Azmin Ali Bakal Berdepan Mahkamah Isu Belanja Di Sandakan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,720
Reaction score
11,611
Points
1,906


Azmin dakwa saman agensi pelancongan ada kaitan 'konspirasi' video seks
News | Diterbitkan 14 Dis 2019, 10:34 malam | Dikemaskini 14 Dis 2019, 11:18 malam

Kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menyaksikan babak baru.

Dalam tuntutan balas yang difailkan oleh peguam Azmin, Tetuan Daim & Gamani, saman oleh agensi pelancongan itu disifatkan mempunyai motif tersembunyi.

Tuntutan balas Azmin itu menyatakan saman oleh agensi pelancongan YHA Travels & Tours (M) Sdn Bhd itu mempunyai kaitan dengan "konspirasi" klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemfailan yang dilihat oleh Malaysiakini itu merujuk klip video seks berkenaan sebagai "video fitnah".

Pemfailan yang dibuat semalam itu menyatakan bahawa pemegang saham majoriti YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah Yasmin Hanim Arbee dan suaminya Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi.

Pasangan suami isteri itu disebut sebagai ibu bapa kepada seseorang bernama Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub.

Mohd Haziq dikatakan merupakan individu yang ditahan dalam siasatan polis berhubung klip video seks.

Tuntutan balas itu juga menyatakan bahawa Yasmin dan Mohd Ayub mempunyai "hubungan yang sangat rapat" dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Pemfailan saman ini oleh plaintif (YHA) adalah bukan untuk menjaga hak Plaintif tetapi untuk tujuan yang lain yang direka untuk mencederakan defendan (Azmin)," kata pemfailan itu.

"Konspirasi yang berkaitan dengan video-video fitnah adalah didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik," tambahnya.

Pemfailan itu juga mendakwa penyata tuntutan YHA telah dibocorkan kepada Iaman web Sarawak Report.

"Sarawak Report tidak mungkin boleh mengetahui mengenai pemfailan writ dan penyata tuntutan ini atau mendapatkan salinan tersebut tanpa bantuan plaintif (YHA).

"lni menyokong penyataan defendan bahawa terdapat tujuan lain di dalam membawa tindakan (mahkamah) ini," katanya.

Azmin menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk ganti rugi teladan, kos; dan relif-relif lain dan selanjutnya yang akan diputuskan mahkamah.

Pada Jun tahun ini, Haziq Abdul Aziz mendakwa klip video seks sejenis yang tular di media sosial memaparkan dirinya dan Azmin.

Azmin menafikan dakwaan berkenaan, dan menyifatkan ia sebagai fitnah bertujuan merosakkan imejnya.

Polis telah menghantar video tersebut untuk dianalisis oleh universiti AS, selepas gagal menentukan identiti individu dalam klip video.

Julai lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata seorang pemimpin parti politik terlibat di belakang penyebaran klip video berkenaan, yang dipetik dalam pemfailan tuntutan balas Azmin.

Bulan lalu, YHA menyaman Azmin untuk mendapatkan semula RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang dikatakan belum dibayar.

Dalam penyataan pembelaannya, Azmin berkata beliau mempunyai hubungan perniagaan bersahabat selama 20 tahun dengan agensi pelancongan itu yang memberikannya "kebebasan yang meluas untuk menyelesaikan sebarang jumlah yang terhutang".

Azmin juga menyatakan jumlah yang dituntut oleh YHA adalah "tidak betul"

"Jumlah yang terhutang oleh defendan dan di mana plaintif adalah berhak kepada adalah jumlah sebanyak RM162,272," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata anak-anaknya yang berumur lebih daripada 20 tahun akan membayar jumlah yang dihutang sendiri.

Azmin juga melalui peguamnya memaklumkan bahawa beliau juga tidak bertanggungjawab untuk apa-apa jumlah yang perlu dibayar di bawah akaun Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

 
Sponsored Post

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,139
Reaction score
470
Points
91
Anak jemin nie ada byr cukai x.
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
953
Points
171
bilalah ekonomi nak ok..semakin hari semakin ramai dibuang kerja..

isu2 budoh mcm nie juga yg naik dlm mainstream media
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,720
Reaction score
11,611
Points
1,906
Najib Razak

· 8 jam

Popcorn dah beli?

Ini rumusan plot sinetron terbaru PH.

Bulan November lepas, agensi pelancongan saman Menteri di Mahkamah dengan membuat beberapa dakwaan:

- Menteri tak bayar tunggakan bil tiket penerbangan untuk Menteri dan keluarganya sebanyak RM328,901.

- kos tiket penerbangan ulang-alik Anak Menteri ke London sahaja ialah RM56,000 untuk dua kali melancong dalam tempoh 3 bulan.

- Menteri merupakan pelanggan sepanjang tempoh 20 tahun.

- kos tiket penerbangan Menteri dan keluarganya sering mencecah RM1 juta setahun. Belum masuk lagi kos hotel.

-----------------
DALAM tuntutan balas yang difaikan pada hari Jumaat melalui firma peguam Tetuan Daim & Gamani (ya, firma Daim Zainuddin), Menteri kata:

- Saman ini adalah konspirasi politik dan sengaja dibocorkan untuk memalukan Menteri.

