BTC USD 23,553.5 Gold USD 1,868.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azeez Rahim dibebas 9 tuduhan rasuah, AMLA

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
azeez_1608274831.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, memohon untuk membatalkan 12 pertuduhan menerima rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Abdul Azeez berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi pada 11 Disember lalu.

Alasan permohonan untuk membatalkan pertuduhan telah dikemukakan dalam afidavit tertuduh pertama (Abdul Azeez).

"Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes berhubung permohonan itu pada 23 Disember ini, jadi kami mohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan," katanya pada prosiding perbicaraan kes Abdul Azeez dan abangnya Abdul Latif, 62, (tertuduh kedua) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Adam Mohamed, berkata pihaknya telah menerima notis permohonan itu baru-baru ini dan tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini.

Azura berkata, mahkamah tidak menghalang mana-mana tertuduh dalam kes itu membuat permohonan, bagaimanapun perbicaraan diteruskan kerana tiada perintah daripada mahkamah lain untuk menggantung prosiding itu.

Perbicaraan diteruskan dengan saksi kelima pendakwaan, Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Azrin Abdul Razak, dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya membaca pernyataan saksinya.

Azrin, 46, memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Penguasa Bahagian Siasatan SPRM, Muhammad Afnan Abdullah, untuk mendapatkan maklumat kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih milik Abdul Azeez bagi membantu siasatan.

"Setelah pihak kami menerima surat ini, saya membuat semakan dan carian berkaitan nombor pendaftaran milik Abdul Azeez.

"Maklumat itu saya berikan kepada Muhammad Afnan," katanya.

Saksi itu juga mengesahkan cetakan maklumat JPJ bertajuk 'Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans' atas penama Abdul Azeez bertarikh 24 April 2019, ketika dirujuk Adam.

Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek berkenaan dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta.

Pertuduhan rasuah didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abangnya, Abdul Latif, dituduh bersubahat dengan Abdul Azeez yang didakwa menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Projek itu membabitkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) bernilai RM644,480,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Perbicaraan di hadapan Azura bersambung 8 Februari tahun depan. – BERNAMA

Azeez Rahim lepas bebas kes rasuah, pengubahan wang haram​

Disember 9, 2022 @ 10:07am

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dilepas dan dibebaskan daripada tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Bekas Ahli Parlimen Baling itu pada 23 September lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen selepas pendakwaan memohon beliau dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah atas alasan representasi tertuduh dipertimbangkan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan notis usul yang dikemukakan peguam bela Amer Hamzah Arshad supaya anak guamnya dibebaskan terus daripada semua pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memaklumkan kepada mahkamah, pendakwaan tidak membantah permohonan notis usul Abdul Azeez.

"Oleh kerana tiada bantahan daripada pendakwaan, notis usul ini dibenarkan dan pemohon dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata hakim.

Sementara itu, Amer Hamzah berkata, pihaknya menerima surat daripasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 26 Oktober lalu yang menyatakan bahawa siasatan oleh agensi sudah selesai dan kesemua aset yang dirampas sudah dikembalikan.

Abdul Azeez dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM dan Seksyen 28(1)(c) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Namun Mahkamah Rayuan menerima rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).

Sembilan pertuduhan AMLA, rasuah ke atas Abdul Azeez kekal​

05 September 2022 10:48am Masa membaca: 1 minit

1899493.png

Abdul Azeez tiba di pekarangan Mahkamah Rayuan pada Isnin bagi keputusan permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji itu membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menerima rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapinya.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan sembilan pertuduhan lain iaitu membabitkan tiga kes rasuah dan enam AMLA.

Keputusan sebulat suara itu disampaikan tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said.
Turut bersidang dalam prosiding terbabit ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

AKAN MENYUSUL

IMG_20220304_233351_860.jpg

Kerajaan menarik balik permohonan melucut hak wang tunai hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datin Seri Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa keputusan itu dibuat Jabatan Peguam Negara berikutan surat representasi yang dikemukakan oleh responden (keluarga Abdul Azeez)

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

1615514326805.png

Azeez gagal batalkan tuduhan rasuah

Diterbitkan 12 Mar 2021, 9:53 am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan tiga tuduhan rasuah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram.
Mahkamah membuat keputusan berhubung permohonan bekas pengerusi Tabung Haji itu untuk membatalkan tuduhan berkenaan dengan alasan ia cacat, tidak berasas dan dibuat dengan niat jahat atau mala fide.

Abdul Azeez sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
[Berita penuh menyusul]

Subahat rasuah, abang Azeez Rahim dilepas tanpa dibebas

Dua pertuduhan bersubahat membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Feb 8, 2021 4:16 PM

MahkamahDuta_Mnow_240920-1-1068x709.jpg

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tanpa membebaskan Abdul Latif Abdul Rahim, abang kepada bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez, daripada dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya itu menerima rasuah membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed berkata Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihaknya memohon Abdul Latif dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan menjadikannya saksi pendakwaan.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Abdul Latif selepas dua representasi diserahkan kepada AGC tiga bulan lalu.

“Oleh itu, pihak kami memohon untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh (Abdul Latif) daripada pertuduhan ini. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Perbicaraan kes Abdul Azeez dan abangnya itu sepatutnya bersambung hari ini di hadapan Azura.

Sementara itu, Adam berkata perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga Rabu dilapangkan selepas pihaknya memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu permohonannya bagi membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya didengar pada 23 Februari ini.

