BTC USD 58,837.1 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azmin-Lebih banyak wakil rakyat akan ‘lompat’ m/s 13

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,371
Reaction score
12,645
Points
1,906
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara sedemikian pernah berlaku sebelum ini dalam gabungan PH, malah calon Amanah pernah bertanding atas tiket PKR.

'Ahli Amanah sertai PKR bukan luar biasa'

02 Mac 2021


1614685225054.png

Saifuddin Nasution Ismail


SHAH ALAM - Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan perkara luar biasa dalam Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara sedemikian pernah berlaku sebelum ini dalam gabungan PH, malah calon Amanah pernah bertanding atas tiket PKR.

"Dalam Pakatan Harapan (PH) ini ada ahli parti Amanah menjadi calon dan bertanding atas tiket Keadilan (PKR), telah berlaku, ada ahli Keadilan (PKR) yang menyertai Amanah. Dia berlaku macam itu juga.

"Kemudian ada ahli Amanah menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pun ada, ada ahli Amanah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun ada. Itu yang sedang berlaku sekarang.

"Jadi (jika) ahli Amanah bertanding atas tiket Keadilan (PKR) tidak jadi isu, tidak timbul kekecohan atas sebab persetujuan bersama," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, lima ADUN Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai PKR.

Mereka masing-masing ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim, ADUN Serom, Faizul Amri Adnan serta ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Selain tiga ADUN dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua ADUN dari Selangor.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, dalam sejarah perhubungan PH keadaan di mana ahli PKR menyertai Amanah, ahli Amanah menyertai PKR sentiasa berlaku.

"Ada (juga) ahli Keadilan (PKR) keluar daripada parti... Ada ahli Amanah keluar parti menyertai parti bukan PH pun ada (malah) tak masuk mana-mana pakatan pun ada, ini (juga) sentiasa berlaku," katanya.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,930
Reaction score
1,448
Points
201
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara sedemikian pernah berlaku sebelum ini dalam gabungan PH, malah calon Amanah pernah bertanding atas tiket PKR.

'Ahli Amanah sertai PKR bukan luar biasa'

02 Mac 2021


View attachment 348097
Saifuddin Nasution Ismail


SHAH ALAM - Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan perkara luar biasa dalam Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara sedemikian pernah berlaku sebelum ini dalam gabungan PH, malah calon Amanah pernah bertanding atas tiket PKR.

"Dalam Pakatan Harapan (PH) ini ada ahli parti Amanah menjadi calon dan bertanding atas tiket Keadilan (PKR), telah berlaku, ada ahli Keadilan (PKR) yang menyertai Amanah. Dia berlaku macam itu juga.

"Kemudian ada ahli Amanah menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pun ada, ada ahli Amanah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun ada. Itu yang sedang berlaku sekarang.

"Jadi (jika) ahli Amanah bertanding atas tiket Keadilan (PKR) tidak jadi isu, tidak timbul kekecohan atas sebab persetujuan bersama," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, lima ADUN Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai PKR.

Mereka masing-masing ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim, ADUN Serom, Faizul Amri Adnan serta ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Selain tiga ADUN dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua ADUN dari Selangor.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, dalam sejarah perhubungan PH keadaan di mana ahli PKR menyertai Amanah, ahli Amanah menyertai PKR sentiasa berlaku.

"Ada (juga) ahli Keadilan (PKR) keluar daripada parti... Ada ahli Amanah keluar parti menyertai parti bukan PH pun ada (malah) tak masuk mana-mana pakatan pun ada, ini (juga) sentiasa berlaku," katanya.

Kena kt depa bkn luar biasa kena kat org riuh sekampung dh mcm modus operandi puak satu lg kan hahaha
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,626
Reaction score
926
Points
171
MP PKR keluar parti kena tuntut 10 juta.
Atok pun tanding bawah (logo) PKR...skrg join PETAI..tak nak tuntut juga ka...haha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,371
Reaction score
12,645
Points
1,906
"Tak mungkin PH dapat Putrajaya meskipun ada 10 anggota parlimen masuk parti itu,” kata Ahli Parlimen Julau Larry Sng.

