BTC USD 51,022.5 Gold USD 1,781.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azizul turut ke tali gantung

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Selepas dua tertuduh disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, tertuduh ketiga kes itu juga menerima nasib sama di sini, semalam.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee membuat keputusan itu terhadap Azizul Azual Mohamad Jailani (kanan), 26, selepas meneliti laporan akhlak tertuduh yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan ketika kejadian dia berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai.

Pada 13 November lalu, dua lagi tertuduh Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, menerima hukuman yang sama, tetapi mahkamah menangguhkan keputusan ke atas Azizul Azual bagi membolehkan mahkamah meneliti laporan akhlaknya.

Ketiga-tiga tertuduh dituduh membunuh Bakarudin yang ketika kejadian berusia 35 tahun di Jalan SS19/6 Subang Jaya, jam 9.30 malam, pada 12 Februari 2002.

Ketika keputusan dibacakan, Azizul Azual hanya tunduk memandang lantai dan sesekali menoleh ke arah ibunya, Mariam Maulud, 60, yang duduk berhampiran kandang tertuduh.

Mariam hanya mampu menitiskan air mata, malah turut dipapah oleh anggota keluarga lain sebaik prosiding selesai.

Muhamad Ideres dalam penghakimannya berkata, walaupun umur tertuduh masih muda ketika melakukan kesalahan itu, tetapi mahkamah mengambil kira semua aspek sebelum menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, pegawai JKM, Mohamad Fazli Abdul Rahman berkata, Azizul Azual ketika kejadian baru mencecah usia 18 tahun dua bulan dan lima hari yang mana pada usia remaja seseorang itu mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail yang memanggil 30 saksi.
 
Sponsored Post

fazarudin

Legendary Member
Messages
10,989
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
aduh..kesiannye..mesti die menyesal x sudah...
 

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
adehh baru nak kenal dunia, tu la akibat nya kalau terlalu ikut kan perasaan......






:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

clorox_bersih

Legendary Member
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
erm..semoga beliau sempat bertaubat dan diterima Allah..
dan jadikan kisah ini sebagai pengajaran kepada kita semua ye..
jangan bertindak mengikut perasaan
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
elok le tu kasi gantung cepat2 sikit...idup susahkan orang saja
 

nina76

Fun Poster
Messages
810
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
sayang........mcm ni le jadinye kalau buat sesuatu ikut nafsu + ikut kwn yg tkleh pakai....
 

kalau

CG Top Poster Club
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
see you in the next world........
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
nasib mereka dah pasti.
kita ni belum tau lagi.

kalau dah nama dunia, dibunuh dan membunuh memang ada dlm listing
 

RMteam

Legendary Member
Messages
19,579
Paid Membership
Joined
Nov 20, 2006
Messages
19,579
Reaction score
88
Points
125
tu baru hukuman kat dunia... mudah2an sempat bertaubat dan diterima Allah SWT taubatnya
 

habiburrahman

Super Active Member
Messages
7,016
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
194
Points
78
Sumbat dia dalam penjara dulu..ajarkan dia bertaubat..kemudian, GANTUNG SAMPAI MATI.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register