Bagaimana kita boleh mempergunakan UMNO? - [Part yang terakhir dah UPDATED]

CG Sponsors




Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Mod: Artikel ini untuk membuka perspektif masyarakat Malaysia. :)

Part 1: Mempergunakan UMNO

Kami didalam Watchers Group sebenarnya percaya bahawa sistem demokrasi, sosialis, komunis, kapitalis dan lain-lain ideologi kenegaraan yang wujud masa kini akan digantikan oleh sistem khalifah Islam suatu masa nanti kerana itulah yangtermaktub dalam jadual kejadian akhir zaman.

Malahan saya pun berpendapat bahawa kesemua parti politik di Malaysia termasuk UMNO dan PAS akan lenyap juga suatu masa nanti iaitu apabila kesemua orang melayu akhirnya bersatu di bawah panji hitam.(InsyaAllah).

Itu persoalan yang saya yakin pasti akan berlaku di masa akan datang apabila sistem khalifah tersyiar semula di seluruh duniaselepas kemenangan Imam Mahadi menumpaskan As-Sufyani.

Tapi kata kunci nya di sini ialah semua itu akan berlaku di MASA AKAN DATANG.. Iaitu mudah-mudahan ketika anak-anak kecil dizaman kita telah membesar. Mudah-mudahan mereka akan menikmati masa depan yang gemilang, akidah yang cemerlang dan hidup aman makmur di bawah khalifah Islam itu.

Cuma kita perlulah pula memikirkan apa sumbangan kita kepada anak-anak kita.

Jika anda yakin New World Order - agenda Dajjal(NWO) bakal tiba, jika anda yakin As-Sufyani bakal menjelma dan jika anda yakin bahawa pilihanraya ini adalah pilihanraya dalam konteks akhir zaman, maka tidak dapat tidak kita harus menerima hakikat bahawa sehingga sampai masanya Imam Mahadi dibaiah'kan maka masa depan mendatang ini akan menjadi agak suram.


Di dunia arab sudah berlaku kebanjiran darah di merata-rata, di seluruh dunia ekonomi semakin tenat, matahari yangmemancarkan panas sehingga mengubah cuaca, kejatuhan nilai dollar yang bakan menyebabkan inflasi, kekurangan makanan yang akan membawa kebuluran dan lain-lain.

Di negara kita pula sekiranya Luciferian memerintah maka akan berhamburan arak dan judi di setiap kampung dan bandar, tumbuhlah gereja dan pusat maksiat di merata-rata dan akan mendaratlah paderi dari Indonesia, Filipina dan Eropah yang akan menghulurkan umpan untuk cuba memurtadkan anak-anak kita.

Saya rasa tugas kita sebagai ibu bapa adalah melakukan apa yang terdaya untuk memastikan bahawa sesuram mana pun kejadian yang bakal menjelma, maka haruslah anak-anak kita masih berpeluang untuk mempertahankan perkara yang paling penting iaitu AKIDAH mereka.

Terdapat penyokong pembangkang yang mengatakan bahawa pemerintahan negara kita adalah Thagut.


Saya tahu ramai penyokong pembangkang berpegang kepada definisi thagut oleh Ulama Syria iaitu Dr Wahbah az Zuhaili (ulama yang sama mengatakan bukti video tak boleh pakai). Dr Wahbah mendefinisikan thagut kepada 9 perkara iaitu

  1. Perjuangan yang mempunyai kepentingan
  2. Perjuangan yang bertujuan tertentu selain daripada Allah
  3. Perjuangan yang bersifat material
  4. Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan, redha dengan keraguan syaitan
  5. Perjuangan meninggikan ketuhanan selain daripada Allah, atau perjuangan menegakkan penyembahan kepada makhluk dan dunia
  6. Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar
  7. Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung
  8. Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan
  9. Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa mengharap kuasa Allah
  10. Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran dan populariti
Kalau berdasarkan pendapat Dr Wahbah az Zuhaili maka kerajaan yang thagut merujuk kepadaan kerajaan yang berjuang atas faktor duniawi. Pada pendapat saya definisi 1, 2, 3, 4, 7, 8, 9, dan 10 itu bolehlah disinonimkan dengan KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

Tiga penyakit duniawi ini memang penyakit dalam UMNO.

