BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azharina hidap kanser, kencing manis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,677
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,677
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
Azharina hidap kanser, kencing manis

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
A view of the sea
Azharina Azhar.
Kuala Lumpur : Penyanyi, Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser, tetapi masih menunggu keputusan tepat untuk jenis kanser dan tahapnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Dalam masa sama, Azharina turut menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu.

Azharina berkata, kedua-duanya memang mengganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi dia memilih untuk berfikiran positif.

"Saya sepatutnya menjalani dua pembedahan besar, namun memilih untuk menangguhkannya bagi menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai," katanya.

Penyanyi lagu Elergi Sepi ini berkata, dia sepatutnya menjalani pembedahan minggu depan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.

"Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan.

"Saya kena ubah cara makan, ramai artis yang buat pembedahan bariatrik dan ia memang membantu mereka," katanya ditemui di majlis pelancaran single terbarunya berjudul Realiti berduet bersama Kozae.

Azharina berkata, salah satu sebab dia memilih menangguhkan pembedahannya kerana memerlukan masa untuk sembuh.

"Saya memerlukan cukup masa untuk membuat persediaan serta mencari pekerja yang boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaan.

"Jika di dalam kesakitan saya akan melepaskan perasaan sebelum kembali bangkit. Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis.

"Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan," katanya.

Doktor yang merawatnya ada menasihatkan agar Azharina menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi.

Disiarkan pada: June 26, 2024 @ 6:34pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register