BTC USD 28,412.0 Gold USD 1,970.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azwan Kombos sedia terima Nad Zainal

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(1).jpeg

PELAKON filem Nasi Tangas ini mengakui bersedia menerima bekas kekasihnya, pelakon Nad Zainal kembali jika ditakdirkan jodoh mereka bersama.

Ujar Azwan Kombos, dia keliru apa sebenarnya yang dimahukan oleh bekas kekasihnya itu dalam percintaan.

"Sewaktu bersama saya dahulu pun hubungan kami tidak berjaya dan hubungannya dengan kekasih baharu juga tidak ke mana.

"Mungkin dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya," katanya mengulas mengenai kenyataan Nad Zainal yang mengakui dirinya tidak bernasib baik dalam cinta.

Tambah Azwan, selepas mereka berpisah, dia tidak pernah menghubungi Nad Zainal lagi.

"Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu.

"Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu...," katanya.

Ditanya jika masih ada perasaan kasih terhadap pelakon comel itu, Azwan hanya ketawa.

"Entahlah..., saya benar-benar keliru," jelasnya.

Sedikit perkembangan terbarunya, Azwan Kombos bakal muncul dengan drama bersiri siaran TV3 yang berjudul Bila Hati Berbicara 28 Oktober nanti.

http://www.cari.gold/2014/10/azwan-kombos-sedia-terima-nad-zainal.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register