1614742670676.png


'Pembangkang berpecah' tak mampu tawan kembali Putrajaya - bekas MP PKR
Diterbitkan 3 Mar 2021, 10:39 am

Dikemaskini 11:18 am



Gabungan Pakatan Harapan (PH) yang “berpecah-belah” tidak akan mampu menawan kembali Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, kata Ahli Parlimen Julau Larry Sng.
Menurutnya, perkara ini mendorong dirinya keluar daripada PKR baru-baru ini.

“Adakah kamu rasa PH ada harapan untuk kembali berkuasa jika saya terus kekal dalam PKR?

"Tak mungkin PH dapat Putrajaya meskipun ada 10 anggota parlimen masuk parti itu,” katanya dalam satu wawancara menerusi portal Sin Chew Daily Pocketimes semalam.

Jelas Sng, masalah pembangkang yang tidak dapat bersatu muncul kerana perbezaan antara parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad, PH dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan Shafie Apdal pula menerajui Warisan.

b6d5e1bb1881855df9d46bed6e3bc4eb.jpeg


Justeru itu, kata Sng (gambar, atas) sukar untuk melihat pembangkang bekerjasama dan menyokong satu sama lain.

Sng, bertanding di kerusi Julau sebagai calon bebas dan menyertai PKR selepas PH menang PRU14 pada tahun 2018 lalu.

Dia kemudian meninggalkan PKR bersama Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong pada 28 Feb.

Kedua-dua mereka menyatakan alasan berbuat demikian kerana ingin berkhidmat di kawasan parlimen.

Selain itu, Sng berkata, dia pada mulanya tidak ingin berpaling padah namun akhirnya melakukan hal tersebut kerana merasakan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membangunkan kawasan parlimennya jika masih ahli PKR yang kini pembangkang.

“Pendirian saya mudah, saya tidak dapat tunaikan janji. Sebab itu saya kena pergi. Tiada lagi masa lebih baik untuk tinggalkan parti,” jelasnya.

Meskipun ramai meluahkan rasa tidak senang atas tindakan tersebut, Sng mendakwa pengundi di Julau gembira atas keputusannya.

Sng turut mengulangi sokongan bagi pelaksanaan undang-undang antilompat parti untuk mengekang ahli parlimen berpaling tadah.

“Saya faham pandangan mereka terutama berhubung lompat parti,” jelasnya.

Choong nafi lompat sebab dapat RM20 juta
Sementara itu, Choong pula menafikan dakwaan dia menerima RM20 juta sebagai habuan menyokong kerajaan PN.

Bagaimanapun, dia berkata dia diberi jaminan peruntukan bagi kawasan parlimennya.

Tambahnya , dia sanggup bekerja tanpa gaji jika dia diberikan peluang oleh perdana menteri untuk berkhidmat kepada rakyat di Tebrau.

Choong juga menafikan tuduhan memburukkannya dengan mengaitkan dirinya berkaitan isu 'lari cukai'.

“Saya seorang juruaudit profesional. Bagaimana saya ingin berkhidmat jika ditangkap kerana tidak bayar cukai,” katanya seperti dipetik laporan China Press.

Menjelaskan lanjut, Choong turut berkata, dia tidak berpaling tadah daripada PKR tetapi parti itu yang memecatnya.

1495c9d47d45166e1f81c2312e9d3d63.jpg


Menurut Choong, dia kemudian memutuskan bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali selepas melihat keadaan kawasan parlimennya yang tidak maju.

Selain itu, kata Choong terdapat aduan komuniti perniagaan bahawa pelaburan asing tidak masuk kerana isu birokrasi.

Katanya, Azmin turut meminta dia menyertai kerajaan dan menjadi “orang tengah”.

"Bagaimanapun, saya beritahunya yang saya tidak mahu jawatan menteri atau kedudukan tinggi (tapi) tidak ada kerja hendak dibuat. Saya cuma pekerja, saya kena buat sesuatu,” kata Choong seperti dipetik portal The Vibes.

