BTC USD 61,274.7 Gold USD 1,778.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Badak Sumatera Puntung dimatikan, Tam jantan terakhir mati

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,520
Reaction score
21,172
Points
1,671
29puntung.transformed.jpg

BADAK Sumatra betina dikenali sebagai Puntung bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus. - Foto Ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

KOTA KINABALU: Puntung, badak Sumatera betina yang menarik perhatian dunia pada bulan April lalu menerusi pembedahan pergigian oleh pasukan pakar berbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, kini kritikal akibat kanser sel skuamus.

Pengarah Hidupan Liar Sabah (SWD), Augustine Tuuga, berkata bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan sesuatu akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin buruk dan dua biopsi dijalankan selepas pembedahan mendedahkan penyakit berkenaan.

"Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan. Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.

"Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatannya bertambah merosot. Selain menggunakan ubat penahan sakit, tiada apa lagi yang boleh dibuat.

"Oleh itu, kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesional dan kita telah diberi kuasa untuk membenarkan euthanasia.

"Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun belum pasti, euthanasia ke atas Puntung dirancang dilakukan pada 15 Jun ini.

Euthanasia bermaksud mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kerana penyakit.

Puntung, badak betina yang ditangkap pada tahun 2011 pernah cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.

Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance, Datuk John Payne, berkata ini adalah berita menyedihkan kepada mereka yang terbabit dalam kehidupan Puntung sejak 10 tahun lalu.
DA5YiopVwAE46uG.jpg

DA5YlJnUMAEzun5.jpg

http://*************/img/upload/pembedahan-badak-sumatera.jpg
Puntung sewaktu jalani pembedahan gigi pada April lepas.

http://*************/img/upload/gigi-badak-sumatera.jpg
Gigi Puntung yang dikeluarkan.

http://www.bharian.com.my/node/287303
 
Tam mati hari ini

tambadak_1558262687.jpg


BADAK sumbu Sumatera jantan terakhir di negara ini yang dinamakan Tam, mati hari ini.


Tam, mati tengah hari tadi di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, beliau dimaklumkan mengenai berita sedih itu oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.

“Dengan rasa dukacitanya, Tam mati tengah hari tadi... kita sudah melakukan apa yang perlu. Pada minggu terakhirnya (Tam), ia membabitkan penjagaan paliatif yang sebaiknya oleh pasukan Borneo Rhino Alliance (BORA) di bawah kendalian Dr Zainal Zahari Zainuddin, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

“Punca kematian akan dimaklumkan kemudian selepas autopsi (bedah siasat) dilakukan,” katanya menerusi kenyataannya di Kota Kinabalu, hari ini.

Christina berkata, kematian Tam juga berkaitan dengan faktor usia selain organ dalamannya tidak berfungsi dengan baik.

Pada minggu lalu, Tam yang dianggarkan berusia lebih 35 tahun hilang selera makan dan kurang bertindak balas sejak April lalu.

Tam ditangkap di ladang Kretam, sebuah kawasan kelapa sawit di Lahad Datu, pada Ogos 2008,

Ketika ditangkap, Tam dianggarkan berumur pertengahan 20-an, bermakna kini ia sudah memasuki umur tua bagi seekor badak sumbu Sumatera.

Sejak 2011, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi menyelamatkan badak sumbu Sumatera daripada kepupusan dengan tumpuan kepada teknologi pembiakan terkini termasuk secara ‘in vitro’ dan kerjasama dengan Indonesia.

Usaha untuk mencari pasangan kepada Tam juga lenyap apabila Puntung yang ditangkap pada tahun 2011 didapati menghidap ketumbuhan dalam rahim dan apabila Iman yang ditangkap pada tahun 2014 pula didapati berdepan masalah sama.

Puntung kemudian dimatikan pada tahun 2017 kerana kanser dan kesakitan yang dialaminya, meninggalkan hanya Iman satu-satunya badak sumbu betina yang masih hidup.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/459888/tam-sudah-tiada

Badak sumbu betina terakhir di Malaysia tak dapat bertahan lama

WhatsApp_Image_2018-01-03_at_22.07.42.jpg.transformed.jpg

SEBAHAGIAN otot tumor yang terlepas daripada rahim Iman, badak sumbu Sumatera yang kini mengalami masalah kesihatan serius akibat tumor.

