Bacalah Umat Islam: Bersatulah ....

CG Sponsors




TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.
Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:

'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.

Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini.

Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.

Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.

Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.

Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w.

Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.

Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah.

Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"


Ingatlah! Kata-kata seperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.

Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.

Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.


Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.

Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.

(* Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya. *)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.

Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.

Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.

Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.

Org Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.

Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

Beliau mengakhiri bayannya dengan doa.

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.


sumber; http://perasaanummah.blogspot.com/
 
Last edited:
Sponsored Post

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya?”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.

Antara anggota badan yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang untuk memenangi pilihanraya.

Menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat tidak salah, malah itulah yang sewajarnya, tetapi bukan janji-janji kosong yang tidak akan mampu ditunaikan. Ia juga bukan medan untuk menghamburkan tutur bicara sesuka hati tanpa kawalan sehingga menimbulkan bibit perpecahan serta kebencian sesama rakyat.

Lidah adalah nikmat kurniaan Allah dan sebaik-baik fungsi lidah ialah digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT atau melakukan kerja dakwah iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan kebenaran seperti firman Allah bermaksud: "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (agama-Nya) serta beramal soleh serta berkata, "saya salah seorang muslim." (Sural al-Fushilat, ayat 33)

Di sebalik kebaikannya, lidah juga boleh membawa kebinasaan kepada pemiliknya juga manusia lain. Medan pertuturan lidah tidak ada sempadan. Jika baik penggunaannya, maka baiklah natijahnya, tetapi jika buruk penggunaannya, maka buruklah natijahnya.

Justeru, keghairahan berkempen tanpa mengawal tutur bicara boleh menyebabkan pelbagai implikasi bukan saja kepada pemilik lidah, malah anggota masyarakat. Disebabkan lidah yang tidak terkawal boleh membawa perpecahan, benci membenci, permusuhan, fitnah memfitnah dan api perkauman.

Ketika berkempen (berceramah) lidah perlulah dikawal dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang mukmin tidak akan berkata perkara dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

Paling buruk yang mungkin berlaku dalam tempoh berkempen ialah kegagalan mengawal lidah daripada mengeluarkan fitnah dan hasutan. Lidah kedua-dua pihak (parti) yang cabar mencabar boleh menjadi panas dan akhirnya mencetuskan pertelingkahan atau pergaduhan.

Ketika berceramah atau berkempen ramai calon atau penyokong parti gagal mengawal perasaan lalu terhamburlah caci-maki dan tuduh-menuduh.

Sebaiknya, mereka yang dicaci atau difitnah mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah baiknya jika tempoh berkempen pilihan raya dihiasi dengan akhlak mulia, tutur bicara beradab dan bersopan. Sentiasalah ingat pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mengawal lidahnya daripada memperkata kehormatan orang lain, maka Allah akan menutup kecelaannya."

Fitnah adalah perbuatan melempar tuduhan keburukan terhadap seseorang tanpa bukti dan asas kukuh. Fitnah dan mengadu domba (namimah) biasanya seiringan. Justeru, ia wajib dijauhi kerana kesannya amat buruk sekali.

Rasulullah SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu, jangan jadikan kempen pilihan raya medan atau kesempatan untuk menabur fitnah. Semua lisan keji itu dilarang dan dicela oleh agama. Kata-kata keji tidak seharusnya keluar daripada lidah orang-orang mukmin. Berjanjilah kepada rakyat sesuatu yang baik dan mampu dikotakan . Banyak tawaran yang boleh diberikan iaitu menghapuskan rasuah , memansuhkan undang-undang zalim (tangkapan tanpa bicara), kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan pandangan, kebebasan berdemontrasi cara aman, pendidkan percuma dan rawatan perubatan secara percuma, menghapuskan tol dan memberi royalti bagi negeri-negeri yang mempunyai sumber minyak dan lain-lain lagi dan lebih baik daripada pemerentah sebelumnya.

