Ayob Khan Bidas Lelaki Fitnah Dirinya, Pertikai KPN

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
23.11.2020 - Kuala Lumpur, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membidas dakwaan seorang pejuang hak asasi manusia yang memfitnah dirinya tidak mempunyai integriti ketika menjalankan tugas dan mempertikaikan kepimpinan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Ayob Khan berkata beliau sedia menerima sebarang kritikan, namun tidak membenarkan tohmahan tidak berasas dilakukan oleh mana-mana pihak sehingga mencalarkan imej dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki terbabit, K. Haridas, memiliki 10 laporan polis yang dibuat terhadapnya di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, berkaitan pelbagai kes di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia. Katanya, lelaki berusia 39 tahun itu turut mempunyai sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya tiada masalah orang hendak kritik, itu biasa tetapi jangan buat fitnah, jangan buat kenyataan tidak berasas dan itu akan diambil tindakan,,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata kertas siasatan sudah dibuka terhadap Haridas yang antara lain mendakwanya tidak berintegriti kerana menggunakan agama untuk mencari nama. Pada 20 Nov lalu, tular satu video di laman sosial Facebook Defend People’s Rights Group menampilkan seorang lelaki mendakwa integriti Ayob Khan dan kepimpinan Ketua Polis Negara. Menerusi video sama, lelaki berkenaan turut mendakwa pernah membuat aduan berhubung salah laku polis, namun tiada tindakan diambil.

Screenshot-3282.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/23/ayob-khan-bidas-lelaki-fitnah-dirinya-pertikai-kpn/
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,376
Reaction score
1,875
Points
201
Elok saman kaki fitnah ni drp kita tangkap
Untung dpt duit menang court
Mahsyukkkk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,502
Reaction score
11,571
Points
1,906
Lelaki terbabit bakal berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas perbuatan tersebut kerana menghina serta menggugat ketenteraman awam. - Ayob Khan

Kertas siasatan aktivis fitnah KPN, Ketua Polis Johor dibuka

25 November 2020



1606280428728.png

Abdul Hamid Bador dan Ayob Khan


JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfitnah Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, tindakan segera akan dilakukan untuk proses seterusnya terhadap lelaki berusia 39 tahun itu yang melakukan tohmahan tidak berasas terhadap beliau dan KPN.
Menurutnya, K Haridas bakal berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas perbuatan tersebut kerana menghina serta menggugat ketenteraman awam.



"Ini merupakan kes terbaharunya. Sebelum ini, lelaki itu pernah dituduh bagi lima bagi kes mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sebelum ini, Haridas memuat naik video dalam Facebook Defend People's Rights Group yang menuduhnya antaranya mendakwa KPN tidak berintegriti dan menuduh beliau menggunakan agama untuk mencari nama.

Video berdurasi 17 minit 39 saat itu dalam Facebook berkenaan pada 20 November lalu mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali dan dikongsi oleh lebih 1,000 pemilik akaun.
Ayob Khan berkata, Haridas kini ditahan di lokap Balai Polis Kangkar Pulai semalam selepas gagal membayar jaminan RM10,000.

Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Johor di Taman Pasir Mas, Rantau, Negeri Sembilan pada jam 9 malam kelmarin.

Katanya, dia ditahan bagi kes berkaitan mengugut anggota polis pada 2017 yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Sebelum itu, dia dipanggil untuk memberi keterangan tetapi tidak menghadirkan diri dan dia telah disenaraikan dalam senarai individu dikehendaki.
"Semalam, dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan dimasukkan ke dalam lokap selepas gagal membayar jaminan sebanyak RM10,000," katanya.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,129
Reaction score
463
Points
91
Elok saman kaki fitnah ni drp kita tangkap
Untung dpt duit menang court
Mahsyukkkk
betul tu.. macam profssor kangkung saman melayu dap..berapa juta entah..mahsyukkkk
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,292
Reaction score
173
Points
33
Padah aib nama KPN dan Ketua Polis Johor

WEB-polis-aib-WhatsApp-Image-2020-11-25-at-12.27.20-PM-1.jpeg


JOHOR BAHRU : Seorang ahli pertubuhan haram bakal berdepan dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan nama Ketua Polis Negara (KPN) , Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis (KP) Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, tindakan itu akan diambil susulan lelaki berusia 39 tahun itu memuat naik video berunsur fitnah di Facebook Defend People’s Rights Group pada 20 November lalu.

“Polis Johor kini sedang membuka kertas siasatan bagi kes tohmahan yang dibuat terhadap saya dan KPN baru-baru ini.

“Sebelum ini, lelaki itu pernah dituduh bagi lima kes mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai K. Haridas didakwa memuat naik sebuah video berdurasi 17 minit 39 saat di Facebook milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali selain turut dikongsi lebih 1,000 pemilik akaun.

Suspek bertindak memuat naik satu hantaran video di Facebook yang mengkritik pihak penjara dan mendakwa kebajikan banduan tidak dijaga.

Selain itu, dia menabur fitnah bahawa KP Johor dan KPN tidak layak memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu Ayob Khan berkata, lelaki itu kini ditahan di lokap Balai Polis Kangkar Pulai semalam selepas gagal membayar jaminan RM10,000.

“Semalam, dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan dimasukkan ke dalam lokap selepas gagal membayar jaminan,” katanya.

Beliau berkata, terdahulu, lelaki itu ditahan pada pukul 9 malam di rumahnya di Taman Pasir Mas, Rantau, Negeri Sembilan, Isnin lalu.

