PC Tips & Tricks Bagaimana Kembalikan Penggunaan Ikon Google Yang Lama Pada Chrome?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Google sejak minggu lepas telah membawa kepada perubahan ikon untuk sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, sekaligus membawa kepada penggunaan ikon berwarna-warni. Walaupun ia disukai oleh sejumlah pengguna, namun terdapat ramai yang masih kurang mengemarinya – dan lebih selesa menggunakan ikon lama. Hal ini lebih utama ketika anda menggunakan pelayar web dengan bilangan tab yang banyak dibuka – dan sedia selesa dengan ikon lama.

Sekiranya anda inginkan ikon lama kembali dipaparkan untuk perkhidmatan Google, kini sebuah pemalam Chrome yang boleh membantu adalah Restore Old Google Icons. Anda hanya perlu memasang pemalam ini pada pelayar web Chrome anda, dan pelbagai perkhidmatan Google akan menggunakan kembali ikon lama pada paparan tab di Chrome anda.

thread-6117791-11339041378022529426.JPG


Muat-turun https://chrome.google.com/webstore/detail/restore-old-google-icons/iellnmonjokmoagdlggagdmfjgpiahmb
 
Top
Log in Register