.

Jadi ada baiknya aku cerita sikit flow hidup aku secara ringkas, sehinggalah kepada apa yang terjadi pada aku saat & ketika aku menaip ni.

Sebelum aku berkahwin tahun 2008, aku menetap & mencari makan di Kuala Lumpur sejak lebih 10 tahun 1996-2007. Aku hanya berkelulusan SPM saja lepas jadi drop out UM. Umur 20 tahun aku dah start kerja, sebab malas nak sambung belajar, dan aku memilih bidang sales & marketing sebab aku memang minat buat sales. Tempat kerja pertama aku Toshiba Tele dynamics, dan di situlah aku mengasah bakat aku dalam bidang sales terutama dalam office automation product. Selepas beberapa tahun di Toshiba, aku bertukar tempat kerja kerana dapat better offer dari sebuah syarikat bumiputra yang terlibat dalam trading & construction dengan govt . Tapi job scope aku masih lagi dalam bidang sales, dan income aku jadi lebih tingggi sebab komisyen based on project, x salah aku 3-4% juga lah. So purata income aku masa umur 24 atau 25 tu, adalah sekitar rm4-5k sebulan. Memang sales aku banyak sebab aku banyak contact kat govt, direct nego , sebut harga atau tender, mudah aja aku adjust...Overall hidup aku untuk 30 tahun pertama, consider ok lah walaupun ada sedikit tercalar dengan kisah kena reject dari UM masa umur 19 tahun.

Bila umur aku dah masuk 32 tahun, duit pun dah cukup, tahun 2008 aku kawin dengan wife aku. Aruah orang tua aku pun datang juga ke Johor masa tu dari Kelantan, majlis agak meriah juga lah. Habis la dalam RM15k duit , tu kira normal lah kan. Lepas kawin aku balik semula ke KL bawak bini aku sekali. Masa tu dah bermula lah episode sedih hidup aku. Bermula dengan kena Scam dek projek Lintah yang tengah heboh masa tu, habis jugak la dekat RM5k. Pastu kena scam lagi dengan skim prepaid murah oleh penganjur di Shah Alam. Masa ni bukan aku aja telingkup, member2 aku pun ramai yang kena. Habis lagi duit aku dekat RM4-5K. Masa tu juga prestasi kerja aku pun dah drop, tiap2 bulan sales target dah tak boleh capai sebab aku dok sibuk dengan bisnes2 luar nie. Biasa lah, kerja sales kalau quota dah tak boleh achived lebih 6 bulan, company akan mempersilakan kita out lah. So, kerja aku pun dah berhenti, side bisnes pun terlingkup, jadi aku decide “time to move on”.

Tak sampai setahun aku dgn wife duk kat KL, aku decide untuk balik ke JB sebab masa tu aku dah tawar hati dok kat KL. Masa tu juga orang tua aku meninggal dunia, jadi nak balik Kelantan pun cuma tinggal adik aku dgn bini dia aja. So aku dah nekad balik ke Johor, duduk dengan keluarga bini aku @ mertua buat sementara waktu sebelum cari rumah sendiri. Keluarga mertua aku memang mengalu-alukan lah masa tu, sebab cuma mak & bapa mertua aja yang ada kat rumah. Kakak ipar aku dah kawin & dah duduk asing.
Jadi pertengahan 2009 aku dan wife pindah JB. Tahun pertama aku tinggal dengan mertua, semua tak ada masalah. Belanja dapur, segala jenis bil, semua aku dapat tanggung, dan kerja baru aku di sebuah syarikat construction bumiputra pun makin kukuh lah, sebab aku selalu dapat kan diorang projek. Dan masa tu juga aku mula berjinak-jinak dengan forex, dan memang masyuk lah masa tu. Kereta pun dapat aku tukar ke kereta baru, brand je sama Proton. Selepas setahun, bila ekonomi aku dah mula kukuh balik, aku decide nak pindah keluar, tapi mertua aku agak keberatan nak bagi. Diorang suruh stay dengan diorang. Bila memikirkan pasal perasaan orang tua nie, aku pun ok ajalah. Jadi aku terus aja stay di rumah mertua aku. Lagipun diorang tak bekerja, cuma mengharapkan duit pencen saja. Boleh juga aku bantu meringankan beban diorang.

Tahun 2010 company tempat aku kerja di tutup, sebab ada masalah kewangan akibat bermasalah dengan satu projek kerajaan yang tak dapat disiapkan. Gaji aku tertunggak 3 bulan lebih tak dibayar. Masalah aku mula muncul. Bil2 rumah semua tertunggak, nasib baik bini aku cepat cari kerja masa tu, walaupun masa tu dia baru mengandung. Aku terpaksa cari kerja lain, tapi agak susah nak cari kerja yang sesuai. 2-3 bulanjuga lah aku menganggur, sebelum dapat cari kerja lain tapi gaji pula kurang sebab kerja sebagai kerani advertising saja. Dari bulan ke bulan, hidup aku tak berubah, malah semakin teruk ekonomi keluarga aku. Bukan apa, sebab gaji bulanan yang aku dapat sekitar RM1500. Kereta, petrol, api, air, astro, court, broadband dan macam2 lagi lah nak kena bayar. Memang duit gaji aku sekejap aja habis buat bayar bil. Income forex aku pulak dah tak macam dulu, sekarang asyik loss aja, nasib baik depo kecik2 saja. Jadi hanya guna duit bini aja untuk makan minum. Tambahanan pula wife aku selamat melahirkan puteri sulung kesayangan aku pada oktober 2010, bertambah lah lagi kos aku.Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur sebab anak aku tu adalah rezeki yang tak ternilai kurniaan Tuhan.

