'Azmi, mana laporan Eurocopter?' - Kit Siang

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
'Azmi, mana laporan Eurocopter?' - Kit Siang


Harakahdaily
Mon | Dec 01, 08 | 9:37:55 am MYT


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato' Seri Azmi Khalid yang sehingga kini belum lagi mengemukakan laporan skandal Eurocopter ke Parlimen seperti yang dijanjikan 11 November lalu.

Katanya, Azmi telah berjanji akan mengemukakan laporan siasatan RM1.6 bilion perjanjian pembelian Eurocopter dalam tempoh 'dua atau tiga hari'.

"Bagaimana dua tiga hari telah menjangkau selama tiga minggu lebih...dan tiada tanda-tanda laporan itu akan dikemukakan sedangkan sudah hampir 50 hari laporan berkaitan Eurocopter tersebut masih belum dikemukakan?," kata Kit Siang dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain Eurocopter, Azmi juga dilaporkan akan mengemukakan hasil siasatan berhubung ini skandal Bank International Indonesia (BII) dan perjanjian 'High Speed broadband' (HSBB).

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya diadakan satu siasatan terhadap PAC berhubung hasil siasatan jawatankuasa itu yang melibatkan skandal kewangan kerajaan di samping kelemahan dan sikap Azmi selaku Pengerusi PAC.

"Sewajarnya Azmi mengambil contoh sikap bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil yang meletak jawatan kerana insiden di Mumbai yang menyebabkan kematian kira-kira 180 orang," kata Kit Siang yang mahu Azmi mengikut langkah yang sama.- mks. _




p/s : mana?? mana??? manaaa??? :-?
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
jap2...

tgh edit nih......

hik3....
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
ada benda nak di adjust dulu, dah siap adjust nanti leh le kuarkan ke parlimen :)
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Rasuah sedang bermaharajalela dlm pentadbiran krajaan umno. TERGADAI WPI pd singapork mcm ni!!!
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
mau mati orang baru mau letak jawatan ke???
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
laporan tue takkan siap rasanya... politik....
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
da siap..ada3x...nnt kita tunjuk..
(padahal bru buat 3m/surat)
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
saudaraku mido dah bersara (kononnya)...

apesal juak-juak UMNO lain taknak post kat sini?
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
belom sempat photostat katanya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register