BTC USD 50,896.9 Gold USD 1,681.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana Buah pinggang (Ginjal) anda berfungsi ?

CG Sponsors




jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,113
Reaction score
2,663
Points
201
Bagaimana Buah pinggang (Ginjal) anda berfungsi ?

Untuk Makluman segala maklumat yang dikongsi berdasarkan carian google dan peluang bersama dengan pesakit hemodialisis stage 5 kidney failure..

Tujuan perkongsian
Sekadar meningkatkan awareness tentang buah pinggang serta mengubah sikap kita kepada ambil peduli tentang kesihatan diri dan keluarga..

Jika terdapat sebarang kesalahan info, mohon tunjuk ajar.. :)cgrock



Secara asasnya kita ada sepasang buah pinggang yang berada di bawah tulang rusuk kedudukan kiri dan kanan belakang badan..

Fungsi Utama buah pinggang..

1) mengoptimumkan(stabil) kedudukan air/darah dalam badan..
2) mengesan sebarang kandungan yang tidak perlu dalam darah..
3) mengawal vitaman,mineral dan hormon dalam badan..

Aku mula dengan perkongsian

2) Mengesan sebarang kandungan yang tidak perlu dalam darah..

Buah pinggang berfungsi untuk mengitar semula kandungan darah dalam badan serta menyahkan kekotoran dalam darah..
Darah kita dikitar secara 20-25 kali 24 jam/sehari..

Kenapa perlu kitar semula darah ?

a)Kita memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan optimum, proses tersebut dipermudahkan dengan pengaliran darah ke seluruh badan. Atas faktor pemakanan dan fungsi2 anggota badan lain, darah perlu dikitar semula oleh buah pinggang untuk nyahkan sebarang kekotoran. Jika proses kitar semula darah ini tidak berlaku, darah toksid akan mengalir keseluruh badan menyebabkan badan tidak berfungsi dengan baik..

Kemana bahan nyah kotoran buah pinggang pergi ?

keluar melalui air kencing..

Terdapat beberapa proses panjang perlu diterangkan.. aku skip .. sebab aku sendiri x faham :"> ..

3) Mengawal vitamin,mineral dan horman dalam badan..

Buah pinggang mempunyai keupayaan untuk aktif vitamin D agar meningkatkan hormon penggalakan proses sel darah merah dalam badan..

1) Mengoptimumkan kedudukan air dalam badan..

Buah pinggang mampu mengesan kandungan air lebihan dalam badan agar dibuang melalui air kencing..
Bagi kes kekurangan air, buah pinggang menghantar isyarat untuk mengekalkan kandungan air dalam badan..

secara asasnya itu yang dibuat oleh buah pinggang kita.. :D
__________________

Bagaimana nak menjaga buah pinggang kita ?

Kaedah yang terbaik adalah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat secara sederhana..

Ada beberapa kaedah untuk cleanse buah pinggang..

1) Lemon juice..
2) Daun parsli/daun ketumbar/daun sup
3) Air Kelapa
4) Arabic gum
5) cranberry,blueberries

__________________

Ada apa2 tanda yang buah pinggang kita tidak sihat ?

1) Tanda2 seperti muntah2, kencing berdarah, bengkak air di (muka,kaki,tangan)

secara normal buah pinggang jarang untuk rosak secara tiba2.. sekalipun jika kita ada batu karang, buah pinggang masih berfungsi secara normal.

Namun proses membuat pembedahan membuang batu/ultrasound dan lain2 mungkin boleh menyebabkan buah pinggang kita merajuk untuk berfungsi secara normal..

Berdasarkan pengalaman bersama dengan pesakit dialisis end stage kidney failure..

Katergori buah pinggang tak berfungsi adalah disebabkan penyakit lain yang berhubungkait dengan buah pinggang..

sebagai contoh kencing manis, tekanan darah tinggi,gaut, jantung dll..