Meskipun kehilangan dua ahli parlimen, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin masih gagal meraih majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat.

Pada Disember lalu, Perikatan Nasional meluluskan Belanjawan 2021 dengan 111 undi- majoriti tipis daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, masih tidak jelas anggota parlimen Umno - terutama sekutu presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang mengkritik PN - akan kekal menyokong kerajaan sekiranya Dewan Rakyat bersidang kembali.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,371
Reaction score
12,645
Points
1,906
Anwar yang juga Ketua Pembangkang juga yakin Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau) turut menerima tekanan lain selain ditawarkan wang ringgit.

MP PKR lompat parti dapat habuan jutaan ringgit, saman tetap saman : Anwar





03/03/2021


1614744708163.png





KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Tebrau dan Julau ditawarkan jutaan ringgit untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Anwar yang juga Ketua Pembangkang juga yakin Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau) turut menerima tekanan lain selain ditawarkan wang ringgit.

“Memang benar hak mana-mana ahli untuk memilih parti dia. Tetapi dalam kes dua ahli Parlimen keluar sudah tentunya ada tekanan lain.

“Saya dapat maklumat jutaan ringgit tetapi kalau nampak tak boleh (mereka) guna agensi penguat kuasa. Tak ada masalah kalau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau lembaga cukai dia berhak teruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

“Menteri-menteri yang mewah pun begitu (ambil tindakan). Yang kita tahu kehidupan mewah kenapa tak disentuh,” katanya semalam di Port Dickson.

“Dengan dua yang lompat mereka masih minoriti. Jauh jumlahnya kecil daripada kita,” katanya lagi.

Pada 28 Febuari yang lalu, ahli Parlimen PKR masing-masing daripada Tebrau dan Julau Sarawak mengumumkan keluar parti itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin di laman Facebook selepas menerima akuan bersumpah daripada Steven dan Larry.

Dalam pada itu, menyentuh isu sama Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung menegaskan, proses mahkamah menuntut RM10 juta daripada ahli-ahli Parlimen yang mengkhianti mandat masih berjalan mengikut prosedur.

“Datuk Zuraida Kamaruddin telah pada 29 Januari 2021 memfailkan permohonan untuk membatalkan tindakan yang dibuat oleh Keadilan ke atasnya atas alasan bahawa ianya adalah bertentangan dengan undang-undang. Keadilan membantah permohonan ini yang tidak berasas dan tanpa merit.

“Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1 April 2021 untuk mendapatkan arahan yang seterusnya berkenaan dengan kes ini,” ujarnya.

Chean Chung memberitahu, berkenaan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh dua orang ahli Parlimen, PKR telah menghantar surat tuntutan RM10 juta kepada Steven Choong, Ahli Parlimen Tebrau. Beliau perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh tujuh hari, dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil.

“Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti PKR dalam PRU14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut,” katanya. -SuaraTV


 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,234
Reaction score
347
Points
51
lompat parti nak kena buat undang2 tegas...kalau tak setuju ngan parti lama...keluar jadi bebas...tunggu pilihanraya baru join parti lain
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,990
Reaction score
194
Points
83
Anwar yang juga Ketua Pembangkang juga yakin Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau) turut menerima tekanan lain selain ditawarkan wang ringgit.

MP PKR lompat parti dapat habuan jutaan ringgit, saman tetap saman : Anwar





03/03/2021


View attachment 348751




klu dakwaan tak betul apa lg saman la Anwar, dpt duit pree je ni. tapi kalau betul tak dapek nak buat apo
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,371
Reaction score
12,645
Points
1,906
James Masing berkata PRS tidak akan diperbodohkan dua kali apabila ditanya apakah dia akan menerima Larry Sng.