Menurutnya, Abdul Azeez tidak hadir pada prosiding hari ini dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakilinya mengemukakan sijil sakit tertuduh dari 5 hingga 11 Februari.

Dalam pada itu, peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Abdul Latif berkata pihaknya memohon agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut sekiranya pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pendakwaan.

“… sepatutnya anak guam saya dilepas dan dibebaskan kerana ia tidak adil dan dia akan fikir pendakwaan akan menuduhnya semula sekiranya dia tidak dibebaskan daripada pertuduhan itu,” katanya.
Abdul Azeez, 54, yang juga ahli Parlimen Baling menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong di Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abangnya, Abdul Latif, 63, didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez yang didakwa menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Projek itu melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) bernilai RM644,480,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Last edited:
Sponsored Post

midi2020

Super Active Member
Messages
6,579
Joined
Feb 7, 2012
Messages
6,579
Reaction score
484
Points
91
azeez_1608274831.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, memohon untuk membatalkan 12 pertuduhan menerima rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Abdul Azeez berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi pada 11 Disember lalu.

Alasan permohonan untuk membatalkan pertuduhan telah dikemukakan dalam afidavit tertuduh pertama (Abdul Azeez).

"Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes berhubung permohonan itu pada 23 Disember ini, jadi kami mohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan," katanya pada prosiding perbicaraan kes Abdul Azeez dan abangnya Abdul Latif, 62, (tertuduh kedua) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Adam Mohamed, berkata pihaknya telah menerima notis permohonan itu baru-baru ini dan tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini.

Azura berkata, mahkamah tidak menghalang mana-mana tertuduh dalam kes itu membuat permohonan, bagaimanapun perbicaraan diteruskan kerana tiada perintah daripada mahkamah lain untuk menggantung prosiding itu.

Perbicaraan diteruskan dengan saksi kelima pendakwaan, Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Azrin Abdul Razak, dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya membaca pernyataan saksinya.

Azrin, 46, memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Penguasa Bahagian Siasatan SPRM, Muhammad Afnan Abdullah, untuk mendapatkan maklumat kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih milik Abdul Azeez bagi membantu siasatan.

"Setelah pihak kami menerima surat ini, saya membuat semakan dan carian berkaitan nombor pendaftaran milik Abdul Azeez.

"Maklumat itu saya berikan kepada Muhammad Afnan," katanya.

Saksi itu juga mengesahkan cetakan maklumat JPJ bertajuk 'Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans' atas penama Abdul Azeez bertarikh 24 April 2019, ketika dirujuk Adam.

Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek berkenaan dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta.

Pertuduhan rasuah didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abangnya, Abdul Latif, dituduh bersubahat dengan Abdul Azeez yang didakwa menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Projek itu membabitkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) bernilai RM644,480,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Perbicaraan di hadapan Azura bersambung 8 Februari tahun depan. – BERNAMA

jangan risau la azeeez rahim..
cuba tengok riza aziz, musa aman dan ku nan.. dah aman dorang..
sangat tak mustahil azeeez akan ikut jejak langkah dorang..
 
GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,250
Joined
Jul 1, 2008
Messages
42,250
Reaction score
4,493
Points
261
Awards
1
Spesel kes golongan jin memang mcm ni
Hi profile vvip

kene kat marhaen, satu jam baca pertuduhan..haram nak batalkan pun tak bole hahah

Logik gak.. klu tertuduh salah hakim siap bagi ceramah kt pesalah lagi..
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
Subahat rasuah, abang Azeez Rahim dilepas tanpa dibebas

Dua pertuduhan bersubahat membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Feb 8, 2021 4:16 PM

MahkamahDuta_Mnow_240920-1-1068x709.jpg

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tanpa membebaskan Abdul Latif Abdul Rahim, abang kepada bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez, daripada dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya itu menerima rasuah membabitkan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Perak dan Kedah.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed berkata Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas pihaknya memohon Abdul Latif dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan menjadikannya saksi pendakwaan.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Abdul Latif selepas dua representasi diserahkan kepada AGC tiga bulan lalu.

“Oleh itu, pihak kami memohon untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh (Abdul Latif) daripada pertuduhan ini. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Perbicaraan kes Abdul Azeez dan abangnya itu sepatutnya bersambung hari ini di hadapan Azura.

Sementara itu, Adam berkata perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga Rabu dilapangkan selepas pihaknya memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Abdul Azeez untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu permohonannya bagi membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya didengar pada 23 Februari ini.

Menurutnya, Abdul Azeez tidak hadir pada prosiding hari ini dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakilinya mengemukakan sijil sakit tertuduh dari 5 hingga 11 Februari.

Dalam pada itu, peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Abdul Latif berkata pihaknya memohon agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut sekiranya pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pendakwaan.

“… sepatutnya anak guam saya dilepas dan dibebaskan kerana ia tidak adil dan dia akan fikir pendakwaan akan menuduhnya semula sekiranya dia tidak dibebaskan daripada pertuduhan itu,” katanya.
Abdul Azeez, 54, yang juga ahli Parlimen Baling menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong di Petaling, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abangnya, Abdul Latif, 63, didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdul Azeez yang didakwa menerima RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Projek itu melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak) bernilai RM644,480,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Petaling, Selangor antara 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Sponsored Post

Top
Log in Register