Tetapi di akhir zaman seperti 2013 ini masalah KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA bukanlah satu-satunya perkara yang mengancam kemaslahan umat Islam. Terdapat ancaman lain yang lebih thagut daripada KORUPSI, NEPOTISMA DAN KRONISMA. Oleh itu dalam hal ini maka harus juga kita melihat makna taghut dari segi literalnya selain dari taghut mengikut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili.

Jika kita melihat makna perkataan thagut dari persepsi literalnya, didapati bahawa maksud thagut secara literal adalah merujuk kepada perbuatan yang menyimpang daripada akidah. Ini kerana antara maksud thagut yang asal adalah



  1. [*]Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun yang meminta bantuan dari makhluk selain dari Allah,
    [*] perbuatan para jahiliyyah yang menyebah berhala dan meminta kemenangan daripadanya.
    [*] apa-apa perbuatan yang menyembah tuhan selain Allah (Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim.)
    [*] Thagut pemerintah apabila mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir)
Sambungan akan menyusul nanti kerana artikel ini amat panjang.

Part 2: Sabtu 3hb April 2013 - dah update pada posting ke - 2
Part 3: Ahad 4hb April 2013 - dah update pada posting ke - 3

Sumber artikel ini adalah: Afterdarkwrites



Nota:
Segala pertanyaan mengenai artikel ini boleh diajukan kepada penulis...aku hanya menyampaikan sahaja je.

Tak setuju dengan artikel ini?? tak pe..tak de masalah..

Setuju dengan artikel ini?? tak de masalah..

Tak suka aku?? Tak pe..tak de masalah sebab kubur masing2...

Benci aku?? Tak pe..sebab bukan semua orang yang suka kita pun kan....

Sayang aku? Doakan aku supaya menjadi hambaNya yang sejati sampai akhir hayat....
 
Last edited:
Sponsored Post

Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Part 2: Thagut......



Berdasarkan maksud literal thagut di atas, saya berpendapat bahawa thagut itu pada maksud literalnya adalah lebih merujuk kepada bahaya kepada AKIDAH iaitu menyekutukan Allah samada melalui amalan ilmu ghaib yang meminta bantuan kepada makhluk halus, atau akibat kepercayaan bahawa terdapat tuhan yang selain dari Allah.

Oleh itu Jelas sekali bahawa falsafah PLURALISM yang didukung oleh PKR dan DAP adalah thagut secara literal.

Thagut juga bermaksud mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah. Ini bermaksud bahawa pemerintah telah mewujudkan undang-undang yang membenarkan perkara yang jelas haram. Dalam hal ini penyokong pembangkang telah berhujah bahawa kerajaan UMNO adalah thagut kerana tidak melaksanakan undang-undnag hudud.


Ingin saya jelaskan disini bahawa "kegagalan menghukum menurut hudud" adalah berbeza dengan "mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah". Ini kerana mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah bermakna mencipta undang-undang menghalalkan atau me'legal'kan perbuatan yang haram.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa UMNO gagal menghukum pesalah di Malaysia mengikut hudud namun UMNO tidak pernah mencipta undang-undang me'legal'kan perkara yang haram. Ya memang benar di Malaysia undang-undang kita hanya mendenda atau memenjarakan penzina sedangkan didalam hudud sepatutnya disebat atau direjam. Tapi UMNO tidak pula mencipta undang-undang membenarkan zina dilakukan. Begitu juga dengan murtad, memang UMNO gagal membunuh manusia murtad seperti Lina Joy, tetapi tidak pula ada undang-undang membenarkan orang Islam di Malaysia murtad.



Di Malaysia perkara yang salah adalah tetap salah. Cuma hukuman yang dijatuhkan tidak selari dengan kehendak Islam. Atas kekhilafan pemerintah inilah maka penyokong PAKATAN menuduh UMNO dan orang UMNO sebagai tidak Islam. Confirm tak masuk syurga dan kalau sembahyang pun tak dapat pahala.

Walaup bagaimanapun minda penyokong Pakatan gagal memproses akibat dan mudarat yang bakal menimpa sekiranya pemerintah Malaysia adalah pendokong LBGT, PLURALISMA, DAN LIBERALISMA.


