BTC USD 50,462.2 Gold USD 1,822.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana ekonomi bergerak dan apa kaitanya dengan FOREX

Sponsored Post

harrybanes

Fun Poster
Joined
Nov 4, 2007
Messages
399
Reaction score
21
Points
15
Aku ni newbie lg dalam dunia FOREX ni tapi aku tau la sikit2 pasal ekonomi ni.. aku rasa klu kita bincangkan pasal ekonomi dan kaitanya dengan forex pn bgus jgk :)

general sangat soklan nie bro. btw. in general juga semakin baik ekonomi negara tersebut semakin naik jugak value currency dia.

biasanya eknonomi dan mawatang digerakkan oleh;
1. interate rate
2. pertumbuhan ekonomi - kdnk/[email protected]@gnp
3. trade, capital flow
4. geo-politik
5. import/exprt etc.

nie kira fundemental analysis:D
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
general sangat soklan nie bro. btw. in general juga semakin baik ekonomi negara tersebut semakin naik jugak value currency dia.

biasanya eknonomi dan mawatang digerakkan oleh;
1. interate rate
2. pertumbuhan ekonomi - kdnk/[email protected]@gnp
3. trade, capital flow
4. geo-politik
5. import/exprt etc.

nie kira fundemental analysis:D

mmg otai...:)cgrock
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
Aku ni newbie lg dalam dunia FOREX ni tapi aku tau la sikit2 pasal ekonomi ni.. aku rasa klu kita bincangkan pasal ekonomi dan kaitanya dengan forex pn bgus jgk :)

oil,gold,cfd currencies,stock,cfd futures,indexes(yg ini akan move dulu sebelum forex bergerak as leading indicator)

begitu juga moving news,news(hi,medium,low impact)<---point akan jadi major trend baik dalam medium term atau long term sememang yg kaki swing akn fokus pd ini...:)

:)cgrock
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
1.indexes(as your filter)
2.news

pendapat nubie shj
 

ceaserion

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2009
Messages
393
Reaction score
80
Points
20
yang aku tau la..

dulu sistem duit ni bersandarkan emas sepenuhnya, emas tu disimpan dalam bank dunia. jadi bila sesebuah negara nak buat jual beli antara negara lain, nilai duit yang digunakan ditentukan dgn nilai emas. tetapi sistem ni jd masalah sebab taburan duit di seluruh dunia tak tentu, dimana duit keluar dr negara tapi payah nak masuk balik dalam negara, penduduk bertambah, pertumbuhan pesat sektor2 dagangan dalam negara. jadi duit dalam negara jd kurang dan terpaksa dicetak lagi. bila duit dicetak lagi bermakna emas pun kena tambah jgk untuk disandar pada duit yang dicetak, tujuanya untuk maintain nilai duit tu. kalau sesebuah negara nak tambah bilangan duit lagi jd kena la bg emas lagi kat bank dunia. bila tak mampu bg emas tapi duit masih nak tambah lagi, maka jatuh la nilai duit negara tersebut. contohnya andaikan mcm ni:


Katakan Malaysia, Singapura, Tahiland, Indonesia dan Brunai masing2 cetak duit sebanyak 100 000. Bank dunia tetapkan 1000 = 1kg emas(kira 1 ketul jongkong emas). bermakna setiap negara kena bg 100 ketul jonkong emas la. Maka akan jadi mcm ni nilai duit 5 negara ni...

- Malaysia Ringgit MYR100 000 = 100 jongkong emas
- Sinapura Dollar SGD100 000 = 100 jongkong emas
- Thailand Bath THB100 000 = 100 jongkong emas
- Indonesia Rupiah IDR100 000 = 100 jongkong emas
- Brunai Dollar BND100 000 = 100 jongkong emas

selepas setahun bila Malaysia dok berdagang antara 4 negara ni, ditambah pulak dengan pertambahan bilangan penduduk, pertambahan pesat perniagaan dalam Malaysia dan pertambahan aset2 dalam Malaysia. Maka kadar kitaran duit dalam negara Malaysia dan luar negara akan bertambah. kadar kitaran duit dalam negara antara faktor utama yg mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara manakala kadar kitaran duit antara 4 negara tadi akan mempengaruhi nilai duit negara Malaysia. Jadi untuk menampung kadar kitaran duit supaya tidak menghalang pertumbuhan ekonomi mata duit ditambah. Andaikan selepas setahun mcm ni plak..

katakan Malaysia dan 4 negara lagi nak tambah jumlah duit bagi menampung kadar kitaran duit bagi negara masing2. Jumlah duit yang di perlukan utk ditambah dan emas yang mampu di beri pada bank adalah bergantung pada pendapatan negara dan cara pentadbiran negara.

Malaysia dan 4 negara nak tambah duit mcm ni plak...

