BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Badminton: Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014

azrul7238

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,834
Paid Membership
Joined
Jan 21, 2011
Messages
24,834
Reaction score
14
Points
115
Gagal kawal tekanan punca Fei Weng tersingkir awal di Copenhagen

COPENHAGEN: Kegagalan menahan asakan lawan dan mengawal tekanan menjadi punca Chong Wei Feng 'bungkus awal' pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Ballerup Super Arena, di sini, awal pagi tadi.

Perseorangan lelaki kedua negara itu bermula cemerlang pada set pertama dengan mata 21-17, sebelum kecundang 22-24 dan 16-21 kepada lawan dari England, Rajiv Ouseph di pusingan kedua.

Pemain kidal itu mengakui, dia agak gugup ketika ketinggalan pada set ketiga sehingga menyebabkan pihak lawan mengutip mata mudah untuk meraih kemenangan.

"Saya tidak beraksi baik ketika sedang mendahului lawan pada set ketiga sebelum lawan berjaya mengurangkan jurang mata dengan saya.

Mungkin saya hilang fokus selain banyak memberi tekanan kepada diri sendiri...saya akui perlawanan pertamanya biasanya agak sukar bagi saya dalam mana-mana kejohanan"" katanya. - BERNAMA


kelam nampaknya sukan badminton kita ni lepas LCW pencen x lama lagi......
 
tinggal lcw sorang je lg
kul brp main ni?
 
Chong Wei Tempah Slot Separuh Akhir Kejohanan Dunia 2014

COPENHAGEN, 30 Ogos -- Datuk Lee Chong Wei mula mengorak langkah kanan untuk mengakhiri kemarau gelaran juara dunia apabila mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Jumaat.

Pada saingan suku akhir, jaguh negara itu kelihatan tenang apabila mempamerkan corak menyerang dan bertahan yang baik untuk menyingkirkan pilihan keenam Wang Zhengming dari China 21-8 dan 21-11.

Seperti diramalkan, Chong Wei langsung tidak tercabar apabila Zhengming nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan oleh pemain nombor satu dunia itu dalam pertarungan selama 39 minit.

Pencapaian tersebut membolehkan Chong Wei melebarkan rekod kemenangan kepada 12-0 ke atas pemain ranking keenam dunia dari China itu.

Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia, dijadualkan berdepan bintang muda tuan rumah, Viktor Axelsen pada saingan separuh akhir pada Sabtu selepas pilihan ke-14 kejohanan itu mengalahkan pemain meningkat naik dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-14 dan 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sebagai rekod, Chong Wei menang kesemua lima pertemuan dengan Axelsen, pemain berusia 20 tahun yang menduduki ranking ke-16 dunia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan, Chong Wei berkata beliau tidak menyangka dapat mengalahkan Zhengming dengan mudah.

Beliau menegaskan tidak mahu terburu-buru memikirkan mengenai slot ke final tetapi lebih fokus mengenai persediaan diri sendiri.

"Saya juga agak terkejut dengan banyak kejutan berlaku dalam kejohanan kali ini. Lawan saya pada separuh akhir juga bukan mudah.

"Jangan fikir (pilihan ketiga), Jan O Jorgensen dari Denmark sudah menarik diri, peluang saya ke final terbuka luas. Saya tetap anggap semua lawan yang saya hadapi juga agak kuat," kata Chong Wei.

Anak jati Pulau Pinang itu turut mengharapkan agar peminat badminton negara supaya terus mendoakan supaya beliau dapat meneruskan cabaran sehingga ke aksi final selepas kempunan pada edisi 2011 di England dan 2013 di China.

Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock berpuas hati dengan persembahan luar biasa yang dipamerkan Chong Wei ke atas Zhengming.

Beliau bagaimanapun mengingatkan Chong Wei supaya tidak memandang mudah cabaran seterusnya berdepan Axelsen walaupun ramai pihak menganggap jaguh negara itu berpeluang cerah ke final.

"Saya juga agak terkejut dengan persembahan Chong Wei pada aksi suku akhir hari ini dan saya nampak semangat dan momentum pun bagus...Beliau juga nampak yakin dengan permainannya.

"Kita tidak boleh cakap laluan Chong Wei ke final mudah kerana kita tidak tahu semangat (melawan) Axelsen itu macam mana...Kalau beliau (Axelsen) jumpa Chong Wei, saya pasti semangat beliau pastinya berbeza," kata Tey.

