Bagaimana Kita Boleh Maut Jika Tidur Dalam Kereta?

CG Sponsors

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
salam... aku bukan orang yang reti sangat pasal kereta..

so, maaf lah kalau soalan aku nampak macam noob sangat...haha...
tapi orang kata, "kalau tak tahu, bertanya"....dan "jika malu bertanya, sesat jalan"...

jadi aku tanya je lah...

ok...sepertimana kita selalu dengar, jika tidur dalam kereta dalam keadaan yang lama, kita boleh maut...

sebab nya adalah
- kekurangan oksigen yang terlalu lama
- sebab kedua ialah kebocoran gas carbon monoksida daripada ekzos (gas ni boleh mempercepatkan lagi kita utk sesak nafas)...

ok lah...pasal kekurangan oksigen yang terlalu lama tu, yg tu aku faham lah...

tapi pasal kebocoran gas ekzos tu aku tak berapa faham...
ekzos tu kan kat luar....kalau kita tutup tingkap apa semua, mcm mana gas carbon monoxide tu masuk dalam kereta....sorry kalau soalan noob...haha...
bukan eksoz yg bocor tapi bawah enjin..biasa kereta statik mmg gas monoksida tu bole pegi ke depan melalui tiupan angin..
kene plak bole masuk sistem pendingin..mmg tros hembus masuk dlm kereta laa..
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
tidak digalakkan tidur atau / baring sekejap dalam kenderaan yang masih dihidupkan dengan pintu dan cermin tertutup sebab "kitar-semula" angin dalam ekzos boleh berlaku, dan pada kenderaan statik proses ini boleh ambil masa dari 1 Jam 30 minit hingga 2 Jam .. karbon monoksida pada eksos amat beracun dan ianya tidak mempunyai bau untuk mengejutkan kita daripada lelap / tidur.

kes kematian adalah amat tinggi pada kenderaan yang dipasang "Catalyzer" atau dipanggil juga "Catalytic Converters" sebab kemasukkan udara asing dalam ekzos ke dalam kabin kenderaan amat tinggi berbanding kenderaan yang tiada Catalyzer sebab udara "Direct-Flow" .. saya ada baca masa dulu adalah baiknya untuk dibuang sahaja "Catalyzer" yang menyekat / menapis udara kotor enjin kepada "Environment-Friendly" ..

buang Catalyzer juga boleh tinggikan prestasi kenderaan tapi mengotorkan udara persekitaran bumi kita .. apapun jika mahu lelap mata sebentar dalam kenderaan, sila buka cermin pada kadar 1.5" (inci) atau 2" (inci) ..

:)
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Bagaimana Kematian Akibat Tidur Dalam Kereta Boleh Berlaku?

Penulisan ini ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, di laman Facebook beliau.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita tentang insiden yang menyebabkan seorang wanita dimasukkan ke hospital dan mengorbankan 3 lagi sahabatnya. Dilaporkan punca kematian adalah keracunan karbon monoksida akibat #kebocoran gas itu pada kenderaan mangsa. Ia berlaku ketika mereka tidur di dalam kereta yang enjinnya dibiar hidup. Susulan itu, ramai yang kongsikan fakta tentang keracunan monoksida dan bagaimana ia boleh membahayakan nyawa. Namun, ada beberapa perkara yang kurang diberi penekanan.
  • Anda tahu tak apa maksud kebocoran karbon monoksida pada kenderaan?
  • Dari manakah datangnya gas ini?
  • Ia bocor dari mana ke mana?
  • Bagaimana nak elakkan kebocoran gas ini?
Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan menghasilkan beberapa jenis gas yang berbahaya kepada kesihatan, dan salah satu daripada adalah karbon monoksida. Lazimnya gas ini akan dikeluarkan dari enjin melalui sistem ekzos yang terdiri daripada beberapa bahagian. Sistem ini juga berfungsi untuk mengurangkan bahaya gas-gas berkenaan.

1603040080127.png

Gas pembakaran dari silinder enjin akan melalui:
  • Manifold/extractor
  • Exhaust pipe
  • Oxygen sensor
  • Catalytic converter
  • Muffler/silencer
  • Tailpipe
Catalytic converter berfungsi untuk mengubah karbon monoksida kepada gas yang lebih selamat iaitu karbon dioksida. Kereta yang dibangunkan selepas tahun 80-an pasti ada komponen ini. Setelah mengetahui hal ini, dah boleh teka di manakah boleh berlaku kebocoran karbon monoksida? Betul, pada sistem ekzos kenderaan, khususnya pada komponen-komponeen sebelum catalytic converter. Kebocoran boleh berlaku di sambungan antara enjin, manifold/extractor, exhaust pipe, catalytic converter atau pada komponen itu sendiri, menyebabkan banyak karbon monoksida terbebas.

Catalytic converter ini diwajibkan untuk kenderaan masa kini untuk pastikan asap yang dihasilkan oleh kenderaan lebih selamat dan memberi impak kesihatan yang minima. Namun, ada pemilik kenderaan membuang catalytic converter dan peredam daripada sistem ekzos kerana ia dapat meningkatkan sedikit prestasi enjin kenderaan mereka. Jadi, apakah yang langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk elakkan keracunan karbon monoksida akibat kebocoran gas itu daripada sistem ekzos kenderaan kita?

1. Jika ekzos berbunyi kuat dan kasar, serta ada bau asap yang menyengat hidung, itu merupakan antara tanda kemungkinan ada kebocoran pada ekzos. Bawalah kenderaan untuk diperiksa.
2. Jika keluar notifikasi/amaran logo enjin, periksa sekali sistem ekzos. Logo enjin itu juga akan menyala jika oxygen sensor mengesan ada masalah dengan pembakaran dan gas ekzos.
3. Jangan sesekali buang catalytic converter daripada sistem ekzos kenderaan kita. Ia adalah modifikasi yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar, serta menyalahi undang-undang.
4. Tinggalkan amalan memanaskan enjin kenderaan jika kenderaan berada di kawasan yang agak tertutup, seperti di dalam garaj, kolong rumah, bangsal tertutup, dan sebagainya.

Tak usah tidur di dalam kenderaan berhenti yang enjinnya dibiarkan hidup, tidak kira tingkap terbuka atau tertutup, pendingin hawa dihidupkan atau dimatikan. Nak tidur dalam kereta, matikan enjin.
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,153
Reaction score
2,090
Points
201

View attachment 299028

iswara dan wira mana ada catalytic converter. asap busuk keluar sepanjang masa.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
iswara dan wira mana ada catalytic converter. asap busuk keluar sepanjang masa.
Iswara saya tak pasti tapi Wira ada, model Sedan yang saya pernah pakai tahun 2002 .. tapi mat kete dia panggil NENAS :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register