BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azmin Ali Dilantik Setiausaha Agung Bersatu Berkuat Kuasa Hari Ini - Muhyiddin

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
9dd43f74357a3a37def663e3ca11225367488bf79d2d8

fb Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook malam ini, turut mengumumkan Datuk Seri Rina Harun sebagai Bendahari Agung Bersatu dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan parti itu, untuk sesi sama.

“Saya berdoa agar mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti,” katanya.

Menerusi hantaran itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, bekas Bendahari Agung Datuk Mohamed Salleh Bajuri dan bekas Ketua Penerangan Datuk Razali Idris, di atas segala jasa dan khidmat bakti mereka kepada parti.

Pada 13 Julai, Muhyiddin berkata bahawa beliau telah diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berunding dengan barisan kepimpinan parti, bagi memastikan pemilihan pada Oktober tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register