Pertengahan 2011 aku berhenti kerja kat company advertising tu, sebab dah tak tahan gaji selalu tak cukup. Aku dapat kerja buat sales di syarikat printer Kyocera. Tetapi di Kyocera, aku cuma sempat kerja beberapa bulan saja, sales pun belum sempat berkembang, sebab Aug 2011 iaitu 2 bulan yang lalu, kereta kesayangan aku dah kena tarik sebab 4 bulan tak bayar..huhu..Nak buat sales kena ada kereta, dan bila kereta dah kena tarik, aku dah tak boleh buat sales lagi. Jadi aku terpaksa berhenti secara terhormat.

Jadi dari bulan Sept sampai sekarang, aku masih belum bekerja. Aku cuma dok rumah dan jaga anak, Cuma isteri aku aja yang bekerja. Bukan aku tak usaha, dah banyak interview yang aku attend, tapi masih belum dapat jawapan. Memang ada kerja-kerja lain yang kosong macam kat KFC ke, Tesco ke, MCD ke, tapi sebab overhead aku tinggi, kerja2 yang sebegitu tak mampu untu membayar semua kos aku.

Kembali kepada awal cerita..

Jadi semalam, mertua aku akhirnya dah hilang sabar, melihatkan keadaan aku. Dia mengatakan yang aku ni jenis yang tak lekat kerja, suka memilih kerja, dan asyik mengadap computer saja. Bukan aku nak salah kan dia, tapi memang terlalu banyak bil yang dah tertunggak. Bil api sampai dah surat merah, bil air lagi. Kiranya semua bil yang ada kat rumah tu aku tak bayar. Dan dia bertambah marah apabila mendapat tahu yang aku ada contact saudara mara belah bini aku untuk berhutang duit. Tujuan aku berhutang, sebenarnya untuk bayar tunggakan bil. Tapi mertua aku tu dia tak suka menantu dia berhutang dengan saudara lain dan membuatkan dia malu.

Dan, akhirnya aku kena halau keluar. Di saat aku yang semakin menyayangi anak aku yang baru nak belajar berjalan tu, dan di saat kewangan aku yang lebih teruk dari peminta sedekah tepi jalan tu, aku kena halau keluar. Bini aku memang mati2 merayu nak ikut aku sekali merantau balik ke KL, tapi apakan daya, aku tak mampu . Di mana aku nak cari duit untuk bawak anak bini aku keluar, sedangkan dalam kocek cuma tinggal sen2 saja, kebetulan gaji bini untuk bulan ni pun dah habis bayar bil dan beli barang dapur. Paling koman pun aku kena ada duit untuk bayar sewa rumah dan beli sedikit kelengkapan, tambahan untuk anak aku tu. Paling tidak, aku kena cari dalam rm2 ribu ringgit juga, dan mana aku nak cari ?

Tetapi kalau aku keluar seorang diri pun, aku kena ada juga duit untuk sewa bilik kat KL nanti, paling tidak pun dalam kocek kena ada 400-500 untuk sewa bilik & modal kerja untuk survive sampai dapat gaji.. Aku bukannya tak menelefon rakan2 mintak bantuan, tapi sepanjang aku susah setahun dua ni, memang aku dah kerap sangat minta bantuan, yang aku sendiri dah tak terbayar. Aku dah buntu dah berfikir.
Saat begini lah aku mula teringat pada aruah orang tua aku yang sudah tiada. Kalau lah hidup lagi, takkan aku jadi begini. Sebab orang tua aku lah tempat aku selalu mengadu dan minta pendapat. Ya Allah, kau rahmati lah roh orang tua ku.

Akhir kata dari aku, aku harap tiada lah anggota keluarga aku yang dicemuh. Dan jika ada nasihat atau panduan untuk aku untuk menempuh hari mendatang, silakan lah. Kalau ada orang yang sudi berjumpa aku untuk menolong , dialu-alukan sangat. boleh contact aku di 019-9791038

Dan jika ada rakan yang bermurah hati untuk menghulur sedikit bantuan kewangan, untuk boleh lah pm aku atau sms saja 019-9791038. Nanti aku bagi no akaun. Nak letak kat sini, rasa macam letak tempurung saja tunggu orang letak duit..huhu..

Sekian.
 
Sponsored Post

Status
Not open for further replies.
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register