Dibawah pemerintah yang melaksanakan PLURALISMA, maka peruntukan undang-undang anti murtad akan lenyap. Para pendakwah kafir harbi akan bebas bergerak kehulu-kehilir menyebarkan bible kepada anak-anak muda dan berhujah bahawa ada Tuhan selain dari Allah. Begitu juga dengan pendakwah syiah yang akan menghasut golongan muda mengatakan di dalam Islam terdapat mazhab yang diterima selainn daripada Ahli Sunnah Wal Jemaah. Dibawah pluralism, kes-kes ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Al-Arqam dan lain-lain tidak boleh lagi diberkas dan disekat oleh penguatkuasa. Kes kes seperti Lina Joy tidak lagi kedengaran di Mahkamah, bukannya kerana tiada lagi kes murtad tetapi kerana murtad adalah 'legal' disisi undang-undang dan tidak lagi boleh didakwa di mahkamah.

Di bawah fahaman LIBERALISMA, adalah sukar untuk kita menghalang anak-anak kita daripada terdedah kepada fahaman-fahaman yang merosakkan fikiran. Rancangan televisyen, internet dan media cetak yang sekarang ini sudah dikuasai manusia gila duit (eg: Astro) akan semakin menggila dengan MTVnya, budaya kuningnya dan maksiat kerana tidak lagi disekat rancangan yang tidak bertapis atas alasan kebebasan media dan kebebasan bersuara. Daripada segi politik tiada lagi halangan kepada musuh-musuh Islam daripada berkeliaran bebas didalam Malaysia atas alasan "Hak Asasi Manusia". Malahan dari segi ekonomi Liberalisi bermakna kapitalis dari negara luar akan bebas menjual apa jenis barangan di Malaysia dan mengambil-alih syarikat negara kita.

Secara ringkasnya, di LIBERALISMA wang adalah penentu segalanya dan kapitalisma adalah mutlak tanpa sekatan.
 
Last edited:

Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Part 3: Seks LBGT



Begitu juga dengan LBGT (LESBIAN, BISEKSUAL, GAY, TRANSGENDER). Bagaimanakah PAS hendak menghalang maksiat dilakukan sekiranya pengamal seks bebas dan seks songsang dilindungi oleh undang-undang untuk menonjolkan diri serta mempromosikan gaya hidup mereka?

Ingin sekali saya bertanya kepada pemimpin dan penyokong PAS, dimanakan logiknya keinginan mereka hendak melaksanakan undang-undang islam di negara dimana kaum nabi Lut (LBGT), kafir harbi (Pluralism) dan Munafikun (Liberalism) akan dilindungi oleh pemerintah dan sistem undang-undangnya?



Bukankah apabila pemerintah yang baru menggubal undang-undang melindungi hak LBGT, Liberalism dan Pluralism, maka itu adalah taghut secara literal kerana mencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah?"


Walaupun UMNO telah melaksanakan sistem demokrasi namun setakat yang saya tahu belum ada lagi kesepakatan ijmak ulama seluruh dunia mengatakan sistem melantik pemimpin melalui undian itu haram. Dan memang di negara kita belum lagi dilaksanakan hudud tapi kerajaan belum pula pernah 'mencipta undang-undang' menghalalkan sesuatu yang haram. Jadi walaupun saya tidak menafikan pendapat bahawa sistem demokrasi harus digantikan (insyaAllah marilah kita berdoa bersama) dengan sistem kekhalifahan namun setakat ini keadaan kita masih okay lagi.. not that bad lah bak kata orang putih.

Orang Islam masih boleh melaksanakan rukun iman 6 perkara dan rukun Islam 5 perkara. Anak muda LBGT walaupun wujud tapi masih ngeri nak menonjol, pendakwah Jesuit pun masih bergerak secara bersembunyi (kerana phobia UMNO dan Hassan Ali) dan Ananda Krishnan di Astro masih terpaksa makan hati berulam jantung kerana kandungan Astro masih bertapis.

