'Badang' usung peti besi 40kg

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Bukan sebarangan perompak apabila seorang penjenayah mempunyai kekuatan persis ‘badang’ apabila berupaya memikul peti besi seberat lebih 40 kilogram di atas bahunya sebelum melarikan diri bersama barang berharga termasuk barang kemas bernilai suku juta ringgit.

Penjenayah yang menceroboh masuk melalui bumbung atas rumah teres di Taman Melawati, Hulu Klang terbabit menimbulkan tanda tanya pemilik kediaman berkenaan yang hairan bagaimanapun peti besi terbabit mampu dibawa keluar dan dilarikan begitu saja.


Sumber polis berkata, kejadian jenayah berlaku kira-kira jam 7 malam kelmarin apabila pemilik rumah yang berusia 55 tahun tiada di rumah.


Difahamkan mangsa seorang ahli perniagaan keluar atas urusan kerja manakala isterinya turut meninggalkan rumah untuk makan malam dengan membiarkan pembantu rumah bersendirian.


“Bagaimanapun, mangsa yang pulang jam 10.30 malam terkejut apabila mendapati peti besi yang diletakkan di dalam bilik tidur utama lesap.


“Mangsa yang bingung kemudian memeriksa keadaan sekeliling rumah, namun tidak menemui kesan umpil ada pecah masuk di pintu rumah teres dua tingkat didiami,” katanya.


Menurutnya, mangsa tidak percaya bagaimanapun peti besi seberat lebih 40 kilogram berkenaan mampu diangkat sebelum dibawa keluar dari kediamannya itu tanpa disedari jiran termasuk pembantu rumahnya.


“Namun, persoalan itu terjawab apabila mangsa meneliti rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV) sebelum melihat kelibat seorang lelaki bertubuh kurus menceroboh masuk ke dalam kawasan kediamannya itu.


Suspek yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek didapati memanjat pagar rumah jiran sebelum meniti tembok lalu masuk ke dalam rumah mangsa melalui balkoni di tingkat atas.


“Suspek terus ke ruangan bilik tidur utama sebelum menyelongkar dan mencari benda berharga. Suspek menemui peti besi milik mangsa sebelum mengangkatnya untuk dibawa keluar.


“Difahamkan, suspek mengangkat peti besi terbabit keluar dari bilik berkenaan melalui tingkap sebelum turun melalui tembok rumah berkenaan dengan mendukung peti besi terbabit,” katanya.


Dipercayai, seorang lagi rakan suspek menunggu di hadapan kediaman terbabit sebelum penjenayah melarikan diri.


“Kejadian terbabit benar-benar membuat mangsa ‘pitam’ berikutan peti besi terbabit mengandungi koleksi 20 utas jam tangan mewah pelbagai model termasuk Rolex selain barang kemas dan berlian yang dianggarkan keseluruhannya bernilai lebih RM250,000.


“Selain itu, peti besi terbabit digunakan untuk menyimpan wang tunai lebih RM1,500, sijil perkahwinan dan empat surat beranak,” katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian segera membuat laporan polis dan polis bertindak menahan pembantu rumah mangsa untuk membantu siasatan.
 
Top
Log in Register