Meskipun bergelar pemain nombor satu dunia, Chong Wei, 31, masih belum memenangi gelaran juara pada kejohanan dunia selain pingat emas Sukan Olimpik.

Dalam pada itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, pemain pilihan kedua, Chen Long dari China akan menentang pilihan kelima Tommy Sugiarto dari Indonesia.

Chen Long bagaimanapun dipaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Son Wan Ho 21-14, 12-21, 21-17 manakala Tommy pula menjinakkan wakil Belanda, Eric Pang 22-20 dan 21-19 dalam satu lagi saingan suku akhir.
 
hari ni final World championship....game start pkl 6.30pm waktu Msia...

LCW main dlm perlawanan ke 4. lawan dgn Chen long. maybe lepas 9pm...

setakat ni walaupun LCW kata x fit 100%, tapi dia main 100% di prestasi terbaik nampaknya....dgn pace yg laju....setakat ni xde lawan dpt lebih 12 point...semuanya dibawah 12 point...

semalam dia belasah pemain denmark viktor axelson di semi final 21-9, 21-7.

mungkin sbb LCW xdpt main di komanwell lepas sebab cedera, kali ni dia turun lepas gian agaknya....

pemain2 japan mcm tago, mamota, pemain korea wan so, pemain favourite denmark jorgensen semuanya dah kalah awal.... cuma tago saje tarik diri xmain maybe sbb injured...
setakat ni semuanya game berat sebelah, xmcm world champ....tunggu final lawan chenlong...tgk ada fight sengit ke x....

tapi rasanya dgn prestasi semasa, LCW boleh menang straight set ...

ikut prestasi semasa, chenlong hempas pulas kalahkan wan so dlm 3 set & menang 2 set sengit dgn tommy.... sebenarnya set ke 2 tommy dah leading tp sebab tergelincir & injured jadi xdpt main betul sbbtu chenlong menang 22-20....kalau x pastinya smpai 3rd set...

berjaya kah LCW catat nama sbg pemain pertama msia menang kejohanan dunia ?
 
Last edited:
Tommy tu dah nampak sikit masa lagi akan jadi antara Jaguh Badminton dunia
 
Lepas lcw menang kejohanan dunia..

Aku harap dia bersara la..

Biar la bersara dlm keadaan legend.

Padan muka bam...chong wei feng umur 27 pun terkial kial lg...

Sebelum ni...malaysia ada 2-3 org top ten. Skrng...yilekkk
 
teman letak peluang lcw dan chen long sama 50-50...china cam biasela sebelum world champ player die byk join tournament try n error corak permainan....lastest 2x lcw mng dgn chen long mmg teman tgk tak puas hati sbb cheng long bley main lbih dr tu...tak mcm die kalahlan lcw awl tahun ni trbuka korea ke tak silap...

so yg bezakan sape menang adelah unforced error dan sape yg boley closed point akhir tu...
 
Tommy tu dah nampak sikit masa lagi akan jadi antara Jaguh Badminton dunia

umur dah 26 dah....kalau 20 thn ada chance meningkat....dia lambat meningkat... .....beza dgn taufik, LCW, lindan, peter....umur 17-21 dah hebat & menang byk...

tommy boleh kuasai dunia jika LCW bersara....sbb dia dah boleh sama dgn chen long, jorgensen.... cuma dia x konsisten....

sebenarnya chen long & jorgensen pun xkonsisten tapi sbb tommy baru je naik, jd belum sebaris dgn jorgensen & chen long & tago.
 
teman letak peluang lcw dan chen long sama 50-50...china cam biasela sebelum world champ player die byk join tournament try n error corak permainan....lastest 2x lcw mng dgn chen long mmg teman tgk tak puas hati sbb cheng long bley main lbih dr tu...tak mcm die kalahlan lcw awl tahun ni trbuka korea ke tak silap...

so yg bezakan sape menang adelah unforced error dan sape yg boley closed point akhir tu...

Ikut prestasi semasa LCW Boleh menang straight set...maybe bawah 18
Point... Itu yg aku nmpak Sbb chenlong hempas pulas kalahkan Pemain
Korea wan son & tommy Indonesia .... Lcw pulak Mudah je Belasah Semua lwn dbawah 12 point.....

Melainkan chenlong Boleh tingkatkan permainan, baru la sengit. Tp kalau chenlong main tahap terbaik pun xdpt kalahkan LCW jika LCW dpt bermain tahap 100%. Sbb mmg Ada jurang antara chenlong & lcw . Hrp Xde Isu cedera
 
Back
Top
Log in Register