BTC USD 39,084.5 Gold USD 1,821.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azmin: Jangan korbankan kerajaan hanya kerana 13 kerusi

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,029
Reaction score
13,742
Points
1,906
1615772570174.png

Azmin: Jangan korbankan kerajaan hanya kerana 13 kerusi
Diterbitkan 15 Mar 2021, 9:29 am

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali mengajak Umno kembali ke meja rundingan untuk membincangkan tentang kerusi tradisi parti itu yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Isu tersebut dikatakan merupakan salah satu faktor keretakan hubungan antara Umno dan Bersatu setelah 13 kerusi berkenaan yang dimenangi Umno pada PRU ke-14 kini dipegang Bersatu setelah wakil rakyatnya lompat parti.

BN sebelum ini memberi amaran bahawa ia akan mempertahankan semua kerusi tradisinya sama ada yang dimenangi pada PRU14 atau pilihan raya kecil.
Namun, Azmin percaya bahawa tidak wajar mengorbankan kerjasama dalam kerajaan dan politik hanya kerana perselisihan kerusi.

"Hanya 13 kerusi yang menjadi pertikaian. Yang dikatakan mereka menang atas tiket parti lain (Umno) dan kemudian mereka pindah ke parti lain (Bersatu).
“Tetapi pertanyaan saya ialah apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?

“Apakah kerana 13 ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama? Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh mari kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi ini. Itu pendekatan yang patut diambil,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini.

13 kerusi itu ialah Tasek Gelugor (dimenangi oleh Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad), Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu (Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).

“Saya tidak kata 13 kerusi ini tiada masalah. Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan. Saya rasa itu tidak adil," tambah Azmin lagi.
Azmin, yang juga pengarah pilihan raya PN, mengatakan gabungan itu sudah mempunyai formula mengenai pembahagian kerusi untuk PRU15.

“Kita telah ada satu kerangka tentang bagaimana pengagihan kerusi ini patut dijalankan. Sebagai contoh, kerusi-kerusi penyandang harus dihormati dan dipertahankan. Contohnya, kerusi Parlimen Pagoh telah dimenangi oleh Bersatu maka kekal milik Bersatu.
“Kerusi Marang yang dimenangi PAS, maka kekal untuk PAS. Soal calon, itu hak parti masing-masing. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada satu formula pengagihan untuk dimulakan. Mungkin kerusi-kerusi yang belum dimenangi, kita bawalah ke meja rundingan. Kita lihat kekuatan parti masing-masing,” kata ahli parlimen Gombak itu.

Umno sebelum ini mengumumkan menamatkan kerjasama dengan PN dan hanya menyokong kerajaan sehingga parlimen dibubarkan.

Bersatu, sebaliknya, mengatakan bahawa ia akan mengeratkan hubungan dengan sekutunya dalam gabungan PN.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,029
Reaction score
13,742
Points
1,906
Azmin tidak wajar dedah rahsia UMNO, Bersatu

4 Mac 2021

1615772664644.png

Mahdzir Khalid

ISKANDAR PUTERI - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sewajarnya mendedahkan rancangan pembahagian 13 kerusi Parlimen antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sepatutnya hal dalaman UMNO dan Bersatu perlu dirahsiakan terlebih dahulu sehingga perbincangan selesai dan kata putus dicapai kedua-dua parti.
"(Setakat ini) tiada bincang lagi, kalu nak bincang (perlu secara) dalaman, dia sama dia. Kalu nak bincang, biar kita (UMNO dan Bersatu) bincang dahulu, tak payah cerita kat orang," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Program Ceria Sekolah di Restoran Seri Pantai dekat sini pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Sinar Ahad dalam temuramah eksklusif bersama Azmin mendakwa, pembahagian kerusi Parlimen merupakan antara yang menjadi punca keretakan dalam kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.
Menurut Mohamed Azmin, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerajaan yang dibina bersama-sama sejak setahun lalu hanya kerana 13 kerusi yang menjadi pertikaian.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata, pihaknya sudah mempunyai formula pembahagian kerusi contohnya di Parlimen Pagoh yang dimenangi Bersatu perlu kekal ditandingi parti itu.
Sementara itu, ditanya mengenai keperluan untuk menggubal Akta Lompat Parti bagi mengekang ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbuat demikian, beliau berpandangan, perkara tersebut tidak perlu dan terpulang kepada wakil rakyat membuat keputusan.

"Ini satu keadaan yang saya nampak ada kegusaran dalam dalam kalangan rakyat yang melihat. Sewajarnya ada satu bentuk tindakan lain (yang menghalang lompat parti).

