BTC USD 39,029.0 Gold USD 1,814.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azan : PERKASA Heret Institusi Melayu Ke Tahap Yang Lebih Hina

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,823
Reaction score
926
Points
176
KUALA LUMPUR 1 DIS : Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang membidas tindakan tersebut berkata Perkasa telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.

"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.

"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.

"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.

"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu.

Perkasa sekarang ini ujar Azan telah diwakili oleh seorang budak yang tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu tidak menyukai perkara tersebut.

"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan ****. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.

"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik.

Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang budak yang baru hendak memahami tentang ilmu politik. Tambahnya lagi, Arman seorang budak yang bukan berpelajaran dan berkedudukan tinggi.

"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang seluruh institusi Perkasa seperti orang ini," ujar Azan ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.

Tambah beliau, akibat tindakan tersebut, seluruh masyarakat melihat Perkasa sebagai pertubuhan yang boleh menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang.

Sumber: http://tvsnews.net/v1/
 
Sponsored Post

nikcashworld

Super Active Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
9,007
Reaction score
5
Points
65
bapak borik anak rintik...apo kurangnya brahim ali tu...
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
dia x tau ka hukuman dan dosa bagi menuduh perempuan yang beriman itu pelacur... ~X(#:-S
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
ingat tajuk tadi pasal persenda azan/bang di massjid/surau...terkjut den...

bila baca isi nama dia azan................


ehhehehehe
 

gsx_srad

Active Member
Joined
Jun 12, 2006
Messages
1,790
Reaction score
2
Points
25
ingat tajuk tadi pasal persenda azan/bang di massjid/surau...terkjut den...

bila baca isi nama dia azan................


ehhehehehe

aku duk ingat camtu gak...
kut ada isu baru yg lebih hangat.
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
abam berahim ni taknak tubuh parti perkasam ke ??:-?:eek::(scam
 

bajeng

Active Member
Joined
May 13, 2008
Messages
1,933
Reaction score
6
Points
25
itu tandanya pru13 dah semakin hampir....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register