KOTA KINABALU: Para dokor veterinar bimbang bahawa Iman, satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di Malaysia, mungkin tidak dapat bertahan lama kerana mengalami pendarahan dalam rahimnya.

Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata pendarahan yang dialami baru-baru ini adalah serius disebabkan tumor dalam rahimnya.

"Masalah utamanya ialah akibat pendarahan serius dalam rahim, melecuhkan pendarah mungkin adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pendarahan.

"Bagaimanapun, tidak ada pakar yang ada dapat melakukan prosedur itu dan risiko anestetik adalah tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Tuuga berkata mempreskripsikan rawatan dikenali sebagai Tranexamic acid, yang berhasil dalam tiga episod pendarahan dalam rahim Iman, diharap membantu pembekuan dan menghentikan pendarahan dalam rahim.

Sejak 14 Dis, Tuuga berkata doktor veterinar membuat pemantauan 24 jam ke atas Iman di Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu dan memberinya makanan dan suplemen berkhasiat tetapi Iman sangat memilih dalam dietnya dan diberi diberi makan sekurang-kurangnya sepuluh spesies tumbuhan.

"Iman memakan kira-kira 40 hingga 50 peratus daripada pengambilan normalnya (12 hingga 17 kg) dan haiwan itu juga diberi tiga hingga empat kilogram buah-buahan terdiri daripada pisang dan mangga.

"Buah-buahan juga digunakan sebagai umpan supaya Iman makan ubat dan dia minum dari bekas air yang disediakan," kata beliau.

Iman dikesan menghidap tumor leiomyoma dalam rahim apabila mula mengalami pendarahan pada 14 Dis.

Iman adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup di Malaysia selepas kematian Puntung kira-kira enam bulan lalu akibat kanser.


http://www.astroawani.com/berita-ma...endarahan-mungkin-tidak-dapat-bertahan-164673

Badak sumbu Iman sakit barah

image.jpg

KEADAAN kesihatan badak sumbu Iman semakin merosot selepas ia mengalami pendarahan akibat tumor pada rahimnya yang dipercayai pecah sejak tiga hari lalu.

KOTA KINABALU – Hanya selepas setengah tahun kematian Puntung, badak sumbu Sumatera betina terakhir yang hidup di Malaysia dinamakan Iman pula mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, badak sumbu itu mengalami pendarahan akibat daripada tumor pada rahimnya sejak tiga hari lepas.

“Selalunya, ini boleh dirawat dengan ubat dan makanan tambahan.

“Kali ini Iman enggan meninggalkan kubangnya dan tidak lalu makan, jadi rawatan biasa tidak boleh digunakan.

“Dia menyerang sesiapa yang datang dekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


http://www.kosmo.com.my/negara/badak-sumbu-iman-sakit-barah-1.575018

Badak Sumatera kini hanya tinggal 2 ekor

"Malaysia melalui senarai terkini merekodkan badak Jawa sebagai pupus, sementara empat spesies lain iaitu badak Sumatera, Harimau Malaya, tenggiling dan seladang dinilai sebagai spesies terancam kritikal," kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri dalam ucapan perasmian Seminar Biodiversiti 2017 di sini, hari ini.


Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai sebagai terancam, 14 spesis (rentan), 33 spesies (hampir terancam).

"Hidupan liar kita menghadapi pelbagai ancaman disebabkan pengecilan habitat dan kawasan rayau ekoran aktiviti pembukaan kawasan hutan dan perubahan guna tanah. Selain kehilangan habitat, populasi hidupan liar juga turut merosot terutamanya bagi spesies harimau dan gajah ekoran aktiviti pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar akibat permintaan yang tinggi di pasaran gelap," katanya.

Hamim dalam sidang media kemudiannya berkata pada 2010 Jabatan Perhilitan berjaya merekodkan tiga ekor spesies badak Jawa di negara ini namun spesies itu gagal dikesan dan direkodkan tahun ini menerusi pemantauan yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah termasuk pemasangan kamera.