Keadaan yang "not that bad" itulah yang pada pendapat saya harus kita pertahankan sementara menunggu kebangkitan sistem khalifah di seluruh dunia. Jika kita berlepas tangan atau terpedaya dengan menifesto bukan janji para Luciferian tu, percayalah bahawa NWO bakal datang sepantas kilat untuk menjadikan negara ini "extremely bad" kepada semua orang islam samada tua, muda hatta anak-anak kecil yang tidak berdosa.


Jika kita tidak cuba menentang atau memperlahankan kesan NWO itu ke atas Malaysia, maka yang akan paling terasa kesannya adalah anak-anak kita. Salahkah kita sebagai orang Islam cuba berusaha menentang serta memperlahankan kesan NWO? Bukankan menjaga masa depan anak-anak kita itu adalah amanah ke atas kita sebagai ibu bapa?

Ingin saya jelaskan bahawa jika UMNO itu thagut menurut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili kerana penyakit KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA (KKN). Maka PAKATAN itu berkali ganda lebih thagut dari segi literal kerana PAKATAN itu jelas membawa fahaman LBGT, LIBERALISMA DAN PLURALISMA (LLP).

At least penyakit KKN didalam UMNO sudah semakin sembuh akibat tekanan berterusan daripada ahli akar umbi UMNO dan serangan pembangkang. Jadi maksudnya UMNO itu bila ditempeleng masih boleh belajar dan diajar. Di dalam pembangkang pula virus LLP semakin ditempeleng semakin kurang ajar pula jadinya. Makin lantang protes oleh penyokong mereka sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh kafir harbi, semakin menjadi-jadi Anwar Ibrahim dan anaknya mempromote Pluralism. Dato Nik Aziz pula bila semakin dikritik supaya jangan ikutkan kehendak DAP, semakin pula dia memanjakan kesemua kafir harbi tu.



So, Silalah pilih yang mana lebih membahayakan akidah dan moral anak-anak kita.

KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA

atau

LBGT, LIBERALISM DAN PLURALISM


Bagi tujuan PRU 13 ini kami di Watchers Group tidak juga menganggap diri kami "menyokong" UMNO kerana terdapat sekurangnya 4 orang senior saya (termasuklah Imam Ali dari Kedah.. Ehem.. Marah dia kalau baca entri ni) yang secara peribadinya masih kuat bersentimental value dengan PAS. Namun untuk tujuan PRU-13 ini kami bersetuju bahawa hanya UMNO yang masih boleh 'dipergunakan' oleh orang melayu Islam di malaysia untuk memperlahankan kemasukan NWO di Malaysia (Oleh itu Imam Ali dan lain-lain penyokong PAS di Watchers Group tahun ni dengan muka kelat akan pangkah calon mesra UMNO.. Hahaha).

Oleh itu, sekiranya ada orang bertanya kepada anda parti mana yang akan anda sokong maka jawablah seperti dibawah.


"Saya tak sokong, tapi tahun ini saya akan
MEMPERGUNAKAN UMNO
untuk menentang New World Order"


Selamat mengundi.. Selamat Mempergunakan UMNO.. Selamat Berjuang Menentang NWO.

Semoga suatu masa nanti di masa mendatang penyokong PAS dan penyokong UMNO akan bersatu mempertahankan yang hak dan menentang yang batil.

Lepas tu bila mereka dah bersatu barulah kita "PERGUNAKAN" kedua parti ini untuk membentuk kumpulan baru berjuang dibawah bendera yang sama yang berwarna hitam tu.

Bila dah bersatu di bawah tujuan yang sama.. maka sila bubarkan UMNO dan PAS..


 
Last edited:

Jess.Malik

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2011
Messages
3,110
Reaction score
151
Points
38
Salah satu komen dari pembaca:

Maaf sdr Afterdark...

saya mempunyai pandangan yang agak berbeza dengan anda dalam hal ini... demokrasi adalah sistem Dajjal yang dicipta untuk memecah-belahkan umat Islam.... dengan menyokong demokrasi kita menyokong perpecahan umat Islam..dari itu adalah 'berdosa' pada pandangan saya untuk menyokong sistem tersebut.

kita juga tidak perlu melawan demokarasi, apa yang perlu adalah meninggalkan demokrasi kerana sistem yang ditinggalkan akan "RUNTUH" dengan sendiri.

selain itu, selagi kita masih menyokong sistem ini, ia tidak akan runtuh. Ini bermakna kita menyokong kemungkaran dan fitnah Dajjal dimana sistem ini akan merosakakan anak cucu kita seperti yang anda tidak inginkan.

