Azmin Ali Bakal Berdepan Mahkamah Isu Belanja Di Sandakan

CG Sponsors




Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,194
Reaction score
1,778
Points
206
kayo gilo orang2 mcm ni, duit riban2 tu blanjo mcm air ajo

den nk buek loan peribadi nk biayo 7 org anak2 skolah+universiti pun payah dapek loan sbb kojo xdo gaji, bank tak pandang

kasi lah sikit derma $100k jadilah ekekekeke
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,744
Reaction score
1,527
Points
191
Integriti kat lubang tandas juga lah geng PH ni
not all bro..
kayo gilo orang2 mcm ni, duit riban2 tu blanjo mcm air ajo

den nk buek loan peribadi nk biayo 7 org anak2 skolah+universiti pun payah dapek loan sbb kojo xdo gaji, bank tak pandang

kasi lah sikit derma $100k jadilah ekekekeke

join kartel la bro.. hahaha det byk..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,720
Reaction score
11,611
Points
1,906
1583479917395.png


4 anak Azmin belum terima saman bil tertunggak
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan Hari ini 12:54 pm



Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan empat anaknya masih belum menerima surat mahkamah berkait saman tuntutan berjumlah RM328,901 oleh sebuah agensi pelancongan, atas dakwaan tiket penerbangan dan penginapan yang belum dibayar.

Ia di sebalik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Jan telah membenarkan plaintif YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk memasukkan Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin, sebagai defendan.

Pada 17 Feb, Malaysiakini melaporkan bahawa salinan pindaan writ saman bertarikh 23 Jan, yang bukan sahaja menyenaraikan Azmin, tetapi turut memasukkan empat anaknya.

Mereka ialah Farah Shazliyana, 29, Farah Afifah, 24, Farah Amira, 26, dan Mohamed Ameer Shazrin, 28, masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Pindaan writ saman itu menyatakan YHA sebagai plaintif menuntut pembayaran RM328,901 Azmin yang merupakan defendan pertama.

Kertas kausa menyatakan sebagai alternatif, YHA meminta perintah agar Azmin membayar RM167,332, Farah Syazliyana (RM8,510), Farah Afifah (RM3,880), Farah Amira (RM6,400), dan Mohamed Ameer Shazrin (RM92,280), serta faedah daripada kelima-lima defendan.

Ketika pengurusan kes di depan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun pagi ini, peguam YHA, Adam Yap memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih memerlukan masa untuk menyerahkan kertas kausa kepada empat defendan yang baru dimasukkan itu.

Hakim kemudian menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes bagi membolehkan peguam YHA menyerahkan kertas kausa kepada empat anak Azmin.

Perkara ini disahkan kepada Malaysiakini oleh peguam Azmin, Zaid Malek, yang hadir ke pengurusan kes pagi ini.

"Mahkamah (hari ini) memberikan (YHA Travel) dua minggu untuk menyerahkan kertas kausa kepada (empat) defendan, dan menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya. Kertas kausa perlu disampaikan secara peribadi (kepada kempat-empat defendan)," kata Zaid.

Berkenaan sama ada kedua-dua pihak ada terlibat dalam apa-apa perundingan untuk mencapai penyelesaian, Zaid berkata anak guamnya tidak memberikan apa-apa arahan berkenaannya.
"Kami ingin meneruskan proses undang-undang," katanya lagi.

Pada 30 Dis tahun lalu, YHA dilaporkan memfailkan permohonan untuk memasukkan empat anak Azmin sebagai defendan.

Ia kira-kira dua bulan selepas YHA memfailkan saman terhadap Azmin untuk menuntut bayaran penerbangan dan penginapan berjumlah RM328,901 daripadanya.
YHA mendakwa jumlah tersebut adalah untuk perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.

Menurut tuntutan itu, YHA telah menempah tiket penerbangan dan penginapan di hotel untuk Azmin, keluarga, rakan dan kakitangan kementeriannya.

Agensi itu berkata pihaknya antara lain perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kepada syarikat penerbangan untuk mendapatkan tiket, dan Azmin atau wakilnya akan membuat pembayaran setiap tiga atau empat bulan.

Pada 14 Dis tahun lalu, Azmin dilaporkan memfailkan tuntutan balas terhadap YHA, mendakwa saman itu mempunyai motif tersembunyi yang berkaitan dengan video seks yang didakwa melibatkannya dengan bekas ketua pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,720
Reaction score
11,611
Points
1,906
Saman itu turut melibatkan seorang anaknya, iaitu Farah Syazliyana.

1606457951755.png


Saman bil tertunggak Azmin didengar bermula 26 Januari
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan Hari ini 1:07 pm


Saman bil perjalanan tertunggak ke atas Mohamed Azmin Ali akan didengar selama empat hari, bermula 26 Jan depan.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 26 Jan serta 24, 25 dan 26 Feb 2021 sebagai tarikh pendengaran tindakan undang-undang YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd ke atas menteri perdagangan dan industri itu.
Peguam Azmin, Shahid Adli Kamarudin mengesahkan tarikh berkenaan kepada Malaysiakini hari ini.
“Semasa pengurusan kes sebelum ini (di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun), Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh pendengaran pada 26 Jan serta 24, 25 dan 26 Feb,” katanya.

Pemeriksaan pada senarai kausa di ecourtservices.kehakiman.gov.my menunjukkan kes itu ditetapkan untuk didengar di hadapan Lailatul pada jam 10 pagi, untuk empat hari berkenaan.
Pada 5 Nov tahun lepas, dilaporkan bahawa YHA memfailkan samanterhadap bekas timbalan presiden PKR itu untuk mendapatkan RM328,901 bayaran tiket penerbangan dan penginapan hotel yang didakwa tidak dibayar.

YHA mendakwa jumlah itu untuk perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.
Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.

Firma itu antara lain mendakwa ia telah membuat bayaran awal kepada syarikat penerbangan dan Azmin atau wakilnya sepatutnya membayar pihaknya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Pada 14 Dis tahun lalu, dilaporkan bahawa Azmin memfailkan tuntutan balaske atas YHA, mendakwa saman oleh syarikat itu mempunyai kaitan dengan klip video seks yang didakwa melibatkannya dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemfailan yang dilihat oleh Malaysiakini itu merujuk klip video seks berkenaan sebagai "video fitnah".

Pada 30 Dis, dilaporkan bahawa YHA memfailkan permohonan untuk memasukkan empat orang anak Azmin sebagai defendan dalam tindakan undang-undang berkenaan, iaitu Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin.

Pada 23 Jan tahun ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan itu.
September tahun ini pula, YHA menarik balik saman ke atas tiga orang anak Azmin. Bagaimanapun, dalam bulan sama kemudiannya, YHA memfailkan semula saman bil perjalanan ke atas mereka.

Ini bermakna YHA mempunyai dua saman bil perjalanan tertunggak yang berasingan - untuk Azmin dan Farah Syazliyana dan satu lagi untuk Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin.
Saman yang ditetapkan didengar tahun depan itu adalah terhadap Azmin dan Farah Syazliyana.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register