BTC USD 97,425.8 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aznil Berhajat Tunai Haji Tahun Ni

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
KL, 19 SEPT 2008: Semalam, Murai Batu melepak dengan seorang kawan lama. Macam-macam cerita yang Murai Batu dengar tentang artis kita. Ia bukanlah cerita yang tidak elok tapi sejuk telinga ini mendengarnya. Ia tentang artis kita yang sekarang sudah banyak yang terbuka hati untuk melaksanakan umrah dan haji di Tanah Suci, Makkah.


Teringat Murai Batu dengan kata-kata seorang ustaz; walaupun pekerjaan sebagai anak seni ini selalu dipandang hina oleh sesetengah masyarakat, orang seni jugalah antara golongan paling mudah mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Ini kerana Tuhan itu Maha Adil.


Walaupun ada sesetengahnya belum sempat mengerjakan umrah dan haji, ramai juga artis sudah berhijrah dari segi imej serta penampilan. Antara artis yang sudah berhijrah adalah Noorkumalasari, Azmil Mustapha, Sheqal, Amy Search, Sabree Fadzil, Wardina Saffiyah, Hattan serta yang terbaru, Nora.

Bercakap tentang ibadah haji, dengar cerita, pengacara kesayangan adik-adik, Aznil Hj Nawawi, akan mengerjakan haji pada hujung tahun ini. Murai Batu tidak pasti Aznil akan pergi dengan siapa tetapi dia khabarnya sudah membuat persiapan apa yang patut.

Alhamdulillah, akhirnya Aznil terbuka hati untuk mengerjakan haji selepas menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Melihat rezekinya yang melimpah ruah, sememangnya Aznil mampu menunaikan haji, cuma kata orang, menunggu seru.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register