Dari itu saya menyeru kepada yang cintakan Islam dan kebangkitan Khilafah, TINGGAL demokrasi. Moga2 dengan tindakan ini, akan berlaku ketidak stabilan dalam sistem demokrasi dan YDP Agong akan mengambil alih sebagai Khalifah, mengistiharkan Raja-raja Melayu megambil semula pemerintahan sebagai Khilafah, terbatalkan persekutuan Malaysia dan wujudnya Kekhilafan Raja Melayu. Jangan lupa Agong berikutnya adalah Muhammad ke 5.

Marilah kita berdoa perubahan ini berjalan dengan AMAN tanpa pertumpahan darah.


Jawab balas dari penulis kepada komen pembaca yang disebutkan:

Ooh tak perlu minta maaf.. Masing masing kan ada pendapat..

Saya tidak menyokong demokrasi secara tegar.. saya cuma mengambil pendekatan MEMPERGUNAKAN sistem demokrasi ini buat SEMENTARA iaitu sambil menunggu Panji Hitam mula berkibar..

Untuk pengetahuan saudara saya berpendapat bahawa NWO tetap akan datang, saya cuma mengundi UMNO untuk memperlahankannya saja. Bagi saya asalkan kita tak jadi macam Libya, Syria dan Tunisia yang berbunuhan tu dah kira cukup syukur.

Panji Hitam akan tetap berkibar, Imam Mahdi akan tetap dibaiahkan dan sistem kekhalifahan akan tetap tersyiar kerana ini semua sudah dijanjikan. So don't worry demokrasi akan tetap berkubur.

Ada satu hamba Allah dalam artikel yang lepas mengatakan dia tak nak turun mengundi.. Saya kata tak apalah sebab nak mengundi ke tidak adalah hak setiap individu.. Tapi kalau semua penyokong panji hitam tak nak mengundi maka confirmlah NWO mendarat awal selepas 5 Mei sebab semua kafir harbi, munafik dan LBGT di Malaysia ni pula turun mengundi. Kalau kita tak mengundi dan mereka pun tak mengundi tak apalah sebab boleh square. Tapi kalau contohnya 10 kita tak mengundi dan 10 mereka turun mengundi maka senyum lebarlah NWO tu.

Faham-faham sajalah apa akan berlaku kalau bendera mata satu dah berkibar megah di Putrajaya. Nahas kita semua dan bahaya kepada akidah anak-anak kita (point yang satu ni mungkin lebih terasa kepada orang seperti saya yang sudah mepunyai anak kecil).

Seorang Freemason iaitu Edmud Burke pernah mengatakan sesuatu bagi menjelaskan punca kemenangan Illuminati iaitu:-

"THE ONLY THING NECESSARY FOR THE TRIUMPH OF EVIL IS FOR GOOD MEN TO DO NOTHING"

Kadang-kada bila saya membaca kata mutiara Edmund Burke ini saya teringat pula dengan satu hadis.

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangan (atau kekuasaannya) apabila tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak kuasa maka hendaklah mengingkari dengan hatinya, yang terakhir ini adalah selemah-lemah iman." (HR Imam Muslim).

Dikatakan bahawa bila seorang Muslim tidak melakukan nahi mungkar padahal mampu dan tidak ada penghalang maka dia adalah syaitan bisu.

Ini pendapat peribadi saya saja.. For the record, saya sangat menghormati pendapat saudara.
 

keris13

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2012
Messages
5,451
Reaction score
66
Points
70
bagus juga artikel ni. terbuka sikit minda aku.
apa yg penting akidah didahulukan.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,548
Reaction score
436
Points
131
Best artikel ni,kami mahu lagi
 

timur & barat

Super Active Member
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
Nice info TT..sgt bgus..tp syg sini xde butang thanks...
mana sambunganya...:-?
 

adam85

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2010
Messages
206
Reaction score
0
Points
10
sedar xsedar mmg kita hanyut dengan sistem pemerintahan kapir demokrasi ini. Mudah-mudahan sistem pemerintahan khalifah akan kembali semula amin!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register