BTC USD 56,016.0 Gold USD 1,766.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azmin-Lebih banyak wakil rakyat akan ‘lompat’ m/s 13

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
2 lagi Ahli Parlimen PKR mungkin sertai gabungan PN

February 27, 2021 9:00 AM

bendera-pkr-fmt-190219-1-2.jpg

Dua lagi Ahli Parlimen PKR, termasuk seorang dari Malaysia Timur, berkemungkinan akan keluar parti, kata sumber.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen PKR sedang berbincang dengan “orang tengah” daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai gabungan kerajaan itu, kata sumber.

Katanya, salah seorang Ahli Parlimen itu adalah dari Malaysia Timur.

“Ahli Parlimen itu dijangka menyertai sebuah parti yang mesra PN. Beliau mengesahkan akan melompat parti,” kata sumber itu kepada FMT.
FMT tidak dapat menghubungi Ahli Parlimen terbabit kerana telefonnya dimatikan.

Sumber itu berkata, Ahli Parlimen tersebut sebelum ini beberapa kali didekati PPBM, tetapi menangguhkan rancangan itu kerana hubungan peribadinya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Seornag lagi Ahli Parlimen yang mungkin keluar PKR adalah dari Semenanjung Malaysia.

Sumber berkata, Ahli Parlimen berkenaan pernah rapat dengan menteri kanan Mohamed Azmin Ali, tetapi tidak meninggalkan parti semasa Langkah Sheraton pada Feb 2020.

“Rundingan dengan Ahli Parlimen PKR kedua itu baharu saja bermula dan apa-apa pun boleh berlaku ,” kata sumber itu.

PKR memenangi 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
1614395347999.png

PKR: Ada pihak umpan habuan, ugut MP pembangkang tukar sokongan
Diterbitkan 27 Feb 2021, 9:44 am

Dikemaskini 9:57 am

Wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama ahli-ahli parlimen pembangkang termasuk dari kalangan PKR, dakwa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

"Ini sedang dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan samada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam GLC," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, setiausaha agung PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci 'pihak tertentu' yang didakwanya itu.
Tegas Saifuddin, PKR mengecam langkah terdesak untuk membuatkan wakil rakyat PKR "keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan," sama ada melalui ugutan mahupun habuan.

"Ahli-ahli parlimen PKR harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihanraya Umum ke-15 kelak," katanya.

Menurut Saifuddin langkah ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada sudah hilang sokongan majoriti di parlimen dan dalam keadaan sidang parlimen boleh diadakan sewaktu darurat berkuatkuasa.

"Pada masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam," dakwanya lagi.

422fba7062b43eca73f50d920bd0aa13.jpeg

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pada 24 Feb bertitah parlimen boleh bersidangsemasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikritik kerana mengusulkan perisytiharan darurat pada 12 Jan selepas didakwa tidak lagi memiliki sokongan majoriti anggota parlimen.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan MP Padang Rengas Nazri Aziz telah mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN.
Ramai pihak, termasuk pembangkang menggesa supaya sidang parlimen diadakan segera.

Apatah lagi, sewaktu hubungan Umno dan Bersatu dikatakan bermasalahdan umpama retak menanti belah.

Ia selepas mesyuarat MT Umno pada Jan lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun Umno masih gagal mengabsahkan keputusan berkenaan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan hujung bulan lalu dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Walaupun, PN dikatakan hilang majoriti apabila ahli parlimen Umno itu menarik sokongannya tetapi sesetengah pihak mendakwa belum tentu lagi kesepakatan ahli parlimen pembangkang kekal utuh sehingga membolehkan pembentukan kerajaan baru.

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,447
Reaction score
1,351
Points
201
View attachment 347274

View attachment 347275

Dedahkan ja la ngn bukti.....letak sapa yg kena ugut, sapa yg umpan biar rakyat nilai sendiri, jgn main ckp ja sapa pun leh ckp kn
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,323
Reaction score
1,303
Points
111

Macam anwar offer utk kosongkan kerudi PD la. Ingat takde bagi duit ke
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,311
Reaction score
2,079
Points
206
Dedahkan ja la ngn bukti.....letak sapa yg kena ugut, sapa yg umpan biar rakyat nilai sendiri, jgn main ckp ja sapa pun leh ckp kn
Die bercakap atas dasar pengalaman
Kan dulu ph naik jadi kerajaan 22bulan
Kan byk masa tu melompat sbb ph bayar
 
midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,988
Reaction score
140
Points
33
2 lagi Ahli Parlimen PKR mungkin sertai gabungan PN

February 27, 2021 9:00 AM

View attachment 347273
Dua lagi Ahli Parlimen PKR, termasuk seorang dari Malaysia Timur, berkemungkinan akan keluar parti, kata sumber.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen PKR sedang berbincang dengan “orang tengah” daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai gabungan kerajaan itu, kata sumber.

Katanya, salah seorang Ahli Parlimen itu adalah dari Malaysia Timur.

“Ahli Parlimen itu dijangka menyertai sebuah parti yang mesra PN. Beliau mengesahkan akan melompat parti,” kata sumber itu kepada FMT.
FMT tidak dapat menghubungi Ahli Parlimen terbabit kerana telefonnya dimatikan.

Sumber itu berkata, Ahli Parlimen tersebut sebelum ini beberapa kali didekati PPBM, tetapi menangguhkan rancangan itu kerana hubungan peribadinya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Seornag lagi Ahli Parlimen yang mungkin keluar PKR adalah dari Semenanjung Malaysia.

Sumber berkata, Ahli Parlimen berkenaan pernah rapat dengan menteri kanan Mohamed Azmin Ali, tetapi tidak meninggalkan parti semasa Langkah Sheraton pada Feb 2020.

“Rundingan dengan Ahli Parlimen PKR kedua itu baharu saja bermula dan apa-apa pun boleh berlaku ,” kata sumber itu.

PKR memenangi 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

kalau najib dan zahid tarik sokongan, rasanya, ramai mp pembangkang yg nak masuk kerajaan..
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,323
Reaction score
1,303
Points
111
Aku yakin xde. Anwar suci. PH suci.

Langkah kajang dengan langkah PD tu. Ingat free ke diorang lepas kerusi bagi prk balik. Sori la. Mesti ada habuannya.

Yang anwar kata I have the numbers tahun 2008 dulu ingat takde umpan habuan ke.

Dia buat takpe. Orang lain buat meroyan.
 
Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,278
Reaction score
1,803
Points
141
Pkr nak letak trojan horse dlm pn ke?

Semacam mana tun m duduk dlm ph
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register