Bagaimana basikal mengubah kehidupan masyarakat menjadi lebih baik

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,296
Reaction score
1,602
Points
206
basikal-1.jpg

AGENDANASIONAL

Aktiviti berbasikal di Selangor tidak perlu kebenaran polis
by Khairul Azran HussinSeptember 18, 2020 3:29 pm

SHAH ALAM, 18 SEPT: Orang ramai yang menyertai aktiviti berbasikal secara riadah di jalan raya negeri ini tidak perlu mendapat kebenaran polis.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin meminta penggemar sukan tersebut mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan.

“Aktiviti kayuhan perlu dilakukan dalam keadaan sebaris bagi mengelak kejadian tidak diingini, mereka kena ambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kita tidak halang aktiviti ini tetapi mereka perlu peka dengan keselamatan termasuk tidak berkayuh dalam kelompok besar,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Semalam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mencadangkan setiap basikal didaftar, dilesenkan serta menggunakan nombor pendaftaran seperti kenderaan bermotor.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan pada peringkat kementerian.

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,296
Reaction score
1,602
Points
206
Had 50 penunggang untuk aktiviti berbasikal
NOOR AINON MOHAMED | | 18 September 2020

828283.jpeg

Boon Keng ditemui pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang di Fo Guang Shan Buddhist Centre, di Ipoh hari ini.
A
A
IPOH - Polis Perak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap aktiviti berbasikal namun, acara sukan itu perlu dihadkan sekitar 50 penunggang sahaja.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, jumlah peserta yang terlalu ramai dalam penganjuran aktiviti itu akan menyukarkan kawalan keselamatan terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Di bawah peruntukan undang-undang, tiada penetapan jumlah peserta namun, kita nasihatkan agar jangan terlalu ramai. Saya menyarankan sekitar 50 penunggang.

“Mereka juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada polis supaya kita sedia maklum akan aktiviti itu dan kita bantu dari segi kawalan keselamatan dan kelancaran lalu lintas. Permit belum dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang di Fo Guang Shan Buddhist Centre, di sini hari ini.

Boon Keng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah pemberian permit bagi aktiviti kayuhan basikal beramai-ramai seperti yang dilaporkan media semalam.

Menurutnya, tiada halangan kepada kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti sama tetapi perlu mengambil langkah keselamatan dengan memakai alat perlindungan.

“Kita nasihatkan penunggang basikal untuk jaga keselamatan di jalan raya dengan pakai alat perlindungan, menyediakan lampu dan sebagainya.

“Saya juga suka berbasikal tetapi saya memilih jalan yang kurang sesak serta mempunyai laluan berbasikal seperti di Jalan Lim Bo Seng dan Taman Rekreasi DR Seenivasagam,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...k/Had-50-penunggang-untuk-aktiviti-berbasikal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,296
Reaction score
1,602
Points
206
Laluan basikal terpanjang di dunia Ada di Doha, Qatar!

 
Sponsored Post
Top
Log in Register