"Bila tiap-tiap kali ada musim atau krisis (politik) macam ini, ada orang lompat parti. Tapi ada orang yang berpandangan, ini tidak ada masalah. Mungkin waktu itu orang itu (wakil rakyat) daripada pembangkang suka kepada kerajaan... pandangan ini turut dikongsi masyarakat," katanya.

Namun katanya, bagi ahli perniagaan dan pelabur asing melihat keadaan itu daripada sudut yang negatif.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,029
Reaction score
13,742
Points
1,906
UMNO Perak tolak sebarang rundingan kerusi

15 Mac 2021

1615772818005.png

SAARANI

IPOH - UMNO Perak kekal dengan pendirian untuk tidak akan berkompromi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melibatkan kerusi-kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pendirian UMNO negeri itu tidak pernah berubah terhadap kerusi-kerusi melibatkan wakil rakyat UMNO yang menyertai Bersatu selepas pilihan raya.
Menurutnya, UMNO akan meletakkan calon bertanding di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang biarpun ketiga-tiga wakil rakyat tersebut sudah menjadi ahli Bersatu.

“Saya dah tegaskan sejak dulu. Tiada kompromi. UMNO tetap akan bertanding di (Parlimen) Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.
Saarani mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengajak UMNO kembali ke meja rundingan.

Pada 14 Februari lalu, UMNO Perak memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan tetap bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan DUN tersebut kekal ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
 
pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,195
Reaction score
1,243
Points
111
Nampak macam makin parah umno- bersatu ........... Pas nak kena buat pilihan
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,029
Reaction score
13,742
Points
1,906
Umno putus ambil semula semua kawasan ‘milik’ parti di seluruh negara, kata Tajuddin

March 15, 2021 10:15 AM

tajuddin-abdul-rahman-and-azmin-ali.jpg

Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan mahu mengambil semula semua kawasan milik parti itu tidak bertujuan memusnahkan kerajaan PN, seperti dakwaan ketua penerangan gabungan itu Mohamed Azmin Ali.

PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata, Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya “milik” parti berkenaan di seluruh negara.
Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional (PN) mengajak Umno kembali ke meja rundingan, khususnya berkaitan 13 kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu sebelum ini.

“Pendirian Umno ialah mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.
Tajuddin berkata, keputusan Umno itu tidak bermakna parti itu berhasrat untuk memusnahkan kerajaan PN, seperti dakwaan ketua penerangan gabungan itu Mohamed Azmin Ali yang meminta Umno tidak memusnahkan kerjasama yang dibina sejak setahun lalu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya Umno mahu memusnahkan kerajaan PN. Tidak ada tujuan kita untuk memusnahkan. Itu sebab kita kata Umno akan sokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Terdahulu PN mengajak Umno supaya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama tersebut.

“Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan,” kata Azmin.

Tajuddin berkata, keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik parti berkenaan bukanlah dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan untuk menjaga Umno.

Menurutnya, ini memandangkan terdapat pihak yang mahu menghancurkan Umno di peringkat akar umbi dan atasan dengan menarik ahlinya.

“Kita buat keputusan hendak jaga parti kita. Apabila parti kita terjaga, baru kita boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau parti kita hancur, kita hendak berkhidmat bagaimana? Sekarang ini, apa yang berlaku silap hari bulan, Umno yang akan hancur,” katanya.

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,350
Reaction score
767
Points
171
umno ada 2 pilihan.. sama ada nak lepaskan kerusi UMNO sblm ni atau kehilangan pengundi tegas umno
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,443
Reaction score
3,112
Points
201

rasa elok UMNO bertanding solo....tgk sekuat mana.....hangpa kata hangpa lah yg paling matang.....yg paling kuat.....yg paling rakyat sokong....so gerak solo je lah kalau anak jantan...
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,642
Reaction score
2,215
Points
206
rasa elok UMNO bertanding solo....tgk sekuat mana.....hangpa kata hangpa lah yg paling matang.....yg paling kuat.....yg paling rakyat sokong....so gerak solo je lah kalau anak jantan...

setuju
berlagak kuat je UMNO ni
atau best kot jadi pembangkang
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,443
Reaction score
3,112
Points
201
setuju
berlagak kuat je UMNO ni
atau best kot jadi pembangkang

org cakap sembang degar degar.....nahhh...gi bertumbuk sorang sorang ...tak yah guna geng.....tgk UMNO tegak ke tiarap....
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,350
Reaction score
767
Points
171
setuju
berlagak kuat je UMNO ni
atau best kot jadi pembangkang
umno mmg bersama BN.. yg kepanasannya adlh mereka2 yg katak2 politik sbnr
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register