Ada kes seorang pesakit yang merupakan pesakit darah tinggi.. akibat dari pemakanan ubat darah tinggi selama hampir 2 tahun, menyebabkan buah pinggang beliau gagal berfungsi dengan baik.. Doktor nasihatkan agar beliau bersiap sedia untuk proses dialisis..

Bagi kes2 rare adalah disebabkan buah pinggang tidak normal (lebih kecil dari saiz biasa)

seperti tidak mampu memproses bahan nyah tosik dalam darah, menyebabkan kitaran darah dalam badan menjadi tosik..

__________________

Bagaimana nak mengetahui tahap status buah pinggang kita sekarang ?



Cara terbaik adalah dengan mengambil ujian darah di klinik2 yang membuat saringan "Renal Function Test".
Dalam ujian tersebut kita akan dapati tahap kandungan2 berikut dalam darah..

Sodium
Potassium
Chloride
Urea <----- Perkara penting yang dilihat untuk mengenal pasti tahap buah pinggang anda..
Creatinine <----- Perkara penting yang dilihat untuk mengenal pasti tahap buah pinggang anda..
Uric Acid
Calcium /
Phosphorus
eGFR


Creatinine dihasilkan dari proses pergerakkan otot2 kita..



Kandungan Uric Acid yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.

Urea merupakan bahan buang dari proses breakdown protien(amino asid) dari hati(liver), Buah pinggang akan bertindak untuk tapis dan hantar keluar melalui air kencing.

GFR - Glomerular Filtration Rate test untuk melihat fungsi buah pinggang dan stage buah pinggang.. calculate base on creatinine, umur,jantina..

Result tu eGFR (estimated je-by calculation).
Result yg tepat kena buat Creatinine Clearance. Dia kira excretion Creatinine dalam urin dengan ambil kira creatinine dalam darah. So, kena simpan urin 24 jam dgn kena ada sampel darah yang diambil dalam masa 24 jam tu. Biasa test ni org order utk CKD.
kesemua maklumat labs test ini mampu memberi bacaan tahap buah pinggang anda..

aku akan update result aku buat awal bulan 8/2017 sebagai panduan..(update result)
Ambil masa 2 hari.. untuk dapat result tersebut..
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM48..

kena puasa pada malam hari etc.. 9 malam.. sehingga 9 pagi selesai waktu ujian..


___________


Info akan diupdate dari semasa ke semasa..

Sebarang persoalan/perkongsian boleh dikongsi bersama..

Sekian terima kasih kerana sudi membaca..

berminat dengan thread ini ?
boleh baca thread aku tentang gula.. disini ...
 
Last edited:
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,113
Reaction score
2,663
Points
201


Bagi situasi di malaysia..

Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) Prof Dr Goh Bak Leong berkata terdapat kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang.

“Jumlah itu dilihat semakin membimbangkan kerana ia meningkat setiap tahun. Pesakit ‘end stage renal disease’ atau penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) mempunyai beberapa pilihan rawatan seperti

1)pemindahan organ,
2)hemodialisis
3)peritoneal dialisis

aku akan huraikan dengan lebih lanjut berkaitan dengan 3 kaedah rawatan buah pinggang diatas..
 
Last edited:

antarakasih

Super Active Member
Joined
Jun 4, 2014
Messages
6,316
Reaction score
63
Points
70
amalkan minum air kelapa seminggu skali bagus untk
buah pinggang
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
101
Points
123
Terbaik TT...

Patur kita beri perhatian ni
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
t.ksh sharing info yg bguna
 

Aiman Nordin

Active+ Member
Joined
Apr 11, 2014
Messages
3,038
Reaction score
38
Points
30
aku setiap pagi memang odee teh o lemon.. buang air pun lawas jee rasa leh cuba
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,113
Reaction score
2,663
Points
201
Update info berkaitan lab test yang aku buat pada awal bulan 8 2017..

Lab test nih sekadar panduan untuk mendapat gambaran tujuan renal blood test



info ada dekat front page..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register