Perlu diingat akhlak seorang pemimpin Islam tidaklah sama dengan golongan lain kerana mereka berkempen dengan menggunakan berbagai cara, fitnah dan mengaibkan musuh politiknya dengan berpegang kepada kaedah "matlamat menghalalkan cara" maksudnya biar pun cara itu haram bagi mereka itu masih boleh dilakukan asalkan matlamat mereka tercapai.

Islam melarang kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara.

Sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam dan memperjuangkan keadilan dan menentang rasuah, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.

Jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan merupakan sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk melakukan kebaikan.

Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian melakukan perubahan dalam masyarakat dan mengubah pentadbiran negeri dan seterusnya pusat yang sejak sekian lama menafikan keadilan dan hak-hak rakyat yang patut diberikan.

Sahabat yang dikasihi,
Satu peringatan yang perlu kalian pegang bahawa apabila kalian memulakan sahaja kempen berceramah, ziarah rumah ke rumah dan menyebarkan risalah manifesto kalian sedang berjihad dijalan Allah SWT untuk mendaulatkan Islam dan keadilan yang dituntut Islam.

Ingatlah kalian sedang diperhatikan oleh Allah SWT dan malaiakat pencatat amal sedia menulis apa yg kalian lakukan. Kejayaan sesuatu perjuangan berhadapan musuh adalah dengan izin dan pertolongan Allah SWT kerana akhlak dan tawakal kalian kepada-Nya . Jika kalian berjuang dijalan Allah SWT tetapi kalian melakukan maksiat dengan menyerang peribadi pihak lawan dengan mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba, mengaibkan orang lain dan maki-hamun maka kalian akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Tetapi jika kalian menyerang dasar parti pihak lawan yang menyeleweng, rasuah, zalim, mementingkan kroni , tidak mendaulatkan hukum Allah SWT yang mereka lakukan secara umum maka ianya diharuskan.

Khalifah Umar al-Khattab pernah menasihatkan tentera Islam bahawa yang lebih beliau takut adalah maksiat tentera Islam daripada kekuatan musuh. Kekalahan musuh adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT. Jika tentera Islam melakukan maksiat maka mereka tidak akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Biar rakyat yang menilai dengan adil akan kerosakkan yang pernah dilakukan oleh pihak lawan , Allah SWT sahaja yang akan membuka pintu hati-hati mereka untuk memilih calun dan parti yang berwibawa, adil dan sentiasa konsisten memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Tonjolkan peribadi yang baik untuk kalian mengajak mereka ke arah kebaikan. Sekali lagi di ingatkan, jangan menggunakan fitnah kerana salah satu unsur yang menafikan kemenangan ialah apabila maksiat dilakukan termasuklah melakukan fitnah.

http://abubasyer.blogspot.com/2013/04/menjaga-lidah-dan-akhlaknya-semasa.html
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
Terbaekk...
semoga nasihat dari mereka memberikan bimbingan kepada seluruh umat Islam
supaya tidak terleka dalam mainan politik
serta melupakan kita terhadap amanah Allah yang paling utama ...
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
Published: Ahad April 14, 2013 MYT 6:55:00 PM

PRU-13: Mufti Kelantan Nasihat Rakyat Berkempen Secara Sihat


KOTA BAHARU: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati umat Islam supaya melaksanakan tanggungjawab semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-13 secara berhemah dan mengikut lunas-lunas Islam.

Katanya selain menjaga nama baik umat Islam, mereka juga perlu menjaga tata susila sebagai rakyat yang bertamadun dan matang dalam membuat pemilihan sesebuah kerajaan.

Beliau meminta masyarakat menolak kempen-kempen politik liar yang bolehmenjejaskan keamanan negara kerana ia bertentangan dengan prinsip dan dasarIslam untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Kita jangan biarkan pilihan raya menjadi tragedi yang boleh menjejaskan kepada keamanan, bangsa dan negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini pada Ahad.