1614820855493.png


Bekas MP PKR mahu pertahan Julau tapi PRS takkan berundur
Diterbitkan 4 Mar 2021, 9:12 am

Dikemaskini 9:12 am



Anggota parlimen Julau, Larry Sng yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak bagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhasrat mempertahankan kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), tidak akan mudah menyerahkan kerusi berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Sng berkata dia tidak akan bertanding merebut kerusi DUN sekiranya pilihan raya Sarawak diadakan.
Dia juga belum memutuskan apakah akan bertanding di Julau sebagai calon bebas atau di bawah logo parti lain pada pilihan raya akan datang.

"Saya akan "menyeberang jambatan" untuk sampai di sana. Sekarang, keutamaan saya adalah menunaikan janji saya kepada pengundi di kawasan saya," katanya.
Sng merupakan anak kepada ahli politik yang juga jutawan Sarawak, Sng Chee Hua.

Ahli politik berusia 41 tahun itu bertanding di bawah tiket Parti Bansa Dayak Sarawak pada pilihan raya negeri 2001 bagi menggantikan bapanya di kerusi Dun Pelagus.

Dia menjadi Adun Pelagus sebanyak dua kali mewakili BN dari tahun 2001 hingga 2011 dan dilantik sebagai penolong ketua menteri di bawah ketua menteri ketika itu, Abdul Taib Mahmud pada tahun 2004.
Sng kemudian mewakili PRS dan Parti Pekerja Sarawak sebelum menyertai PKR setelah memenangi kerusi Julau sebagai calon bebas pada pilihan raya umum lalu.

Sng mengalahkan calon PRS dalam pertarungan satu lawan satu setelah PKR memutuskan untuk tidak bertanding di Julau, yang merupakan kubu kuat BN sejak tahun 1970-an.

'Kami tidak akan ditipu dua kali'
Sementara itu, Presiden PRS James Masing berikrar akan merebut kembali kerusi Julau.
"PRS mempunyai enam kerusi parlimen, kami akan bertanding di semua enam kerusi," tambahnya dalam kiriman teks.



cc1910b6e070308783d7976e6c4432b7.jpg




Masing juga menjelaskan PRS tidak akan menerima kembali Sng, yang bersama parti itu dari tahun 2004 hingga 2007.

"Kamu perbodohkan saya sekali, kamu patutnya malu. Kamu perbodohkan saya dua kali, saya yang malu. PRS tidak akan ditipu dua kali. PRS tidak akan menerima Sng dan gengnya," tambahnya.
Masing juga berharap Bersatu menunaikan janjinya agar tidak menyertai pilihan raya negeri atau meletakkan calon di Sarawak pada pilihan raya akan datang.

Ini merujuk kepada kerusi Parlimen Saratok dan Puncak Borneo yang dimenangi oleh Ali Biju dan William Mongin dari PKR yang kemudiannya melompat menyertai Bersatu.
Setiausaha Agung GPS, Alexander Nanta Linggi juga mengesahkan bahawa PRS akan bertanding di kerusi Julau.

941a8c6c5ddc361441031547b3a51a68.jpg


"Ketika kami dibawa masuk untuk membentuk PN setahun yang lalu, setakat yang GPS tahu, presiden kami Abang Johari Openg membuat keputusan bahawa GPS akan bertanding di semua kerusi kami," katanya kepadaMalaysiakini.

Alexander juga berkata GPS terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti yang akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang, termasuk dari PN dan BN.
"Saya percaya jalan ke hadapan adalah gabungan (pemerintah) akan terbentuk setelah keputusan pilihan raya umum diumumkan.

"Kami mahu bekerjasama dengan parti-parti yang tidak ekstrem dan membentuk pemerintahan yang stabil dan bermakna.

"Tidak ada salah bekerjasama dengan Umno atau parti lain. Bahkan DAP mengemuakan idea untuk bekerjasama dengan parti lain untuk menggantikan kerajaan Muhyiddin," tambahnya.

GPS sebelum ini keluar dari BN selepas gabungan itu tewas pada PRU 2018 dan mengumumkan sokongannya terhadap pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Parti itu kemudian menyokong kerajaan PN, yang membentuk kerajaan setelah berlaku rampasan kuasa politik tahun lalu.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register