BTC USD 38,821.1 Gold USD 1,819.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baba Zul bersama PAN-kini?himpunan Barsatu & PKR keluar parti-3hb UMNO masuk PAS

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,660
Reaction score
939
Points
171
60 ahli UMNO Bahagian Gua Musang masuk PAS serta merta hari ini.


29684052_1872001092819447_2756492664837758849_n.jpg

29572715_1872098906142999_652815045351200278_n.jpg
 
Sponsored Post

mujhi

Active Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
1,570
Reaction score
36
Points
40
tunggu lah nanti bila bubar parlimen... berduyun duyun orang pas masuk umno... tiap kali pru tak pernah miss lagi keluar berita ni kat tv..
 

scharger101

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2009
Messages
2,657
Reaction score
126
Points
33
Ok dah setel...Pas dah boleh perintah Malaysia pasni...byk dah majlis masuk Pas...dah mcm umno dulu2 dah huhu
 

Cytokinesis

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Joined
May 4, 2017
Messages
2,510
Reaction score
440
Points
41
Ok dah setel...Pas dah boleh perintah Malaysia pasni...byk dah majlis masuk Pas...dah mcm umno dulu2 dah huhu

Masuk PAS kena la ikut perjuangan PAS berlandaskan Islam..

Masuk PH nampak gayanya semua nak ikut perjuangan DAP.. Perjuangan memartabatkan LGBT, menghormati atheism, mempermudahkan SOP murtad, membuat fitnah, menyokong pemimpin yang hina nabi dan hukum Allah..

Owh lupa.. UMNO 2.0 pun dok ada dalam PH la ni.. Bersama2 bapak pelingkup negara bak kata presiden PAN.. :))
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,660
Reaction score
939
Points
171
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan

Berikut adalah transkrip ucapan Wakil UMNO yang menyertai PAS petang tadi.

Kenyataan Media

3hb April 2018, Selasa


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Terima kasih saya ucapkan kepada teman teman media yang hadir pada petang ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya, Rawi bin Mohd Noor, Mantan Penghulu JKKP, Parti UMNO Gua Musang pada petang ini hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Kelantan bersama sama dengan 60 orang pimpinan UMNO Peringkat Cawangan Cawangan dan Ahli UMNO dalam DUN Nenggiri, sebagai menyatakan rasa kebersamaan kami untuk mempertahan Kerajaan Islam Negeri Kelantan dalam PRU ke 14 tidak lama lagi.

Kehadiran kami pada petang ini, hanyalah mewakili ratusan lagi ahli UMNO Bahagian Gua Musang yang juga bakal keluar daripada UMNO dalam masa terdekat.

Tuan tuan sekalian, kami orang kampung, orang Melayu yang hidupnya sehari hari sukar dan perit, dan kami telah sekian lama meletakkan harapan kami kepada parti UMNO untuk membela nasib kami, keluarga kami dan yang lebih utama untuk menjaga agama kami. Namun, setelah puluhan tahun berlalu, UMNO kami lihat sudah tidak mampu lagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.

Justeru itu, pada petang ini, kami mengisytiharkan bahawa kami telah bosan dengan UMNO dan telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang halatuju dan fokus asal perjuangan iaitu demi membela bangsa Melayu.

Pemimpin UMNO terus bermewah mewah, boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat marhaen seperti kami. Bahkan, kelmarin, berita tentang penangkapan seorang Ketua UMNO Bahagian di sebuah kelab malam dan terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah termasuk pil kuda, cukup memalukan kami sebagai ahli UMNO. Kami kecewa dan bersedih.

Kerajaan Najib yang popular dengan GST ini, popular juga dengan skandal 1MDB, kami rasakan tidak mampu untuk terus memimpin rakyat di Putrajaya. Sudah tiba masanya, PAS dan Gagasan Sejahtera diberi peluang untuk mentadbir negara ini.

Tuan tuan, kami pada petang ini secara jelas dan terang, mengumumkan bahawa kami semua KELUAR daripada Parti UMNO secara serta merta dan ingin memohon untuk menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Islam Semalaysia, PAS.

PAS kami yakini mampu untuk terus memperjuangkan agama Islam, nasib bangsa Melayu dan pelbagai kaum lain di negara ini dan terus tegar menentang kebobrokan dan kezaliman UMNO-Barisan Nasional.

Kelantan juga wajib dipertahankan kerana kerajaan negeri yang ada pada masa kini sudah menunjukkan prestasi terbaik dalam menguruskan rakyat. Ekonomi dan pembangunan negeri yang cukup pesat, ditambah dengan bajet surplus dan banyak penjimatan di semua agensi kerajaan, dan yang paling utama, kerajaan Kelantan adalah kerajaan sifar rasuah sejak 28 tahun yang lalu. Alhamdulillah.

Sekian.

29684052_1872001092819447_2756492664837758849_n.jpg
 
Last edited:

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,961
Points
201
tunggu lah nanti bila bubar parlimen... berduyun duyun orang pas masuk umno... tiap kali pru tak pernah miss lagi keluar berita ni kat tv..

nnti tengok..berita skrng tidak lagi begitu....

berduyun-duyun orang PH akan masuk UMNO.....:D:D:D
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,660
Reaction score
939
Points
171
30716291_1888590697827153_8119196258932026956_n.jpg


Hanisya Abdul Hamid
1 hr ·

PAN ditubuhkan disebabkan kecewa dan berakhir juga dengan kekecewaan jua.

Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor letak jawatan berkuat kuasa hari ini.

“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti.Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.

“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak tidak bagus.

“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,”

- Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor Jaafar Samsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Jaafar.
 

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,474
Reaction score
1,327
Points
111
Tak dapat jawatan, resign. Itu je la keje PAN
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register