Katanya, dia ditahan bagi kes berkaitan mengugut anggota polis pada 2017 yang siasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Sebelum itu, dia dipanggil untuk memberi keterangan tetapi tidak menghadirkan diri dan dia telah disenaraikan dalam senarai individu dikehendaki.


== UTUSAN ONLINE
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,376
Reaction score
1,875
Points
201
betul tu.. macam profssor kangkung saman melayu dap..berapa juta entah..mahsyukkkk
dia kata tak mampu nak bayar
Paling kurang istihar bankrap je heheh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,160
Reaction score
11,886
Points
2,376
Lelaki terbabit bakal berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas perbuatan tersebut kerana menghina serta menggugat ketenteraman awam. - Ayob Khan

Kertas siasatan aktivis fitnah KPN, Ketua Polis Johor dibuka

25 November 2020



View attachment 316872
Abdul Hamid Bador dan Ayob Khan


JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfitnah Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, tindakan segera akan dilakukan untuk proses seterusnya terhadap lelaki berusia 39 tahun itu yang melakukan tohmahan tidak berasas terhadap beliau dan KPN.
Menurutnya, K Haridas bakal berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas perbuatan tersebut kerana menghina serta menggugat ketenteraman awam.



"Ini merupakan kes terbaharunya. Sebelum ini, lelaki itu pernah dituduh bagi lima bagi kes mengikut Seksyen 14 Akta Hasutan, Seksyen 90 Akta Polis kacau ganggu di balai polis, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sebelum ini, Haridas memuat naik video dalam Facebook Defend People's Rights Group yang menuduhnya antaranya mendakwa KPN tidak berintegriti dan menuduh beliau menggunakan agama untuk mencari nama.

Video berdurasi 17 minit 39 saat itu dalam Facebook berkenaan pada 20 November lalu mendapat tontonan sebanyak 200,000 kali dan dikongsi oleh lebih 1,000 pemilik akaun.
Ayob Khan berkata, Haridas kini ditahan di lokap Balai Polis Kangkar Pulai semalam selepas gagal membayar jaminan RM10,000.

Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Johor di Taman Pasir Mas, Rantau, Negeri Sembilan pada jam 9 malam kelmarin.

Katanya, dia ditahan bagi kes berkaitan mengugut anggota polis pada 2017 yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Sebelum itu, dia dipanggil untuk memberi keterangan tetapi tidak menghadirkan diri dan dia telah disenaraikan dalam senarai individu dikehendaki.
"Semalam, dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan dimasukkan ke dalam lokap selepas gagal membayar jaminan sebanyak RM10,000," katanya.

PDRM | Kertas Siasatan Kes Fitnah KPN Dibuka

Polis Johor sudah membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang memfitnah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
NGO haram plak tu hahaha
mcm2
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,502
Reaction score
11,571
Points
1,906
Semalam, sebuah video berdurasi enam minit 67 saat dirakam pemilik akaun Facebook, Ganesh Nadaraja yang tidak berpuas hati dengan penahanan pejuang hak asasi manusia K Haridas.

Polis nafi 255 OKT mati dipukul dalam lokap di Johor

30 November 2020


1606723189304.png

AYOB KHAN


JOHOR BAHRU - Polis Johor menafikan tuduhan seorang lelaki dalam sebuah video yang sedang tular mendakwa berlaku 255 kematian melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) akibat dipukul dalam lokap di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan lelaki dikenali sebagai N Ganeshparan, 38, disifatkan sebagai cubaan memfitnah serta menguji kredibilitinya.
"Berdasarkan statistik pada tahun 2000 sehingga 2014 menunjukkan hanya 23 rekod kematian melibatkan OKT dan kebanyakannya penagih dadah yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"Lelaki yang dikenali sebagai N Ganeshparan yang memuat naik video di Facebook itu juga tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan menahan seorang pejuang hak asasi manusia K Haridas atas kesalahan mengugut pegawai polis pada tahun 2017," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Semalam sebuah video berdurasi enam minit 67 saat dirakam pemilik akaun Facebook Ganesh Nadaraja yang tidak berpuas hati dengan Ayob Khan berikutan penahanan Haridas serta beberapa dakwaan lain.
Ayob Khan berkata, hasil siasatan mendapati Ganeshparan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau dan dipercayai kini berada di Jerman.


"Kali terakhir lelaki berkenaan berada di negara ini pada 2 November 2017.


“Dia juga sudah lima kali ditangkap pada tahun 2010 sehingga 2017. Individu ini telah keluar dari Malaysia pada 2 November 2017. Sebab itu dia berani bercakap. Jika berani baliklah Malaysia," katanya.
Menurutnya, tujuh rekod lampau membabitkan Ganeshparan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 397 Kanun Keseksaan berkaitan samun, Seksyen 160 Kanun Keseksaan berkaitan pergaduhan, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kes kecurian, Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah, Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menjelaskan, dakwaan yang mengatakan bahawa Haridas dipukul oleh pihak polis tidak benar sama sekali.

“Haridas bukan dipukul dalam lokap pihak polis, Haridas buat laporan bahawa dia dipukul ketika dalam tahanan reman penjara Ulu Choh.

“Isu tangkapan Haridas ini tidak timbul kerana dia ditahan atas kesalahan lepas iaitu pada 2017, kes berkenaan kenyataannya terhadap saya itu masih dalam kertas siasatan,” ujarnya.


 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
964
Reaction score
436
Points
41
harap dato ganti KPN nanti

geng ahlong tu kasi sebat dulu

jangan bagi muka dah lagi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register