Mohamed Shukri juga mahu rakyat menyuburkan semangat demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan di negara ini dengan menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 April manakala hari pengundian pada 5 Mei.-BERNAMA
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
TokCu up balik thread ni yang asal dari tajuk
Nasihat Yang Baik Sempena PRU13
 

pubin

Banned
Joined
Jul 8, 2011
Messages
6,448
Reaction score
51
Points
70
iblis akan menfokuskan kepada perpecahan manusia... caranya?

vibration dan energy... fear!
melalui media, pemimpin, architecture design, pemakanan.. bla.. bla.. bla... blahakk...



tapi untuk counter energy ini...
hanya perlukan 1-2 orang sahaja yang benar2 beriman, yg tak tercemar segala segi..
cukup untuk menstabilkan atau mengubah vibration di malaysia...

teori sains owang putih jer.. hehe :D
 
Last edited:

fishbone

Freshie
Joined
Apr 16, 2013
Messages
35
Reaction score
0
Points
6
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ربّ العالمين‎​

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ وَدَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينَ وَجْمَعْ كَلِمَةَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى الْحَقِّ يَا رَبَّ الْعَلَمِينَ
Ya Allah, muliakanlah Islam dan Kaum Muslimin, hinakanlah kesyirikan dan kau musyrikin, hancurkanlah musuh-Mu musuh agama, himpunkanlah kalimat kaum muslimin di atas kebenaran, wahai Rabb semesta alam.
اَللَّهُمَّ افْتَحْ جِهَادًا فِى بِلاَدِنَا وَفِى كُلِّ مَكَانٍ
Ya Allah, menangkanlah jihad di negeri kami dan di segala penjuru muka bumi.
اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينَ فِى فِلِسْطِينَ *وَإِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينِ فِى أَفْغَانِسْتَانِ وفِى سوريا‎ *وَإِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ الْمُجَاهِدِينَ فِى مَشَارِقِ اْلأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا
Ya Allah, tolonglah (menangkan) saudara-saudara kami kaum Muslimin para Mujahidin di Palestine, juga mereka yang di Afghanistan dan Syria, serta segenap Muslimin Mujahidin di belahan Timur dan Barat bumi.
َاللَّهُمَّ انْصُرْ دِينَكَ وَكِتَابَكَ وَسُنَّةَ نَبِيِّكَ وَعِبَادَكَ الْمُوَحِّدِينَ
Ya Allah, tolonglah (menangkan) agama-Mu, kitab-Mu, sunnah nabi-Mu dan hamba-hamba-Mu para ahli tauhid.
َاللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُبِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَبِكَ مِنْكَ لاَ نُحْصِى ثَنَاءًا عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan keredhoan-Mu dari murka-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari hukuman-Mu, dan dengan-Mu dari-Mu. Tidaklah kami boleh menghitung pujian atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji Diri-Mu sendiri.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلأَنْصَارِ
Ya Allah, satukanlah hati-hati antara kami sebagaimana Engkau satukan antara kaum Muhajirin dan Ansar

وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ
Dan sampaikanlah ya Allah, selawat dan salam kepada Nabi kami Muhammad s.a.w, serta kepada keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji adalah milik Allah Rabb penyeru sekalian alam.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
 

joe_naga

Active Member
Joined
Mar 27, 2012
Messages
2,246
Reaction score
3
Points
25
park dulu, baca time nk tdo karang.
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
iblis akan menfokuskan kepada perpecahan manusia... caranya?

vibration dan energy... fear!
melalui media, pemimpin, architecture design, pemakanan.. bla.. bla.. bla... blahakk...



tapi untuk counter energy ini...
hanya perlukan 1-2 orang sahaja yang benar2 beriman, yg tak tercemar segala segi..
cukup untuk menstabilkan atau mengubah vibration di malaysia...

teori sains owang putih jer.. hehe :D
itu teori mereka sebagai cara untuk melemahkan umat Islam
oleh itu umat Islam perlu berpatah kembali kepada ajaran Islam sebenar dan bertekad untuk perteguhkan iman
jauhi perpecahan dan berhati2 dengan kemewahan dunia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register