"Bagi badak sumatera, tenggiling dan banteng (seladang), spesies itu kini sangat sedikit berbanding dengan sepatutnya yang ada...contohnya badak Sumatera tinggal dua ekor sahaja dan dua ekor ini sudah tua dan tidak boleh membiak, bagi harimau Malaya ada 250 ekor sahaja yang sepatutnya ada 1,000 lebih," katanya.

Di dalam ucapannya, Hamim juga berkata, sejumlah 2,130 spesis hidupan liar direkodkan mati akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun sejak 2012,

Beliau berkata, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula, sejumlah 212 hidupan liar direkodkan terkorban oleh Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

"Kebanyakan hidupan liar yang terbunuh adalah daripada spesies terancam seperti tapir, beruang matahari, gajah, kambing gurun dan harimau. Saya dimaklumkan bahawa spesies tapir antara yang tertinggi menjadi mangsa dilanggar kenderaan.

Rekod Jabatan Perhilitan menunjukkan bahawa 43 tapir terbunuh dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh lima tahun yang lalu," katanya.-BERNAMA


http://www.utusan.com.my/berita/nas...atera-tinggal-dua-ekor-1.557574#ixzz4z2zhtDwG

Puntung dimatikan menerusi suntikan pagi tadi

05makne.transformed.jpg

BADAK Sumatra betina dikenali sebagai Puntung bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus. - Foto Ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah

LAHAD DATU: Puntung, satu daripada tiga badak sumbu Sumatra terakhir di Malaysia, mati pagi tadi selepas diberi suntikan menerusi operasi euthanasia selepas menderita akibat kanser sel skuamus, iaitu kanser kulit di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di sini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata euthanasia terpaksa diawalkan daripada tarikh yang dirancang iaitu sepatutnya pada 15 Jun ini untuk menamatkan penderitaan dialami badak sumbu betina terbabit.


http://www.bharian.com.my/node/289622

Kesihatan Puntung makin kritikal

03hm46a66_1496439483.jpg

PUNTUNG masih boleh makan walaupun kanser kulit yang dihidapinya semakin teruk.

Kota Kinabalu: Badak sumbu Sumatera betina dikenali sebagai Puntung yang kini dalam keadaan kritikal akibat sel kanser skuamus atau kanser kulit masih boleh makan, tetapi dalam kuantiti sedikit.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah JHL Augustine Tuuga berkata, keadaan kanser yang dihadapi Puntung semakin teruk, sekali gus menjejaskan kesihatannya.

“Puntung masih boleh makan dan minum, tetapi sedikit saja namun keadaannya kini bertambah teruk akibat kanser yang dihidapinya.

“Setakat ini, kita sudah berbincang dengan pakar dan merancang pembedahan euthanasia yang akan dilakukan pada 15 Jun ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 28 Mei lalu, Harian Metro melaporkan Puntung iaitu tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia disahkan menderita sel kanser skuamus dan kanser kulit menyebabkan kesihatannya terjejas teruk.


http://www.hmetro.com.my/setempat/2017/06/234620/kesihatan-puntung-makin-kritikal

Last edited:
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,533
Reaction score
1,607
Points
596
Kesian puntung

Moga sihat na puntung
 

d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,174
Reaction score
866
Points
161
dh la nk pupus dh.. huhuhu
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,649
Reaction score
385
Points
91
ada masuk national geo ni..
kesian, mmg nk pupus..
malaysia gagal, indon berjya elak pupus
 

tokmudin

Legendary Member
Joined
Aug 18, 2010
Messages
11,757
Reaction score
367
Points
131
kesian ..tapi dari terus terseksa, mungkin ni langkah terbaik..

ps:
dulu muda2, suka layan Megadeth- youthanasia ( youth euthanasia )
image.jpg
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
kalau jd 15jun...
xsmp 3mingu lg la hayat puntung..
nama pun dh mcm merokok plak..tu yg gigi rosak :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register