- konspirasi ini didalangi oleh "pemimpin sebuah parti politik" (bakal PM ke-8 lah tu)

- konspirasi ini ada kaitan dengan video seks Haziq dengan individu mirip Menteri.

- Menteri mengaku berhutang RM162,272 dari tuntutan RM328,901 itu - termasuk lebih RM60,000 ke atas akaun 2 anak lelakinya yang belum dewasa.

(Bukan kata ini konspirasi? Mengaku berhutang dan mengaku kos penerbangan anak-anak belum dewasa melancong dalam tempoh 3 bulan cecah RM60,000 pulak ?)

- Menteri menolak baki liabiliti tuntutan RM160,000 lagi yang dicaj ke atas akaun anak lelaki dan 3 anak perempuan dewasanya.

(Anak-anak dah dewasa. Sendiri bayar kali ini)

Semakin menarik plotnya!

Kita tunggu respon bakal PM ke-8 dalam episod sinetron seterusnya.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,720
Reaction score
11,611
Points
1,906


Saman bil tertunggak kini sasar 4 anak Azmin Ali


Diterbitkan Hari ini 10:44 malam

Empat anak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali kini digabungkan bersama bapanya sebagai defendan dalam kes saman agensi pelancongan yang memohon mahkamah untuk mendapatkan tuntutan bil tertunggak tiket penerbangan dan penginapan hotel yang tidak dibayar.

Pada 23 Januari, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan plaintif agensi pelancongan, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk menambah Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin sebagai defendan.

Menurut salinan pindaan Writ Saman yang dilihat oleh Malaysiakini baru-baru ini, Azmin, 55, kini disenaraikan sebagai defendan pertama; manakala anaknya, Farah Shazliyana, 29, Farah Afifah, 24, Farah Amira, 26, dan Mohamed Ameer Shazrin, 28, disenaraikan sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Writ yang dipinda itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Fong Yap & Gan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Feb lepas mengandungi perkataan "dipinda selaras dengan Perintah Mahkamah bertarikh 23 Januari 2020."


Pada 30 Disember tahun lalu, dilaporkan YHA telah memfailkan permohonan untuk memasukkan empat anak Azmin sebagai defendan dalam tindakan undang-undang tersebut.

Writ saman yang dipinda itu menyatakan plaintif YHA berhasrat mendapatkan bayaran RM328,901 daripada defendan pertama Azmin.

Kertas kausa menyatakan sebagai alternatifnya, YHA memohon mahkamah mendapatkan perintah untuk Azmin membayar RM167,332, Farah Syazliyana membayar RM8,510, Farah Afifah membayar RM3,880, Farah Amira membayar RM6,400, dan Mohamed Ameer Shazrin membayar RM92,280, serta faedah daripada kesemua lima defendan.

 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,744
Reaction score
1,527
Points
191
azmin ni kalau anwar naik.. mmg tamat karier politik dia..

sayang.. jadi mb bagus dulu tapi gelojoh berpolitik..
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,744
Reaction score
1,527
Points
191
Knp kes Azmin-Haziq ditutup walaupun ada bukti video?
bukan ditutup.. kes video ini on hold atas arahan tun m..

sebab azmin ni boleh dikatakan ank murid tun drpd dlm umno lagi..

silap azmin sebab terlalu bercita2 besar dlm politik.. sehingga melangkaui bos nya sendiri iaitu anwar.

kalau azmin sabaq.. follow the flow then perform sebagai menteri.. dia ada chances utk dijadikan pm selepas anwar.

tapi apakan daya.. kerakusan kuasa menguasai dirinya..

dalam kabinet anwar nanti.. mmg azmin comfirm kena tendang.. time tu anwar akan bg signal dkt ketua polis dan mahkamah.. supaya jalan balik kes video dan saman mahkamah seperti biasa tanpa campurtangan politik..

dijangka.. azmin akan disabitkan kesalahan dan prk gombak akan terjadi.. tu pun kalau kes selesai sebelum pru la..
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
bukan ditutup.. kes video ini on hold atas arahan tun m..

sebab azmin ni boleh dikatakan ank murid tun drpd dlm umno lagi..

silap azmin sebab terlalu bercita2 besar dlm politik.. sehingga melangkaui bos nya sendiri iaitu anwar.

kalau azmin sabaq.. follow the flow then perform sebagai menteri.. dia ada chances utk dijadikan pm selepas anwar.

tapi apakan daya.. kerakusan kuasa menguasai dirinya..

dalam kabinet anwar nanti.. mmg azmin comfirm kena tendang.. time tu anwar akan bg signal dkt ketua polis dan mahkamah.. supaya jalan balik kes video dan saman mahkamah seperti biasa tanpa campurtangan politik..

dijangka.. azmin akan disabitkan kesalahan dan prk gombak akan terjadi.. tu pun kalau kes selesai sebelum pru la..
Dah tu kat mana rule of law? Main buka tutup kes macam tu je. Integriti kat mana?
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,744
Reaction score
1,527
Points
191
Dah tu kat mana rule of law? Main buka tutup kes macam tu je. Integriti kat mana?
tun m ..takkan hang tak kenai..

byk manifesto ph dia langgar.. dan tak buat.. sebab tu perlu peralihan kuasa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register