- Malaysia Ringgit MYR300 000 = 300 jongkong emas
- Sinapura Dollar SGD200 000 = 100 jongkong emas
- Thailand Bath THB500 000 = 100 jongkong emas
- Indonesia Rupiah IDR1 000 000 = 500 jongkong emas
- Brunai Dollar BND100 000 = 100 jongkong emas

maka nilai duit selepas ni akan jd mcm ni...

- Malaysia Ringgit MYR400 000 = 400 jongkong emas
- Sinapura Dollar SGD300 000 = 200 jongkong emas
- Thailand Bath THB500 000 = 200 jongkong emas
- Indonesia Rupiah IDR1 100 000 = 600 jongkong emas
- Brunai Dollar BND200 000 = 200 jongkong emas

jadi kadar yang diperlukan untuk tukaran duit turut akan berubah, jika sebelum ni jika malaysia berdagang antara 4 negara td dengan nilai duit 1:1 tp sekarang akan jd...

- MYR1 = SGD1.5
- MYR1 = THB2.5
- MYR1 = IDR1.8333
- MYR1 = BND1


begitulah nilai duit ditentukan. Tetapi banyak masalah yang timbul dan selepas perang dunia kedua sistem duit ini hancur akibat perang dan sistem baru dibentuk.

sambungan kedua, sistem bersandarkan dollar amerika...

tlg betulkan klu aku salah...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
wahh.. jenuh aku petik thanks kat thread ni
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Aku ni newbie lg dalam dunia FOREX ni tapi aku tau la sikit2 pasal ekonomi ni.. aku rasa klu kita bincangkan pasal ekonomi dan kaitanya dengan forex pn bgus jgk :)

thanks utk ko jugak sebab buka thread camni.
aku tak pernah peduli pun sebelum ni. :(
 

ceaserion

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2009
Messages
393
Reaction score
80
Points
20
sistem bersandarkan dollar amerika ni pulak segala mcm duit yang ada diukur dengan dollar amerika dan segala dagangan antara negara dalam dunia perlu ditukar kepada dollar amerika dahulu. contohnya malaysia nk beli beras dari thailand dan thailand nk beli minyak masak dari malaysia, dua2 negara kena guna tukar dollar amerika dulu baru boleh buat urusan jual beli.


Kebaikan sistem.
1.nilai matawang antara negara lain agak stabil kerana ditentukan oleh dollar amerika.

2.membuka peluang kepada banyak negara untuk berdagang.


Keburukan sistem.
1.kalau nilai matawang amerika jatuh sikit nilai matawang negara lain jatuh byk.

2.amerika yang kuasai ekonomi dunia sebab semua negara pakai duit dia. jd klu dia x suka, dia senang2 je bekukan aset, wat sekatan ekonomi :mad:

3.bila guna duit dia bermakna semua orang tolong jana pertumbuhan ekonomi untuk dia :mad:

4.bila duit kita tukar kepada duit dia untuk import sesuatu dr negara lain bermakna duit kita keluar p negara dia jadi nak dapatkan duit supaya masuk balik kena la eksport sesuatu p negara orang. klu nk senang bykkan import ekspot dgn negara dia je.. :mad:

5.kalau import banyak dan eksport kurang bermakna duit kita keluar byk la dan duit kita yang ada kat dia byk la. bila kita x cukup duit nak run negara, kita pun cetak duit lagi maka bertambah byk duit kita dan bertambah kurang la nilai duit kita :((


faktor negetif ni la yg menyebabkan krisis ekonomi 1998. Duit dh tak dak nk run negara kita cetak, cetak dan cetak. Last2 bila duit kita terlalu byk kat dia, dia pun nak tukar balik la kepada duit dia. Tengok2 duit kita dan amat byk dn akirnya nilai matawang jatuh menjunam-junam la..

negara yang paling teruk terjejas adalah indonesia. import banyak sbb dok pakai barang orang saja (tak mau wat sediri). Penduduk pulak ramai sampai 200 juta, bayangkan la banyak mana duit yang diperlukan untuk run negara. maka bila duit tak cukup nk run negara saja cetak lagi, tak cukup saja cetak lagi. Akhirnya 1 dollar amerika = beribu-ribu rupiah la.. ~X(

selepas isu kejatuhan ekonomi dunia 2, sistem ditukar lagi bagi mengelakkan sejarah berulang. maka sistem float diperkenalkan dan digunakan sampai sekarang.


sambungan ketiga, sistem float..


p/s: bila sistem float ni bermula maka bermula la era FOREX :))
 
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.20830
USD / JPY
109.575
GBP / USD
1.40532
USD / CHF
0.90620
USD / CAD
1.21367
EUR / JPY
132.389
AUD / USD
0.77354

CG Sponsors




Top
Log in Register